Kongsikan Entri Kami

Monday, 17 June 2013

Renungan : Otak Segar & Bersinar Seperti Masih Hidup (Gambar)


Satu demi satu keajaiban dapat disaksikan sepanjang membuat liputan tragedi kebakaran yang menyebabkan seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu terkorban dalam kejadian jam 1.50 pagi, Sabtu lalu.

Namun, apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri selain menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT.

Ini bukan sahaja dapat dibuktikan dengan penemuan barang-barang milik mangsa terkorban yang masih elok tersusun dalam almari kayu sedangkan almari besi milik pelajar lain semuanya hangus termasuk pakaian dan barang-barang peribadi lain.

Dalam kejadian itu, mangsa, Aiman Nurhakim Yahya, 13, seorang pelajar pintar, rajin dan antara yang paling berdisiplin dikatakan gagal untuk menyelamatkan diri setelah terperangkap dalam kebakaran di asrama tempat mereka menetap.

Menceritakan kembali tragedi itu, Penaung Rangkaian Pusat Pendidikan Al-Barakah yang juga imam kariah Kampung Masjid, Anuar Md Isa berkata, kesemua pelajar sudah terjaga dari tidur dan menjangkakan Aiman adalah yang terakhir keluar menyelamatkan diri.

“Kemungkinan arwah yang tidur di tingkat atas cuba untuk turun melalui tangga, tetapi bahagian atas binaan asrama yang berasaskan kayu runtuh menyebabkan dia terperangkap dalam api yang marak,” katanya.

Menurut Anuar, apa yang lebih ajaib ialah penemuan barang-barang peribadi milik arwah yang masih elok tersusun dalam almari miliknya sedangkan barang peribadi rakan-rakan lain semuanya musnah.

“Kalau nak diikutkan, api menjulang tinggi sehingga memusnahkan keseluruhan bahagian asrama, bagaimanapun almari Aiman yang diperbuat daripada kayu, terpelihara.

“Apa yang saya perasan juga ialah selipar yang selalu digunakan arwah selalunya diletakkan di luar, tetapi sebelum kejadian, dia ambil dan letak elok-elok dalam laci. Selipar itu juga masih elok dan tersimpan rapi,” katanya yang mengakui sesuatu keajaiban mengenai peribadi pelajar itu.

Anuar berkata, Aiman baru sahaja selesai menghabiskan satu juzuk al-Quran dan dijangka bakal masuk ke juzuk kedua.

“Dia baru sahaja melakukan tasmid (mendengar bacaan al-Quran) satu juzuk dengan ustaznya bagi membolehkannya memasuki juzuk kedua yang dijangka hari ini (semalam),” katanya.

Lebih memeranjatkan, Anuar berkata, pakar yang melakukan bedah siasat ke atas jasad Aiman mendapati, otaknya masih segar, seperti otak orang masih hidup, sedangkan anggota badan lain sudah rentung.

“Memang keajaiban apabila pakar yang menjalani bedah siasat menjelaskan, otaknya masih segar, bersinar seolah-olah milik insan yang masih hidup,” katanya, memuji kekuasaan ALLAH SWT.


p/s : Kita pula bagaimana? 

Sumber : Here

13 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

1st
Subhanallah

naim harun said... Best Blogger Tips

otak mr fap kalau dibedah..... confirm warna kunig..... otak kuning... :)

Anonymous said... Best Blogger Tips

Hehehe naim harun ni klakar gile horny dibuatnya
Fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap fap

-fizzy kola-

Anonymous said... Best Blogger Tips

PAPER UMNO SEMUA TIPU!!!!!!!!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

anon 17:12 abes tu paper apa yang betul ? utusan ? haha

Unknown said... Best Blogger Tips

kalau UTUSAN MELOYA mesti merapu menjilat hampeh

Anonymous said... Best Blogger Tips

AL-FATIHAH .....

Calence said... Best Blogger Tips

Ajaib tu ajaib jugak. YAng sekolah pondok/agama ni bila nk dapat bantuan untuk buat properpunya bangunan.. Dah tahun 2013 masih pakai kayu..
Peruntukan sekolah tamil/cina sampai bebilion2, kerajaan mana yang boneka sebenarnnye ni?

Anonymous said... Best Blogger Tips

kepada encik calence...
anda kaji dulu kenapa dan sebab apa sekolah pondok/agama masih pakai kayu dan tidak dapat kemudahan bantuan seperti sekolah2 yang lain..
pahami agama dan bangsa dulu..baru anda paham..
jangan menuding jari sesuka ati, nak jadi pembangkang biar berpikiran luas sikit
sekian..

Anonymous said... Best Blogger Tips

Setuju Anon 18 June 2013 13:33

nak jadi pembangkang, jangan bangkang tak tentu hala. nak bangkang, bangkang dengan bijak.

kat kawasan aku, aku duduk kawasan majoriti cina, dorang buat dewan orang cina cantik2, sekolah cantik2, sumbangan bangsa dorang sendiri. sebab cina kat kawasan aku duduk, kaya2, cuma aku je tak. wakakak. tapi, dorang semua baik2 la.

so ape yg aku nak cakapnye kat sini, jangan 100% salahkan kerajaan.

lagi 1, kat kampung aku, ada masjid, tapi ada orang2 pembangkang, taknak pegi, sebab?kerajaan pakai duit haram untuk buat masjid. sudahnye macam tu pulak?? bila kerajaan x buat masjid, cakap x berjuang utk agama. bile dah buat, aiii?pelik pulak..

Anonymous said... Best Blogger Tips

tak dinafikan. mostly kawan2 aku yang pembangkang, dorang berfikiran sempit macam encik calence tu..

nak buat nampak macam bijak, concern lah konon, hakikatnye? nan hado kauu

Anonymous said... Best Blogger Tips

jom kalau rasa yg bukan pebangkang tu bijak sangat...acu kita sembang..tu tgk hgpa punya shabery cik cth terdekat...'bijak xterhingga'...menteri tu jawapan agama tah apa-apa

Anonymous said... Best Blogger Tips

Bodoh bangng ..komen politik la plk lbh2...psl hal ni pn nk politik.bangkai btul korg ni sumeee..knp la korgyg x mampos terbakar..puihhhh

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...