Kongsikan Entri Kami

Saturday 6 April 2013

OMG : Bandar Purba Zaman Nabi Ibrahim Ditemui Di Selatan Iraq (4 Gambar)


Seorang ahli arkeologi Britain, Stuart Campbell menyatakan, dia dan beberapa orang rakan telah menemui bekas sebuah kompleks bangunan berhampiran bandar purba Ur di selatan Iraq yang merupakan tempat tinggal Nabi Ibrahim.

Campbell yang merupakan arkeologi dari Universiti Manchester berkata, bangunan itu dianggarkan berusia 4,000 tahun. Kawasan berkenaan dipercayai merupakan pusat pentadbiran bandar Ur. Campbell berkata, kompleks itu bersaiz sebesar sebuah padang bola iaitu kira-kira 80 meter setiap sisi.

Menurutnya, kompleks bersaiz besar itu merupakan sesuatu yang jarang ditemui. Ia merupakan penggalian pertama kumpulan arkeologi dari Britain di Iraq sejak tahun 80-an. Penggalian itu bermula pada bulan lalu apabila enam anggota pasukan Britain dan empat ahli arkeologi Iraq menggali tanah di Tell Khaiber, wilayah Thi Qar, selatan Iraq. Kawasan itu terletak 320 kilometer ke selatan Baghdad.

Campbell berkata, salah sebuah artifak yang ditemui kumpulan penggalian itu ialah plak tanah liat yang menunjukkan seorang manusia memakai jubah labuh mendekati sebuah tapak yang suci


Sumber : Here

7 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

fast & first kembali!

Nuar Neo said... Best Blogger Tips

bila ?

Anonymous said... Best Blogger Tips

Bila2

Anonymous said... Best Blogger Tips

Bila nenek ko

Anonymous said... Best Blogger Tips

lepas ni akan ada org potoshop gambar tengkorak besar.. maka bertakbirlah muslim sekelian alam tanpa mengetahui diri ditipu

Unknown said... Best Blogger Tips

undi bn bangkrap...

Anonymous said... Best Blogger Tips

Salah bn.kalu pr memerintah lg byk kota purba boleh ditemui

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...