Kongsikan Entri Kami

Tuesday, 30 August 2011

Gosip : Ziana Zain Sedia Memaafkan Mereka Jika........


Ramadhan yang sudah berlalu dan Syawal yang sedang diraikan membuka hati penyanyi popular, Ziana Zain untuk sedia memaafkan individu yang telah mengguris hatinya sepanjang tahun ini.
 
Bagi penyanyi Pawana itu, sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai umat manusia untuk saling bermaafan di antara satu sama lain, apatah lagi kekeruhan yang terjadi nyata langsung tidak pernah terfikir di benak fikirannya.

"Sebagai individu yang beragama Islam, saya sedia memaafkan mereka. Tambah lagi Syawal yang datang hanya sekali dalam setahun jadi apa salahnya saya memaafkan mereka dengan hati terbuka dan penuh redha.

"Memang kalau nak diikutkan, apa yang telah mereka lakukan kepada saya sememangnya amat mengguris hati. Oleh yang demikian saya berpesan kepada mereka supaya tidak mengulangi kesilapan serupa pada masa akan datang," kata Ziana penuh ikhlas.

Ziana Zain berkata demikian ketika ditanya portal murai.com.my berhubung statusnya bersama salah satu majalah fesyen dan gaya hidup atas tuduhan bertindak secara tidak professional pada awal tahun ini.

Kontroversi timbul apabila Ziana Zain didakwa menunjukan sikap tidak profesionalnya ketika penggambaran isu muka hadapan majalah fesyen edisi Mac lalu yang turut menggabungkan Erra Fazira , Ning Baizura dan Fauziah Latif sebagai penyeri.

Tambah Ziana Zain, tidak menjadi masalah buatnya sekiranya suatu ketika nanti khidmat dan wajahnya sekali lagi diperlukan untuk menghiasi ruangan di dalam majalah popular berkenaan.

Malah ibu kepada lima cahaya mata itu berharap agar pihak majalah berkenaan tahu akan kesilapan diri mereka dan dalam masa yang sama dia akan berusaha untuk menjadi individu yang lebih baik pada masa-masa akan datang.

"Bagi saya, kemaafan yang datang haruslah tulus dari hati dan bukannya sekadar dari kata-kata saja tetapi di dalam hati Tuhan saja yang tahu.

"Apa saja yang telah orang lakukan kepada saya, saya redhakan dan saya akan tetap maafkan mereka walaupun hakikatnya pedih untuk ditelan," katanya yang akan mengadakan konsert Aidilfitri bersama-sama adiknya Anuar Zain di Singapura pada 30 September nanti.

Persona Ziana Zain juga akan turut kelihatan menerusi program Mega Raya 2011 yang akan disiarkan di Astri Ria (saluran 104) pada 30 Ogos ini, jam 6 petang.

Bercerita mengenai sambutan lebarannya tahun ini, seperti biasa Ziana Zain dan keluarganya akan berhari raya di kediaman keluarganya di Shah Alam, Selangor.

Lebih meriah lagi, Ziana Zain berkata, tahun ini dia berkesempatan menyarungkan persalinan kurung bewarna merah jambu sedondon dengan bayi kembar perempuannya ,Siti Nour Kaseh Armin Zaharin yang meraikan Aidilfitri untuk tahun ke-2.

"Untuk pagi raya kali ini, saya dan anak perempuan saya akan menggayakan kurung merah jambu, manakala suami bersama-sama 3 anak lelaki kami akan menggayakan baju Melayu sedondon bewarna biru.

"Alhamdulillah, tahun ini saya akan bercuti raya selama seminggu. Meskipunbegitu sejak awal lagi saya sudah membuat persiapan lebih awal terutama dalam soal pakaian anak-anak dan suami dan kuih muih untuk orang datang bertandang," katanya.

1 comments:

Zul fattah said... Best Blogger Tips

ziana zain is my lover haha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...