Kongsikan Entri Kami

Thursday 1 September 2011

Artis : Kim Kardashian Kaut USD17.9 Juta Dengan Berkahwin (3 Photos)


p/s : Wah, orang lepas kahwin semakin miskin kerana perlu bayar banyak benda, tetapi selebreti semakin kaya selepas kahwin. Contohnya seperti William dan Kate dan ramai lagi. Yang terkini, Kim yang baru kahwin minggu lepas. 
Bintang realiti terkenal, Kim Kardashian yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan bersama jejaka pilihannya Kris Humpries pada 20 Ogos lepas dijangka mengaut keuntungan jutaan dolar hasil perkahwinannya itu.

Difahamkan, pasangan ini akan menerima lebih daripada USD17.9 juta secara keseluruhan. Ini termasuk USD15 juta daripada E! untuk siaran eksklusif empat jam Kim’s Fairytale Wedding: A Kardashian Event.

Berikut adalah jumlah wang yang diterima hasil daripada majlis perkahwinannya :

1)      USD15 juta untuk empat jam siaran majlis perkahwinan di E! Network
2)      USD2.5 juta untuk gambar-gambar eksklusif Majalah People
3)      USD300 ribu untuk pengumuman pertunangan di dalam Majalah People
4)      USD100 ribu untuk Majlis Pra-perkahwinan di Majalah Ok!
5)      USD50 ribu untuk parti bujang di Kelad Tao, Las Vegas
6)      USD15 ribu – USD20 ribu untuk kek daripada Hansen’s Bakery
7)      USD20 ribu untuk baju perkahwinan daripada Vera Wang
8)      USD20 ribu untuk dua helai lagi baju daripada Vera Wang
9)      USD400 ribu untuk Minuman Perrier Jouet
10)   USD150 ribu untuk rambut, solekan dan “home video”
11)   USD10 ribu untuk kad undangan Lehr & Black
12)   USD2 juta untuk 20.5 karat cincin pertunangan daripada Lorraine Schwartz

Keuntungan yang dikaut oleh Kim ini sudah pasti mengukuhkan kedudukannya sebagai salah seorang bintang Hollywood paling berpengaruh sekali gus meluaskan empayarnya yang sebelum ini popular dengan rancangan realiti, Keeping Up with the Kardashians.

1 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

bapak mahal.............

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...