Walaupun masih lagi baru, namun kumpulan MAX 24:7 yang mendapat hasil didikan penyanyi Aesar Mustafa telah menerima banyak undangan mengadakan persembahan di merata ibu kota. Malah, kumpulan yang dianggotai 12 anak muda iaitu Aar, Jaq, Mirul, Eykal, Imtiaz, Tameen, OB, Kim, Hans, Alloi, Virgo dan Fifie ini juga lebih kerap menggadakan persembahan yang melibatkan golongan VIP.
Lantas, ada suara yang mendakwa kumpulan ini mendapat tajaan dari golongan VIP. Malah, mereka dituduh sebagai anak ikan yang dibela oleh golongan atasan.
kumpulan yang pada awalnya dikutuk hebat segelintir peminat artis K-POP (Korean-Pop) ini mendapat tajaan dari golongan VIP. Lebih teruk lagi, mereka dituduh sebagai anak ikan yang dibela oleh golongan atasan.
Menjawab segala tuduhan ini, Aesar yang bertanggungjawab menguruskan jatuh bangunnya karier anak-anak muda ini sekeras-kerasnya telah menafikan tohmahan berkenaan. Malah, Aesar secara berterus-terang berkata, apa yang ada selama ini merupakan hasil titik peluhnya selain mendapat sokongan kawan rapatnya.
"Terus-terang, mereka tidak dibela oleh mana-mana datuk atau pun datin. Mereka semua masih lagi berada di bawah jagaan keluarga masing-masing. Selama ni pun, penglibatan mereka dengan pekbagai persembahan adalah disebabkan penganjur yang mahukan mereka. Untuk persembahan tersebut, mereka ibarat menguji bakat mereka untuk menghiburkan penonton. Test market.
"Tidak kesemuanya show tersebut dibayar. Hanya beberapa show saja yang mendapat bayaran. Apapun, saya menganggap ia sebagai show promosi. Soal belanja album dan lain-lain lagi, saya menggunakan duit saya simpanan saya sendiri.
"Kalau nak dikira banyak wang yang telah saya dah belanjakan buat mereka. Setakat ini, saya berkorban banyak untuk mereka. Saya rasa lebih baik anda semua menilai sendiri berapa yang saya dah keluarkan dari segi produk lagu, album, promosi, baju dan macam-macam lagi. Sesungguhnya, saya tak berani nak cakap nilainya berapa tetapi ada mencecah puluhan ribu. Yang paling penting, itu semua adalah duit dari tabung simpanan saya sendiri," kata Aesar.
"Kalau nak dikira banyak wang yang telah saya dah belanjakan buat mereka. Setakat ini, saya berkorban banyak untuk mereka. Saya rasa lebih baik anda semua menilai sendiri berapa yang saya dah keluarkan dari segi produk lagu, album, promosi, baju dan macam-macam lagi. Sesungguhnya, saya tak berani nak cakap nilainya berapa tetapi ada mencecah puluhan ribu. Yang paling penting, itu semua adalah duit dari tabung simpanan saya sendiri," kata Aesar.
Sebak sewaktu menyampaikan ucapan pada majlis pelancaran ablum MAX 24:7 yang diadakan di Istana Budaya, baru-baru ini, Aesar menyatakan kontrak yang disediakan buat semua ahli MAX 24:7 berbeza dengan syarikat rakaman yang lain.
"Walaupun mereka telah menandatangani kontrak bersama saya, mereka juga sebenarnya masih lagi dinilai tahap kemampuan mereka untuk bergelar artis. Saya akan sentiasa menilai semua kredibiliti mereka. Saya juga boleh menggugurkan mereka jika saya dapati mereka tidak sesuai atau melanggar syarat yang telah dimeterai selaku ahli MAX 24:7.
"Oleh sebab itu, saya berharap mereka boleh kekal bersatu. Memang banyak orang tanya kepada saya pasal pergaduhan dan perpecahan kumpulan. Saya minta sangat biarlah perkara ini dijauhkan dari MAX 24:7 yang saya dah anggap macam anak sendiri. Saya mahu mereka kekal 12 buat selamanya. Saya akan cuba membimbing mereka supaya sentiasa bersatu.
"Sungguhpun selama ini banyak pihak mengutuk mereka tetapi sebaik saja MAX24:7 melancarkan album, ramai pula yang datang menawarkan diri untuk menyertai kumpulan ini. Yang paling kelakar, peminat yang dulunya mengutuk mereka ada yang siap merayu pada saya untuk mengambilnya memasuki kumpulan ini. Malah, peminat itu mengatakan kumpulan ini boleh jadi lagi hebat dengan penyertaan mereka," jelasnya.
Uniknya, kumpulan in bukan saja terletak pada ramainya anggota kumpulan saja. Sebaliknya, ia turut terletak pada kepelbagaian lagu yang dimuatkan di dalam album mereka seperti Cinta 24:7, Biar Putus Sementara, Gadis Dan Bunga, Satu Cinta dan sebuah lagu bonus My Girl dendangan Aesar serta lagu Gadis Dan Bunga nyanyian asal Rahimah Rahim yang telah diberikan nafas baru.
"Bagi saya, lagu Gadis Dan Bunga itu sangat catchy dan istimewa. Ia lebih istimewa di bahagian chorus. Lagi pun lagu ini senang diingati. Saya sudah pun memaklumkan tentang lagu ini kepada komposer asal tetapi saya masih belum berkesempatan untuk memberitahu kak Rahimah Rahim.
"Pada asalnya memang banyak lagu yang disenaraikan untuk dinyanyikan semula. Antara lagu tersebut adalah lagu Sinaran nyanyian Dato Sheila Majid. Insya-Allah, kami merancang untuk menampilkan Fauziah Latiff untuk lagu akan datang. Saya juga akan cuba mengubah semula lagu Dia mengikut kesesuaian MAX 24:7 seperti mana yang saya dah buat untuk lagu Gadis Dan Bunga," ujar Aesar yang berharap kumpulan ini akan diterima masyarakat.
5 comments:
eiii geli haku!!! gay!!
tkde bende lain ke
tak kisahlah kalau diorg nak menyanyi pun. Kalau suara dan lagu tu sedap. Tak de sapa kisah. Tapi kalau kau tiru gaya org lain (atau lebih tepat lagi gaya NEGARA lain) mmg sah2 lah kena maki. Bukan tak boleh nak amik teladan yang baik2 dari sana. Tapi kalau dah tiru bulat, dah tu hancur pulak yang KAU tiru tu.. mmg sah2 kena bahan lah...
pwincess9all.blogspot.com
ade sorang muka mak rempit!!! awww~!
pukimak diorang lah.......lancau la,,,, ko mkan taik ko sna.....
Post a Comment