Kongsikan Entri Kami

Tuesday 5 April 2011

Indonesia Penah Masuk World Cup!! Stress tak?

Ni fakta yang MaxJinx dapat dari blog yang dipromote oleh Me-X.. memang banyak info menarik kat blog tu.. Ni ade satu yang aku nak kongsi ng korang.. Indonesia penah masuk World Cup pada taun 1938!!! Caye tak? Memang betol beb... Mari kite bace same-same.. 

Pasukan Indonesia  yang dulunya dikenali Dutch East Indies

Indonesia  pada waktu tu dikenali sebagai Dutch East Indies (India Timur Belanda) dengan memakai jersi jingga, berseluar putih dan berstokin biru muda itu menentang pasukan kebangsaan Hungary pada perlawanan pertama mereka. Dutch East Indies bagaimanapun bukan tandingan Hungary yang ketika itu adalah gergasi bolasepak dunia dengan mengalami kekalahan teruk sebanyak 6 gol tanpa balas. Akibat kekalahan itu, Dutch East Indies tidak berjaya meneruskan kemaraan ke perlawanan yang seterusnya di mana format Piala Dunia pada waktu itu adalah format ‘kalah mati’.

Skuad yang kini dikenali Skuad Garuda diketuai oleh seorang pemain yang dikenali sebagai Achmad Nawib. Achmad Nawib telah mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pemain pertama dan terakhir yang dibenarkan memakai kaca mata semasa bermain. Achmad Nawib yang juga adalah seorang doktor bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang masalah apabila dilihat selesa mengejar dan membawa bola semasa beraksi. Ironinya, kapten pasukan Hungary yang ditentangnya, György Sárosi juga adalah seorang doktor.

Achamad Nawib, György Sárosi dan pengadil pertama, Roger Corie.

Pada Piala Dunia 1938 yang diadakan di Perancis itu, Itali mengekalkan rentak juaranya yang dimenangi mereka pada empat tahun yang lalu dengan menewaskan pasukan Hungary dengan jaringan 4 berbalas 2. Tempat ketiga dan keempat diisi oleh pasukan yang meningkat naik, Brazil dan Sweden.
Poster Piala Dunia 1938 di Perancis.


Stress tak? Macam tak caye lak kan? Ape2 pon tahniah untuk Indonesia... Tunggu Malaysia plak masuk.. Hehe... 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...