Kongsikan Entri Kami

Wednesday, 24 July 2013

Serius : Budak Berusia 9 Tahun Masuk Ke Turki Menggunakan Pasport Mainan (3 Gambar)


Seorang budak perempuan berusia 9 tahun berjaya memasuki Turki dengan hanya menggunakan pasport mainan di mana pasport berkenaan hanya mempunyai foto identiti berupa patung unicorn (haiwan bertanduk satu).

Kejadian itu berlaku ketika budak yang berasal dari Wales, Emily Harris hendak bercuti bersama ahli keluarganya ke Turki. Emily dikatakan sengaja membawa pasport mainan itu sepanjang perjalanan.

Ketika keluarga berkenaan hendak diperiksa oleh petugas pemeriksa pasport di bandar Antalya, Si ibu, Nicky secara tidak sengaja menyerahkan pasport yang salah iaitu pasport mainan anak gadisnya itu.

Pegawai yang bertugas dikatakan tidak menyedari hal itu. Meski pun sudah nyata foto identiti pada pasport berkenaan mempunyai gambar haiwan bertanduk satu, namun pegawai tersebut tetap mengenakan cop pada pasport berkenaan.

Dilaporkan, pegawai yang bertugas kelihatan terlalu mengantuk dan membiarkan Emily masuk secara sah dengan menggunakan pasport mainan.

Pada awalnya, si ibu berasa terkejut dengan kejadian tersebut dan berasa sangat panik. "Saya panik kerana saya menyangka bahawa seseorang akan mengejar kami kerana menggunakan pasport palsu, namun ia tidak berlaku sama sekali," katanya.

Nicky menjelaskan, pasport mainan tersebut amat berbeza dan tidak kelihatan asli langsung. Muka depan pasport mainan itu mempunyai gambar patung beruang emas dan saiznya kelihatan lebih kecil berbanding pasport yang asli. "Pegawai itu juga sempat bertanyakan umur Emily sebelum mengecopnya," katanya.

"Pada mulanya, kami sekeluarga berasa khuatir namun kemudian kami mula berasa lucu. Kami ketawa apabila teringat pegawai itu mengecop pasport mainan itu,"



Sumber : Here

11 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

Letih... eh... no 1 ...

Anonymous said... Best Blogger Tips

Ada Q kisah....

Anonymous said... Best Blogger Tips

no 1 abah kau!

Anonymous said... Best Blogger Tips

No 1 pak cik kau!!

jack ham said... Best Blogger Tips

Ah cutenye bdak tuuuuu usap2 pn sedap

Anonymous said... Best Blogger Tips

cute pakcik abah kau!

Anonymous said... Best Blogger Tips

yg gi bawak pasport mainan buat apa, bodoh

Unknown said... Best Blogger Tips

kimak anon pedo 02:01....hakktuihhh

P.Preity Petry said... Best Blogger Tips

02:01 abah kau!

Anonymous said... Best Blogger Tips

byk malay retard kat sini..

Yusri said... Best Blogger Tips

@07:59

Setuju komen anda! Ada satu laman berita yang pos benda yang sama, disini :
http://www.huffingtonpost.com/2013/06/12/emily-harris-unicorn-passport-customs-turkey_n_3429047.html

Cuba pergi ke bawah laman itu dan lihat ruang komen orang luar bagaimana. Cuba BANDINGKAN pula dengan komen-komen orang kita. Ada beza?

Walaupun tidak semua, tetapi ramai budak Melayu kita, tidak kira yang perempuan mahupun lelaki, yang kurang waras, tidak cerdik yakni bodoh dan mentaliti rendah, suka komen yang MERAPU sahaja. Inilah dia, kualiti pemikiran orang Melayu, jelas kelihatan cara mereka komen! Asalkan ada tempat nak komen, nak merapu sahaja tahu. Patutlah dan tidak hairanlah 60 tahun lebih mudah ditipu oleh kerajaan BN.

Terakhir, selamat jalani ibadah Puasa.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...