Kongsikan Entri Kami

Friday 26 July 2013

OMG : Kanak-Kanak Berusia 5 Tahun Jalani Latihan Tentera Taliban Di Pakistan (7 Gambar)


Rakaman video ini menunjukkan sekumpulan kanak-kanak pra-sekolah menembak beberapa buah senjata api dan senjata berat di sebuah kem latihan yang terletak berdekatan sempadan Pakistan dan Afghanistan.

Kanak-kanak berpakaian serba hitam ini boleh dilihat berbaris dalam barisan yang rapi semasa menjalani latihan menembak.

Sejurus kemudian, video berkenaan turut menunjukkan salah seorang kanak-kanak sedang melutut semasa menembak senapang tempur, AK-47 sebelum dibantu oleh seorang lelaki dewasa yang dikaburkan wajahnya.

Sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Parti Islam Turkistan yang berpangkalan di sebuah wilayah tanpa undang-undang bernama Waziristan, yang terletak berdekatan sempadan Pakistan dan Afghanistan dipertanggungjawab mewujudkan video berkenaan, petik dari laporan UK Telegraph.

Video yang diberi tajuk "Little Commando", dilaporkan telah dipaparkan di sebuah laman web gerakan bawah tanah, Al-Qaeda sebelum dimuat naik ke LiveLeak.

Kumpulan kecil ini dipercayai ditubuhkan bagi mengendalikan kem-kem bagi para militan untuk melancarkan serangan di Afghanistan. Mereka juga dipersalahkan dalam melancarkan beratus-ratus serangan keganasan sejak dua dekad yang lalu.

Wilayah Waziristan telah menjadi kawasan beban buat tentera Amerika Syarikat dan pihak Washington sering menekan pihak berkuasa Pakistan untuk melumpuhkan sebarang gerakan keganasan yang beroperasi secara bebas di kawasan berkenaan.

Pada Rabu lalu, pesawat tanpa pemandu (drone) tentera Amerika Syarikat telah melepaskan dua peluru berpandu ke arah kem latihan Taliban di Waziristan Selatan yang menyebabkan lima anggota militan terbunuh dan memusnahkan kem terbabit.

Tiga hari sebelum itu, Amerika Syarikat turut melaporkan bahawa lima lagi anggota Taliban telah terbunuh dalam serangan udara di kawasan suku kaum yang terletak di Waziristan Utara.

Kira-kira 95% daripada 338 serangan pesawat drone tentera Amerika Syarikat yang dijalankan dalam wilayah Pakistan sejak tahun 2004 telah berlaku di wilayah ini.

Pihak Pakistan juga secara umum menentang serangan pesawat drone yang dilakukan tentera Amerika Syarikat kerana dikhuatiri melanggar kedaulatan negara dan membakar sentimen anti-Amerika. Walaubagaimana pun, kabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor menunjukkan Islamabad mungkin diam-diam bersetuju untuk melaksanakan kan "Zon Bunuh".


Sumber : Here

18 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

Knapa lah negara islam nie suka sgt brperang... Ckup lah zaman osama dlu.. Abah kau.

Ameba

P.Preity Petry said... Best Blogger Tips

Tak ada kena mengena dengan Islam pun. Bangsa belah sana memang suka berperang. Dari dulu lagi. ;)

Anonymous said... Best Blogger Tips

Osama ABAH KAU!

Anonymous said... Best Blogger Tips

kata religion of peace.. islam membawa mesej keamanan.. ini dah budak2 suruh pegang senjata...

bila kena cop pengganas.. pandai pula marah...

Anonymous said... Best Blogger Tips

lebih baik budak2 di ajar pegang senjata dr budak2 kt malaysia di ajar mak ayah pasal maksiat...kopiah kat kepala tu...syahid la mereka yg mati ke jalan Allah s.w.t...
Takbirrr...!!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

ALHAMDULILLAH..MEREKA MEREKA INI LAH YG AKAN MELAWAN KEBATILAN..respect..bkn mcm kita asik peluk tubuh je bila saudara2 kita dibunuh.

Anonymous said... Best Blogger Tips

Org cina takut mati. Bila dah mati, mayatnya tidak akan dibawa masuk dalam rumah. Mengikut kepercayaan mereka ianya membawa sial. Wlaubagaimana pun orang india paling ramai mati bunuh diri atau dibunuh.

Anonymous said... Best Blogger Tips

Diaorg bperang kerana menentang pencerobohan kapir laknat amerika. kalo si kapir serang negara kau pun kau wajib angkat senjata pertahankan keluarga n tanah air engkau..

Think b4 write... jgn jd bebal..

Anonymous said... Best Blogger Tips

Tai palat smua

Anonymous said... Best Blogger Tips

ada dua kemungkinan ja 1) nak tunjuk da sampai tahap terpaksa melatih kanak2 untuk berperang kerana orang dewasa da kurang. bila latih dari kecik mknanya mmg pure commando bila besa nanti..sebab? dorg kena tindas..dorg kena serang so dorg terpaksa mempertahankan negara mereka..islam mmg agama yg aman, tp kalo negara sendiri kena serang, so baek tido ja dalam bilik? 2) mungkin ini propaganda nk memburuk-burukkan islam..kemungkinan tu mmg ad sb mentality kebykan orang pada hari ini adalah "muslims are terrorists" dan inilah yg cuba diwar2kan oleh media barat untuk membenci orang2 islam..dan juga yahudi..

laksamana sunan said... Best Blogger Tips

komen korang kat atas sume nyer menggong..xda makna nyer mereka nk menunjuk-nunjuk pon.ni sume pasal fisabilillah..terapkan semangat juang sejak dr kecil lg.semangat nk bebaskan tanahair dr cengkaman kejan org2 kafirun.lain la kite 1 MALAYSIA sgt kanak2 di sni kecik2 lg diajar pegang dn guna hp,ipad tablet dn mcm2 la lg..pastu mkn lak KFC MCD PIZZA tau la..jgn asik sgt ngan sume ni.x mustahil 1 ari nnti nasib kite lak.idup manusia ibarat nya roda.

Yusri said... Best Blogger Tips

@17:14

Komen saudara memang terbaik. Benar cakap mu saudara. Ini bukan menunjuk-nunjuk. Yang menunjuk-nunjuk adalah mereka yang gemar menghantar gambar koleksi sendiri di Facebook.
Saya tidak terkejut, in sch Allah, jika Malaysia tidak lama lagi akan JATUH jadi macam mereka ini. Daripada saya yang tidak reti guna senjata api, akan TERPAKSA belajar menggunanya, semata untuk pertahanan diri, keluarga dan agama, Fisabilillah. Masa itu, couple2 ke, cintan cintun dengan pakwe/makwe ke, aku rasa puak2 tak sedar diri inilah yang akan menyorok belakang pintu sebelum musuh.
Malaysia tampak aman dan damai sekarang, meskipun masalah sosial runcing, ekonomi tidak menentu, khususnya masalah AKIDAH ummat Islam melanda, perang tetap akan muncul. Jangan terlalu berasa selesa sangat. Kenalah banyak beringat dan berhati-hati bila komen. Jelas kalian tidak sensitif hal ini, jelas hanya memikirkan diri sendiri dan tidak memikirkan orang lain.

Seperti biasalah, belum setengah bulan Ramadhan lagi dah semua restoran dan orang kita sudahpun memasang lagu Hari Raya. Tipikal orang kita. Macam tak sabar2 dah nak tamatkan bulan Ramadhan!

Anonymous said... Best Blogger Tips

anon yang ataaaaaass sekali, saya sesekali terhibur dgn kamu kerana menggunakan nama saya dengan komen kurang matang sedemikian. :)
-ameba

Unknown said... Best Blogger Tips

ok la ni..anak mude kt Malaysia suke berpeleseran cam bodoh...puihhh...

Anonymous said... Best Blogger Tips

@Anonymous negera islam x suka berperang tp mereka mempertahankan akidah dan serangan dri yahudi....ko ni byk sgt tgk berita tv ni....agak bodoh kenyataan ni..sori to say la

Anonymous said... Best Blogger Tips

@Anonymous

banyakkan membaca buku2 sejarah tentang dunia Islam serta Freemason....jgn duk banyak baca blog yg meleleh2..duk cerita makan aper ...tempat2 makan best2...tentang cat rumah...majalah2 mangga, rambutan, bola, kereta...doooo

Anonymous said... Best Blogger Tips

taliban x heran lah extremis

Anonymous said... Best Blogger Tips

menuntut ilmu jga jihad , senag2 je amerika bom dr atas, diorg duk bersilat berbunga kat daratan..skrg ni otak senjata utama, jihad ilmu luu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...