Kongsikan Entri Kami

Friday, 2 September 2011

3 Cerita Lawak Untuk Hari Ini


Nak Kencing Dalam Bas

Tersebutlah sebuah kisah seorang makcik yang jujur menaiki bas dari Kota Belud ke Kota Kinabalu….

“Driver, driver… boleh berhenti sekejap ker? Saya nak kencing lah driver…” kata makcik tua itu…

“Alaa… kencing jer kat tingkap… saya malas nak berhenti” kata driver dengan nada bergurau….

Lepastu… makcik yang memang dah tak tahan nak kecing ni… apa lagi… buka tingkap lalu kencing….
 
Kebetulan ketika itu sebuah kereta polis peronda lalu kat situ dan terkena kencing pulak oleh makcik tersebut…. Apa lagi… polis tu pun kejarlah bas tersebut….

“Stop.. stop” kata polis tu menahan bas tersebut…. Dengan serba salahnya, driver tu pun terpaksa berhenti….

“Apa hal tuan?” Tanya driver….

Dengan nada yang marah polis tu bertanya… “Siapa yang meludah kat kereta aku tadi?”..

Oleh krana makcik ni memang jujur orangnya, maka dia pun mengaku…

“Saya tuan” kata makcik…

“Bukan! Kata polis… “Tadi tu ada misai… Awak takde!” 
 

Boss Baru Yang Perasan Giler

Ini cerita pasal seorang pemuda yang baru membukak satu pejabat baru...al-maklumlah loan baru lulus kat bank dan hati meluap luap nak bukak business...tak tahu lah business apa...nanti aku tanya..!!

Pejabat dia tu tak laaa banyak sangat barangan pejabat yang diisinya...ada laa 3 biji meja dan kerusi tiap satu... almarinya.. stationerynya la...tong sampahnya la... dan yang patut patut kena isi kat pejabat dan especially talipon...!!

Dia ni boss kat pejabat tu...selepas mengemas bilik pejabat, dia pon releks laaa kat dalam opis dia tu...ye laaa...boss lah katakan?!! Mula lah berangan tu......berangan ni...!!

Tiba tiba pintu pejabat diketuk dari luar...ah!!...mesti pelanggan datang ni...lalu disuruhnya orang yang diketuk pintu tu masuk... masa tu jugak dia angkat talipon dan ceritalah projek besar - juta2x...pura pura kat depan orang yang datang tadi...orang yang datang tadi hanya duduk diam tak kata apa apa...

Bila dah puas cakap sampailah masa dia letak talipon tu...lalu dia pon kata kat pelanggan yang masuk tadi...errr!...maaflah... sibuksikit...maklumlah projek tu...projek ni....tak boleh nak biar...kena arrange appointment dengan client...so...boleh saya bantu??

Dengan selamba pelanggan itu kata... "Err...boss...saya ni dari Syarikat Talikom... datang nak sambung talian talipon..

Koboi

Al-kisah............

Seorang koboi pulang dari sebuah kota dengan menunggang kudanya melewati gurun. Dia dikejutkan oleh seekor ular yang menghalangi jalannya, lalu si koboi turun dengan pisau ditangannya, ketika ditangkap ular itu untuk dibunuh, si ular berkata:

Si ular : "jangan bunuh saya, saya adalah seorang pari2".

Si koboi terkejut, dan masih ragu, lalu bertanya,

Si koboy : "jika kamu pari2 apa yang saya minta akan dikabulkan?"

Si ular : "Jika kamu tidak percaya lepaskan dulu saya, dan apa permintaan kamu wahai koboi?"

Lalu si koboy melepaskan si ular itu, lalu dia berkata.

Si koboy : "Saya mempunyai 3 (tiga) permintaan, yaitu yg pertama, saya mahu wajah saya hensem cam lionardo dikopiko, yang kedua badan saya setegap Arnold, yang ketiga "anu" saya sebesar kuda yang saya tunggangi itu". sambil menunjukkan jari ke kudanya.

Si ular berkata dengan tenang : "sonang bai tuuuu, esok kamu boleh lihat dicermin apa yang terjadi, sudah ya, saya pergi tata tititutu", kata si ular sambil pergi masuk semak-samun dan menghilang. Lalu si koboy itu naik kudanya meneruskan perjalanan menuju rumahnya memang hari sudah lewat.

Sesampai di rumah si koboi berdiri di depan cermin dan berkata. "besok kalau tidak ada perubahan siaplahh!, aku potong kepalamu wahai ularr!". sambil berjalan dia masuk ke bilik dan "Z z Z z " ketiduran.

Keesokan harinya si koboi bangun pagi-pagi dan terus menuju cermin, dan apa yang terjadi, si koboi tergezut gorilla dan gummbiraaa, dilihatnya wajahnya mirip Lionardo Dikopiko dengan senyum bangga, lalu dia membuka baju melihat badannya sudah berubah dengan ototyang menonjol, dia ... memperagakannya gaya-gaya bodybuilder, kemudian dia membuka seluarnya dan dia terkejut triple king-kong sekali, dan berteriak: "Tidak. Tidak. Ini tidak mungkin, TIDAAAAAAAAAAAAAAAAK!!!!!!!".

Ternyata dia lupa, dan baru ingat bahwa kuda yang ditungganginya semalam itu adalah kuda betina.. 
 
 


4 comments:

Abang Ohsem said... Best Blogger Tips

hahahah lawak2 besh pon ade bace entry ni...keep it up ye..suke dtg sini

Asyikin said... Best Blogger Tips

hhahaha, suka no 1 punya :D

Anonymous said... Best Blogger Tips

Asyikin suke yg no 1 ehh.. msti Asyikin ade misai jgk ni kn.. hikhik

Anonymous said... Best Blogger Tips

hahahaha!!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...