Kongsikan Entri Kami

Wednesday, 31 August 2011

Kesian : Ibu Tiri "Hancurkan" Kepala Anak Tirinya di China (7 Photos)

ZhongBao pada usia dua tahun telah ditinggalkan oleh ibu kandungnya. Jadi, ayah kandungnya mencari seorang ibu tiri melalui internet dan mereka kemudiannya berkahwin. Disebabkan ayahnya sibuk bekerja, ZhongBao akan tinggal bersama dengan ibu tirinya yang setiap hari memukulnya. ZhongBao akan menjerit "Wanita gemuk itu memukul saya dan dia selalu menggunakan KUALI untuk memukul saya". Sebelum ini, ZhongBao tinggal bersama datuk dan neneknya tetapi selepas ayahnya kahwin baru, dia dihantar untuk tinggal bersama ayahnya. Tetapi selepas 40 hari bersama keluarga baru ini, ZhongBao hampir kehilangan nyawanya kerana kepalanya dipukul setiap hari. Selepas insiden ini, ayah dan ibu tirnya tak ingin menghantar anaknya untuk sebarang rawatan tetapi datuk dan neneknya kemudiannya menyeru agar dia dihantar ke hospital. Selepas, ZhongBao beransur pulih, ayah dan ibu tirinya kemudianya melarikan diri kerana mereka tak ingin menanggung kesalahan mereka itu. Tetapi selepas ZhongBao sedar diri, dia menyatakan ibu tirinya yang memukulnya. Tetapi polis tak dapat menolongnya atau membuka satu kes fail kerana dia baru berusia 4 Tahun. Budak terlalu muda dan sukar dipercayai. Tetapi selepas dua hari atas baik hati polis di sana, mereka membuka satu kes fail untuk membantu ZhongBAo. Semoga ibu tirinya itu ditangkap kerana melakukan perkara "binatang" sebegini kepada anak tirinya. 
ZhongBao kini kehilangan sebanyak 12x10cm pada tengkorak kepalanya. Sel otak pada sebelah kanan hampir mati keseluruhannya. Jadi kini dia mempunyai kesukaran untuk menggunakan sebelah kirinya seperti tangan dan kakinya. Dia hanya mampu bergerak menggunakan tangan dan kaki kanannya. Datuk dan Neneknya tak ingin menerima sebarang sumbangan wang kepadanya kerana mereka menyataka ini masalah keluarga, mereka tak ingin susahkan orang lain.


ChinaSmack

6 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

JAHAT GILER..

nur90 said... Best Blogger Tips

cian nyer..kejam la fmly dye 2..bdak pn nk dera ke???mmg ati batu

Anonymous said... Best Blogger Tips

ayah kejam.dh dpt bini baru, leh bia ank smpi cmtu.

CikPuanMudaIrma said... Best Blogger Tips

kalo xle trma anak, jgn kawen ngan ayah dia..sedihhh sgt..:(

Anonymous said... Best Blogger Tips

sedih nyer...sian kat budak yg x bedosa.. sal la org zaman skrg ni kejam sangat :(

Anonymous said... Best Blogger Tips

bapak die pon satu,,,lbih syang kn pukek mak tiri dye,,,

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...