Kongsikan Entri Kami

Saturday, 6 August 2011

Info : 5 Masalah Utama Komuter Tanah Melayu (KTM)


KTMB adalah pengendali kereta api utama di Semenanjung Malaysia dan telah beroperasi sejak dari tahun 1948. Namun, pelbagai masalah masalah tidak dapat diatasi atau pembaharuan jarang dilakukan pada sistem kereta api ini. KTMB ini sepatutnya lebih peka dengan masalah yang dihadapi oleh penumpang-penumpang mereka yang memilih KTMB kerana kereta api ini membawa mereka ke destinasi yang ingin dicapai. Pengalaman waktu pertama naik KTM memang begitu seronok tetapi semakin hari semakin tak tahan dan tak faham sistem KTMB ini. Kalau ada alternatif lain, memang akan pilih alternatif tersebut. Baru-baru ini dalam bulan Ramadhan ini, semestinya semua orang ingin pulang dan berbuka bersama keluarga tercinta. Ramai yang tidak tahan dengan keadaan jalan raya di bandar yang begitu sesak, berpendapat dapat balik lebih cepat dan senang menggunakan kenderaan awam, tetapi sebaliknya. Tepat jam lima di stesen KL sentral atau mana-mana stesen semestinya dah dipenuhi manusia yang berbaris nak balik dan di sini bermulanya masalah besar KTM: 

1. Ketepatan Masa : Tertera pada papan digital KTM akan sampai di KL Sentral sebagai contoh jam 5.05 petang dan juga disahkan oleh pegawai yang membuat pengumunan jam 5.05 petang. Selepas jam 5.05 pm, KTM tidak lagi kelihatan, pengumunan akan menyatakan tren sampai dalam masa 7 minit pula? Kenapa tiba-tiba berubah ke 7 minit sedangkan sebelum ini nyatakan sampai 5.05 pm, jadi bila tunggu sampai 5.12 pm, satu lagi pengumunan "tren akan sampai sebentar lagi". Hujung-hujung tren datang pada 5.15 pm iaitu lewat sepuluh minit. Jadi apabila tren ini dah lewat 10 minit, tren yang seterusnya semestinya akan semakin lewat lebih dari 10 minit. Jadi ini masalah yang paling ketara KTMB iaitu ketepatan masa. Pernah tunggu sampai 50 minit sehingga 1 jam tren tetapi naik tren pun tak dapat. Kenapa tren lain boleh sampai setiap 10 minit tepat seperti dijadualkan tetapi KTMB tak boleh?

2. Kekurangan gerabak untuk penumpang : Pernah tak tengok KTM bila sampai depan anda, penuh dengan manusia dan langsung tak boleh bergerak. Dah la ini bulan Ramadhan, mesti ramai orang, kenapa KTM tak terfikir perkara ini sebab dah berlaku berpuluh tahun yang lepas. Contohnya tren yang sampai ke KL Sentral penuh dengan manusia, daripada 500 orang tunggu tren nak ke Seremban, hanya 30 orang yang mampu menaikinya kerana yang keluar ke stesen ini hanya 30 orang. Selebihnya 470 orang terpaksa tunggu tren seterusnya yang akan datang dalam masa 30 minit - 1 jam (kalau sampai la!!) Bila tunggu tren seterusnya, bilangan orang yang menunggu dan mencecah dua kali ganda tetapi yang masuk juga hanya 30 -50 kerana itu je bilangan yang turun di Stesen ini. Yang selebihnya itu buat apa la? Kesian tengok yang mencuba tiga kali tetap tidak dapat naik. Tiga tren = 1 jam 30 minit - 3 jam :-) KTMB paling banyak pun 6 gerabak tetapi tren yang jarang penuh tu ada 8 gerabak pula.

3. Kepakaran KTMB : Setiap kali naik tren, ada pengumunan untuk berdiri di belakang garisan kuning, jadi semua orang ikut arahan dan semua orang berdiri jauh dari tempat laluan orang keluar dari tren, Bila tren sampai, pintu tren pula berhenti bukan di atas laluan untuk orang keluar tetapi di tempat orang ramai berbaris. Mana tak orang semua serbu masuk sebab pintu depan mereka. Sebab kalau naik tren lain berhenti tepat pada tanda dan memang jarang berlaku tolak menolak. Kesian orang tua dan budak kecil ditolak. 

4. Bekalan elektrik sering terputus : Pernah perasan tak bekalan elektrik di atas landasan KTM selalu terputus. Tiba-tiba je lampu tertutup dan penghawa dingin tertutup dan tren tidak berjalan. Contohnya perjalanan dari UKM ke KL Sentral rasanya kalau tren tak berjalan untuk tiga kali memang tak sah la. Mesti akan berhenti. Bukan itu sahaja semalam di semua stesen pada jam 6.50 pm tiba-tiba bekalan elektrik terputus. Semua orang yang menunggu untuk naik tren dalam lingkungan 3000 orang terpaksa duduk atas lantai untuk menunggu tren dari jam 6.50 pm sampai jam 8 pun belum ada tren datang. Ramai yang terpaksa berbuka puasa dengan roti dan air kosong di tepi tangga, laluan pejalan kaki dan tepi landasan. Kesian dengan semua orang. Kenapa masalah ini selalu berlaku pada KTM? Rasanya jarang berlaku pada tren lain.
5. Pembaharuan/Upgrading tidak diutamakan : Perkara yang dinyatakan di atas telah berlaku lebih dari sedekad yang lalu. Tetapi di mana pembaharuan atau perubahan yang dijanjikan? Semua janji kosong dan menyusahkan semua rakyat. Kalau ada alternatif lain rasanya 100 peratus orang akan tinggalkan KTMB ini. Kenapa KTMB hanya akan tambah tren pada tahun 2014? Bukankah sepatutnya perkara beli tren baru patut dibuat tahun sebelumnya. Walaupun banyak kawasan baru dibuka tetapi sekiranya tidak ada pembaharuan, semuanya akan menjadi semakin parah kerana semakin ramai akan naik tren. Orang ramai nak buka puasa dan terawih juga tergendala. Memang patutlah kesatuan KTMB tidak ingin Presiden kini untuk teruskan pemerintahannya kerana tiada pembaharuan yang berlaku : Kesatuan KTMB protes kontrak Presiden KTMB disambung .

Rasanya banyak lagi KTMB perlu belajar dari syarikat tren yang lain agar semua akan berubah dan bertambah baik. Kalau terus begini, sampai bila nak maju?

p/s : Kami kemukakan perkara ini kerana KTmB nampaknya tidak berubah walaupun dah berpuluh tahun. Kita semua dalam misi mencapai misi visi wawasan 2020 dengan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan. 

13 comments:

DOTT said... Best Blogger Tips

yeahhh ! setuju !zaman duduk asrama dulu t'paksa naik jgk ktm ni setiap kali minggu blk kmpg. pnah tggu train kat kajang hampir 2 jam gara2 train t'gendala dkt seremban ! sepatutnya train laju yg dia guna utk ke ipoh tu dia guna utk p'khidmatan sg. gadut-rawang/rawang-sg. gadut. takde la asyik t'gendala je. sbb tu la makin ramai yg prefer naik kereta sendiri even t'paksa hadapi masalah traffic jams, takde risiko perlu b'himpit dlm train or kena raba dgn mat mat bangla ! ada ladies coach pun penuh dgn lelaki jgk coach tu. grrr !

Anonymous said... Best Blogger Tips

reasonnye sebab KTMB dpt suntikan dana dari gomen... paham2 le gomennyer kije camne... ape pun x bleh... bg je ktmb tu rapidkl yg handle, kan sonang...

izzie izzam said... Best Blogger Tips

mmg stuju cngat bab tren tak tepati mse..pew na jdi..mmg btol2 mnyusahkan..dah lar nih stu2 nyew alternatif tok ke bndar2 bgi student mcm aq nih..adoi..stress..

din ruler said... Best Blogger Tips

aku nak mintak tambah gerabak jer.... sesak ko tau hari minggu....

Anonymous said... Best Blogger Tips

yup setuju sesgt..rela naik KLIA express yg mahal tu utk turun area nilai...bia mahal asal selesa n menepati masa..dh laa bangla, myanmar n indon yg tak faham bahasa..pasang lagu kuat2..busuk lagi..view yg xlawa sepanjang jalan...lembab lagi...huh
mmg selagi leh elak mmg akan di elakkan ktm...
harap sgt ktm ambik perhatian...

Anonymous said... Best Blogger Tips

ktmb mmg byk masalah...cdgn soh ktm nk improve mmg byk tp susah nk dlaksanakan atas byk faktor...klu bg rapidkl yg handle pon lom tentu ley handle... ktmb kne overhaul blek from bottom to top tp ni akn guna byk kos n akn merugikan ktmb yg da sememangnye sentiase rugi setiap tahun...so klu de alternatif len better guna transportation yg laen

Anonymous said... Best Blogger Tips

ha setuju seagt..ni lah die..org gomen kje ikut cincai jer..org swasta kje cm nk mamp**s..tp end of the day yg nek gaji org gomen..sh*t..

Anonymous said... Best Blogger Tips

asyik delay je

Anonymous said... Best Blogger Tips

adakah masih relevan??

Unknown said... Best Blogger Tips

kalau perkhidmatan ets macamana pulak ye? kemudahan? kelebihan dan kekurangan ets? sape tahu? electric train services (ets)

Anonymous said... Best Blogger Tips

Kahkah kalo 2011 pun dah sedekad ni nk masuk 2017 xde beza pun..hmpir dua dekad..mmg memalukn la pegang jawatan tpi xberfungsi..letak je jawatan bg org yg lebih layak..atau ni mmg rancangan utk wat outsource cmpny mcm tnb..malaysia oh malaysia

Anonymous said... Best Blogger Tips

Cuba tengok sistem tiket dia yg baru. Komuter link. Harga, diskaun, sama aje dengan touch n go. Tapi nak buat kad sendiri.

Akhirnya, kad itu hanya boleh diguna dekat ktm komuter aje. Berapa banyak kad pengguna kena beli....?

Kad tu pun tak efektif. Sentuh kali pertama, selalunya kata kad rosak. Lepas tu pegawai surruh pindah point sebelah. Kena beratur balik.

Kad reader yg baru ni, tak sama dengan touch n go. Yg touch n go, kena buang. Membazir aje. Patut bawah kementerian yg sama, boleh seragam kan kad.

Kita bergerak ke belakang. Negara lain manju ke depan

Anonymous said... Best Blogger Tips

Masalah utk tmpt hulu plak mmg tren dye ni satu jam satu ke????? Dh x reti nk organize btol2 ke bilangan tren yang beroperasi? Penat la kne maki dgn org sbb ckap kte lambat padahal dh mmg tren lmbt....lps tu dh tau tren yg bergerak pown x byk ko tmbah la waktu beroperasi.... ini org2 yang dduk hulu ni kne rushing kejar last tren korg...padahal satu hari tu brape kali je tren bergerak....org kne tgu lme2 pastu nk blek kne rushing...buang mse kt perjalanan je...tu blom tren berhenti tgh2 laluan konon tgu isyarat bergerak tu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...