Kongsikan Entri Kami

Monday 1 August 2011

Gosip : Elia, (Jejariruncing) Tidak Tahu Khairul Fahmi Minta Putus?


Entah betul ke tak berita ini tetapi menurut andyhowtt ini nampaknya Jejariruncing Tidak tahu yang Khairul Fahmi minta putus tunang sehingga dia terbaca berita dalam MyMetro. Aduh kenapa pula macam-macam kes berlaku ini waktu bulan Ramadhan ini. Ini kata Ella mengenai berita ini : 

“Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam),” kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.
“Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,”
 “Pada saya punca sebenar masalah kami memang disebabkan orang ketiga dan saya mempunyai bukti kukuh mengenainya. Mungkin disebabkan itu dia enggan bertemu saya,” dakwanya.
Elia mendakwa, kewujudan orang ketiga dalam perhubungannya dengan Khairul Fahmi sudah diketahuinya sejak awal Julai lalu melalui pelbagai petunjuk, malah selepas diselidikinya dia percaya Khairul Fahmi ada hubungan dengan wanita lain sebelum mereka bertunang lagi.
Satu lagi tiba-tiba pula ada Fan PAge yang terbaru dalam FB yang bertajuk : Belia-Sokong-Khairul-Fahmy-Che-Mat-dengan-Dalia-Teck 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...