Utama

Utama 2

Geng Stress

Kongsikan Entri Kami

Tuesday, 2 August 2011

Berita : Kes tukar jantina adalah Punca kematian Mohd Ashraf a.k.a Aleesha Farhana ??


Keputusan bedah siasat punca kematian Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, lelaki yang gagal dalam permohonan menukar nama dan status jantinannya dalam MyKad, awal pagi kelmarin mungkin diklasifikasikan sebagai kes yang perlu dibuat rujukan dan penilaian perundangan.

Bagaimanapun, Jabatan Kesihatan Terengganu belum menerima laporan hasil bedah siasat dibuat ke atas mayat Mohd Asyraf Hafiz di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahiran (HSNZ) kelmarin.
 
Pengarah Kesihatan negeri, Dr Nordiyanah Hassan, berkata banyak perkara perlu dibuat penelitian untuk menentukan punca sebenar kematian Mohd Ashraf.
Sebab itulah, katanya, kumpulan pakar perubatan yang terbabit dalam bedah siasat belum mengemukakan laporan masing-masing kepada jabatan.

“Kes ini (punca kematian Mohd Ashraf) kita ambil sebagai ‘potential medical legal‘.

“Ia akan mengambil masa untuk menyiapkan laporan. Apabila selesai, laporan (bedah siasat) itu pula perlu dihantar kepada Kementerian Kesihatan terlebih dulu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam, tetapi tidak mendedahkan punca kematian Mohd Ashraf berdasarkan laporan bedah siasat.
Akhbar kelmarin melaporkan Mohd Ashraf meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNZ kira-kira jam 5 pagi kelmarin selepas dimasukkan ke hospital itu pada jam 3 pagi sehari sebelumnya selepas muntah-muntah dan pitam sehingga tekanan darahnya dilaporkan menurun hingga 80/40 lewat petang kelmarin.
Penurunan mendadak tahap kesihatan lelaki itu bermula dengan kemurungan selepas gagal dalam permohonan menukar nama kepada Aleesha Farhana, menimbulkan spekulasi dalam kalangan masyarakat.

Jenazah Mohd Ashraf dimandi dan disembahyangkan di Unit Forensik HSNZ pada jam 3.30 petang kelmarin sebagai seorang lelaki selepas selesai bedah siasat sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seberang Takir, pada jam 4.30 petang.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat meinta individu yang mengalami kecelaruan identiti sehingga berhajat untuk menukar jantina merujuk kepada Mahkamah Syariah terlebih dulu sebelum membuat pembedahan menukar jantina.

Beliau berkata, Mahkamah Syariah akan membantu mereka bermasalah dengan membuat pertimbangan menerusi penelitian dokumen peribadi asal individu termasuk laporan kesihatan disahkan doktor.

Khazan berkata, Mahkamah Syariah akan memberi pertimbangan sewajarnya, terutama kepada kalangan khunsa dengan mendapatkan pengesahan daripada doktor.

“Selepas mahkamah mendapat butiran sahih daripada pakar termasuk doktor, barulah keputusan membenarkan penukaran jantina mengikut kecenderungan pemohon sama ada menjadi lelaki atau wanita diputuskan,” katanya.

bharian

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...