Kongsikan Entri Kami

Friday, 5 August 2011

Gosip : Usop Wilcha Mengalami Krisis Identiti - 'Hiburan atau Korporat'



p/s: betul juga nak sarapan atau makan tengahari dengan keluarga pun tak ada masa. Dah la bulan Ramadhan ni, sibuk pula Usop ini. 
Sudah dua bulan pelakon yang terkenal menerusi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR), Shy8 mengendalikan segmen Hot FM AM Krew di stesen radio popular, Hot FM. GUA berpeluang bertemu dengan Shy8 atau lebih dikenali dengan nama Usop Wilcha ini di majlis berbuka puasa anjuran Hot FM, semalam. Ketika pertemuan kami, pemilik nama Syed Mohamad Asri Syed Osman ini berkongsi pengalamannya sepanjang bekerja sebagai penyampai radio Hot FM.

“Satu dunia baru bagi saya kerana sebelum ini saya  hanya mendengar saja, tapi sekarang bila dalam konti berbeza. Di layar perak, kami diberi kebebasan, namun ketika di konti agak terbatas. Bila digandingkan dengan tiga penyampai lain, kita kena pandai bahagi masa supaya tidak berlanggar bila bercakap,” ujar Usop berharap masyarakat dapat memberi masa untuk beliau memperbaiki kelemahannya.

“Walaupun paling tua, tapi saya masih baru belajar dan sudah pasti ada gemuruhnya. Bergantung pasa masa yang diberi namun apa yang saya perlu ialah platform untuk saya buktikan kepada mereka. Usop Wilcha dalam konti jadi lain. Mereka tak boleh terima Usop Wilcha seperti dalam wayang. Orang suka Usop Wilcha sebab intonasi percakapan dan gayanya. Dalam konti tak ada visual jadi saya kena yakinkan lagi peminat.

“Saya akan pastikan tak ada Shy8 dalam diri saya. Saya kena menjadi Usop Wilcha kerana ini merupakan makanan rutin harian saya. Harap peminat bersabar dan beri saya satu hingga ke dua bulan lagi. Jangan harap saya sentiasa akan buat lawak saja,” jelas Usop mengakui mengalami krisis identiti.

“Perbezaan paling ketara ialah saya kena jadi orang lain. Bila jadi Shy8, saya serius dan sangat korporat. Tapi sekarang dah tak ada Shy8 dalam diri saya. Orang pun dah tak panggil saya Shy8. Orang dah lupa saya dan saya rasa diri saya dah hilang. Inilah dipanggil krisis identiti, pertembungan dua watak yang berbeza.

“Secara jujur, saya tak tahu apa yang saya alami sekarang, ini bukan saya, Ada masa saya selesa tapi ada sampai satu tahap, saya dah tak ada privasi dalam hidup saya. Saya tak jangka sampai ke tahap ini jadinya,” ujarnya mengakui tertekan.

“Memang tertekan. Ini bukan yang saya jangka. Saya tak pernah impi akan jadi popular sampai macam ini, sebab ingat dah akhir zaman, dah penghujung karier saya. Apa yang saya peroleh sekarang memang tak jangka. Ini kejutan bagi saya dan sekarang saya sudah mula terfikir tentang kepenatan,” ujar Usop yang turut memegang jawatan sebagai Pengurus Kanan Komunikasi dan Korporat di Tanjung Offshore Berhad.

“Saya rasa saya kena jujur dengan profesionaliti kita. Jika nak buat lebih serius, saya kena bagi tumpuan pada satu kerjaya saja. Ada satu masa, saya kena tinggalkan salah satu dari bidang yang saya ceburi. Saya mula terfikir tentang perkara ini bila saya pulang bekerja lewat malam, anak saya yang yang berusia setahun bangun dan peluk saya.

“Terdetik di hati saya, apa yang saya buat ini sampai tak ada masa untuk keluarga dan anak. Saya juga sampai tak ada masa nak sarapan dan makan tengah hari. Ada satu ketika, bawa kereta pun saya mengantuk sangat. Dari situ saya berfikir, saya kena pilih sama ada seni ataupun korporat. Saya tak boleh fokus dengan dua-dua bidang,” jelas Usop mengakui rasa berat untuk memilih bidang yang mana satu.

2 comments:

an nyek said... Best Blogger Tips

uish...glamer ngan name usop..yeap rezeki die murah...tp kesian jgk kat die...die seolah2 hidup atas org yg bernama usop...bukan sy8

Anonymous said... Best Blogger Tips

PUKIMAK USOP WILCHA,BODOH BUAT LAWAK NK MNTAK PERHATIAN LH TU...TAK LAWAK PUN, KO MAKAN TAIK SENDIRI LAGI BAGUS UTK KO...FUCK OFF!!!!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...