Kongsikan Entri Kami

Tuesday, 2 August 2011

Gosip : Juara Maharaja Lawak, Sepah akan berpecah?


Serius best Sepah ini dalam Maharaja LAwak PErtama yang mana mereka dinobatkan sebagai Juara. Yang paling respect pasal Sepah ini ialah lawak mereka seperti membawa balik nostalgia tempatan yang sangat memdalam seperti keadaan di kampung. Tetapi dengar-dengar mereka nak membawa haluan sendiri pula. Ini cuma desas-desus seperti yang dilaporkan di sini :

KALAU tiada angin masakan pokok bergoyang. Cerita yang ingin Cik Normah kongsi dengan pembaca hari ini adalah mengenai kumpulan Sepah yang dianggotai Jep, Shuib dan Mamat. Cik Normah terdengar desas-desus mengatakan kumpulan yang baru saja menjuarai program Maharaja Lawak ini dikatakan mahu membawa haluan masing-masing.

Biar betul? Cik Normah dengan khabar, mereka mengambil keputusan untuk bergerak sendiri bukan disebabkan sudah bergaduh. Sebaliknya mereka masih lagi baik seperti dulu. Cuma, apabila bergerak dalam kumpulan, mungkin agak sukar terutama apabila membabitkan soal jadual dan tawaran. 

Barangkali kerana tidak mahu timbulnya masalah pada kemudian hari, jadi mereka berasakan keputusan untuk bergerak secara sendiri keputusan yang paling baik. Tetapi, sejauh mana kesahihan cerita itu masih lagi belum dapat dipastikan kerana seperti Cik Normah katakan tadi, ini baru didengar pada peringkat desas-desus. 

Lagipun kalau tak silap Cik Normah, mereka masih ada beberapa projek yang belum selesai. Kalau tak silap, sempena Aidilfitri ini mereka akan merakamkan lagu raya secara bertiga. Mungkin selepas itulah agaknya baru mereka berpecah.

Kalau sebut bab menyanyi, Cik Normah memang tak dapat nafikan yang kumpulan Sepah boleh dikira berkebolehan juga dalam bidang ini. Mereka pernah menyanyi dalam program Raja Lawak dan Maharaja Lawak. Walaupun tidaklah sehebat penyanyi profesional lain, tetapi boleh dikira OK jugalah.

Cik Normah yakin, mesti ada peminat yang kecewa jika mereka mengambil keputusan untuk berpecah kerana kekuatan Sepah memang terletak pada gabungan mereka bertiga. Cik Normah tidak pasti, andainya bergerak secara solo nanti, apakah aura mereka akan kekal seperti hari ini.

bharian

info tambahan : Sepah akan berpecah

1 comments:

A's said... Best Blogger Tips

tak bestnya kalau betullah mereka akan berpecahkan? tapi selalu jugak tgk diorg berlakon 'lonely' dlm beberapa drama..haihh :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...