Kongsikan Entri Kami

Tuesday, 2 August 2011

Gosip : Jimmy Shanley mempunyai Bukti Kukuh Menentang Dakwaan Ella


Minggu lalu isteri Jimmy Shanley, Nursuhaila Eliani Suhaimy mengadakan sidang media tergempar bagi menjelaskan faktor utama berlakunya keretakan rumah tangganya dengan pengacara sensasi, Jimmy Shanley.

Sering dipukul dan ditampar adalah antara faktor dia enggan kembali kepada Jimmy. Malah, sebelum malam perkahwinan pun dia telah ditampar apabila meminta izin untuk keluar bertemu rakan. Ini termasuklah dia dikasari ketika berbulan madu di Koh Samui walaupun hanya kerana pertelingkahan kecil.

Bertemu Jimmy di rakaman Mega Raya 2011 di Filem Negara Malaysia Sabtu lalu, GUA sempat mewawancara pengacara itu mengenai tindakan susulan yang akan diambil oleh pihaknya.

“Kita kena tunggu di mahkamah. Ini kerana apabila saya membuka mulut kepada media ada individu tertentu mengaitkan saya dengan publisiti murahan. Saya terpaksa menjawab persoalan media kerana itu tanggungjawab saya sebagai personaliti yang menjadi hak milik masyarakat.”

“Lebih baik saya diam sekarang dari dituduh cuba untuk meraih simpati dan saya hanya akan bercakap bila perlu sahaja. Saya tidak cakap kosong kerana setiap apa yang perkatakan dibantu dengan bukti-bukti yang kukuh. Saya akan berdiam sehingga di mahkamah kelak.”

Apabila cuba dirisik tentang maksud bukti-bukti yang kukuh, Jimmy menjawab ringkas “tunggu di mahkamah sahaja.”

p/s : tak perlu kami diterangkan lebih banyak. Baik kita tunggu cerita di mahkamah je daripada buat anggapan sendiri. :-))

1 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

entry dh lame .. aku sorg je yg masuk .. ok ok 1st

#bunny

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...