Kongsikan Entri Kami

Friday 10 June 2011

Fakta : Ramai lelaki tak pandai beli-belah


LONDON: Lelaki bergantung kepada isteri atau pasangan untuk membeli separuh daripada pakaian masing-masing, manakala mereka hanya membeli 30 peratus pakaian sendiri.

Kajian oleh jenama fesyen Joe Browns menyatakan, wanita menghabiskan purata dua jam setiap bulan atau 24 jam setahun bersamaan dengan 40 hari sepanjang hayat mereka membeli pakaian untuk suami dan kekasih. 

Sebagai perbandingan, lelaki menghabiskan yang jauh lebih sedikit untuk membeli pakaian iaitu kira-kira 50 minit sebulan atau 16.6 hari sepanjang hayat mereka. 

Tinjauan membabitkan 1,984 orang dewasa berusia 18 hingga 50 tahun mendedahkan bahawa baki peratus dipenuhi dengan hadiah daripada rakan dan keluarga.

Bagaimanapun, lelaki didapati mempunyai kecenderungan dua kali ganda untuk membeli sehelai pakaian ‘must buy’ berbanding wanita.

“Amat jelas bahawa wanita di Britain mementingkan gaya tetapi menghabiskan banyak masa untuk membentuk penampilan pasangan atau teman lelaki mereka,” kata jurucakap Joe Browns, Simon Brown yang dipetik Daily Mail. – Agensi 

p/s : Rasanya ada betul juga apa yang dinyatakan di atas ni..Apa pendapat lelaki lain???

6 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

ada jg btulnya la juga pn adoi..

razzwey razz said... Best Blogger Tips

sy memang tak reti nak shopping2... kalau nak pergi shopping selalu ajak mak / kakak je, diorang pandai pilih barang... huhuhu...

Anonymous said... Best Blogger Tips

sy lg la xpandai......
hahahahahahahaha...
kbanyakan baju yg pakai ni dpt time msk ape2 event aje...
keekekekekekekeke

Anonymous said... Best Blogger Tips

jgn kan shoppin.....nk masak maggie pon hampehh..

Anonymous said... Best Blogger Tips

astaga...hahahhaa....

Anonymous said... Best Blogger Tips

tak... bf saya lebih lama shopping semata mata nak beli boxer je... saya sbopping tak sampai 30 minit, dapat beli 6 barang sekalius.. dah tu lelaki shopping ampir setiap hujung minggu, pmpn??? rasanya 3 bulan sekali kot baru beli baju baru.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...