Kongsikan Entri Kami

Saturday 11 June 2011

Pemuda terkejut kekasih online sebenarnya seorang lelaki

 
MADINAH: Seorang pemuda Arab Saudi terkejut apabila menyedari ‘teman wanitanya’ sebenarnya lelaki apabila mereka bertemu buat pertama kali di sebuah restoran.


Akhbar tempatan melaporkan, pemuda itu berkenalan dengan ‘teman wanitanya’ secara online dan hubungan itu menjadi intim selepas beberapa bulan berkenalan, lapor Arab News. 

Kekasih online menipu pemuda terbabit dengan menggunakan suara wanita untuk menyamar, lapor akhbar al Watan, kelmarin. 

Pemuda itu sanggup pergi ke Madinah yang terletak 800 kilometer dari tempat tinggalnya semata-mata untuk bersemuka dan tahu di mana ‘teman wanitanya’ tinggal.

‘Wanita’ itu datang bersama seorang lagi ‘wanita’ dan kedua-duanya memakai purdah. Ketika mereka makan, pemuda itu meminta ‘teman wanitanya’ membuka penutup mukanya untuk melihat wajahnya.

Sebaik mendapati dirinya ditipu, kedua-dua lelaki itu segera cabut lari. Bagaimanapun, polis Madinah berjaya menjejaki dan menahan mereka. – Agensi 

sumber : bharian 


p/s : rasanya lain kali kita cari pasangan face to face je.. online2 ni kadang-kadang ok kadang2 macam ni la..kita tak tau sangat pasal orang tu. Dalam internet nampak ok je tapi di luar kita tak tau lagi tu. 

4 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

kesian..pejadah la dorg ni nak memain kan perasaan org kan ..giler

Honey Bhulat said... Best Blogger Tips

so, lpas ni berhati2 la kalo terjebak dlm cinta siber tu kan =]

Unknown said... Best Blogger Tips

haha,entah ape2!

Anonymous said... Best Blogger Tips

xda benda lain agk nye nk wat ke..si penyamar 2 menipu ntah ape die dpt agk nye..gilo!!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...