Kongsikan Entri Kami

Thursday 9 June 2011

Pengarah mencabul 6 pelajar IPTA menjanjikan markah tinggi dalam Praktikal


GEORGETOWN: Seorang pengarah sebuah syarikat didakwa mengambil kesempatan terhadap enam pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang sedang mengikuti latihan praktikal di syarikat berkenaan dengan mencabul mereka dalam satu kejadian di Pulau Tikus di sini, kelmarin.

Pengarah berusia lingkungan 50-an itu didakwa mengumpan pelajar terbabit dengan menjanjikan mereka akan diberikan markah tinggi untuk penilaian latihan praktikal dan kenaikan elaun sekiranya mereka mengikuti arahannya. 

Difahamkan, mangsa berusia dalam lingkungan 20-an yang mengikuti program perakaunan di dua IPTA di utara tanah air menjalani latihan amali di syarikat yang mengajar bakal pramugara dan pramugari itu kerana ia terletak berhampiran rumah masing-masing serta ditawarkan elaun. 

Berikutan tindakan pengarah syarikat terbabit mencabul mereka, semua mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit dan setakat ini pengarah syarikat berkenaan dikatakan sudah pulang ke Kuala Lumpur.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Abdul Halim Bulat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat semua mangsa dan setakat ini siasatan lanjut sedang dijalankan.


“Hasil siasatan setakat ini mendapati lelaki terbabit yang juga seorang pengarah syarikat dikatakan meraba dan cuba mengambil kesempatan ke atas mangsa, menyebabkan mereka melaporkan kejadian itu,” katanya kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 354 kanun Keseksaan. 

sumber : bharian
p/s : macam orang putih pula nak bagi markah tinggi lepas puaskan nafsu..ish3x..memang tak bermaruah langsung. Teruk gila orang ni. Ingat semua kat dunia senang-senang nak dapat ke? nak sangat mencabul pergi la cari orang lain ke. Ini pelajar pula jadi mangsa .

5 comments:

- said... Best Blogger Tips

tak de akal punye orang ! haishh !
STRESS !

AdminStressGiler said... Best Blogger Tips

tu la sampai buat pelajar macam tu..kesian dia orang tau..

atyn said... Best Blogger Tips

teruknya..sekali 6 dia nak

AdminStressGiler said... Best Blogger Tips

tu la..semua dia nak..memang maniac la ni

Anonymous said... Best Blogger Tips

p la cri pelac...ni nk kc rosak masa depan ank org pla...t kena kat adik atau ank pmpuan dia sndiri bru tau....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...