Utama

Utama 2

Geng Stress

Kongsikan Entri Kami

Thursday, 2 August 2012

OMG : Adakah Ini Maksud Sebenar Jenama "PEPSI"?


Para cendekiawan Islam Timur Tengah menyatakan mereka tidak akan pernah menarik balik pernyataannya bahawa Pepsi Cola secara asasnya adalah nama kod bagi komplot Zionis.

Institut Kajian Media Timur Tengah (MEMRI) telah mengeluarkan kenyataan berbahasa Inggeris yang diberikan oleh seorang cendekiawan Islam di Mesir bulan Februari yang lalu, di mana dikhabarkan bahawa PEPSI sebenarnya adalah singkatan daripada ayat “Pay Every Penny to Save Israel” atau “Sumbangkan setiap wang untuk menyelamatkan Israel.”

Selain itu, seorang anggota parlimen pergerakan Hamas di Gaza juga mengeluarkan kenyataan yang sama tentang perkara tersebut tahun lalu. Berbicara dalam stesyen TV Al-Aqsha, anggota perlimen Salem Salamah menyatakan, “Terdapat pelbagai syarikat yang didirikan oleh kolonialis dan penjajah – pelbagai syarikat besar dengan banyak cawangan diseluruh penjuru dunia, seperti Pepsi, Pepsi Cola. Ini adalah syarikat terkemuka. Pepsi adalah singkatan dari Pay Every Penny to Save Israel.”



Baru-baru ini juga, seorang pemimpin agama Mesir Hazem Abu Ismail mengeluarkan kenyataan yang sama. Berbicara didepan Al Nas TV – sebuah stesen keagamaan- Abu Ismail menyeru agar orang Islam memboikot produk Pepsi kerana istilah tersebut.

Secara spesifik, Hazem Abu Ismail menyatakan sebagai berikut, berdasarkan transkrip sama yang diberikan oleh MEMRI, Institut Kajian Media Timur Tengah yang berpusat di Washington:

Huruf P pertama bererti “Pay” (Berikan), E untuk “Every” (Setiap). Huruf ketiga untuk “Penny”. Penny adalah syiling kecil yang anda terima dan anda tidak tahu apa yang akan anda lakukan dengannya. Berikan itu untuk “Menyelamatkan” I – “Israel”. Dengan kata lain, berikan setiap syiling kecil yang anda terima untuk menyelamatkan Israel. Mereka tidak ingin wang anda – mereka hanya ingin syiling pecahan kecil, penny anda. Dalam ekonomi Amerika, penny adalah satu perseribu dolar. Nilainya kecil sekali.

Mereka mengatakan, “Sumbangkan pecahan kecil yang tidak anda perlukan, tetapi berikanlah dengan alasan yang benar. Bila anda mengumpulkan pecahan kecil ini, anda dapat membeli minuman ini.”

Mereka mengambil masing-masing kata awalan dan membentuk kata “Pepsi”. Bila anda membayar (untuk membeli Pepsi), anda akan menyelamatkan Israel.

"Saya tidak hanya bicara tentang Pepsi, tetapi tentang Coca Cola dan kesemuanya. Saya tak akan menyebutkan suatu produk. Anda dapat lihat sendiri. Anda Muslim. Anda dapat sampaikan kepada saya. Saya tidak tahu. Anak kecil saya malah lebih tahu tentang boikot ini daripada saya. Ketika kami pergi belanja, dia katakan pada saya: “Beli ini, jangan yang itu.” Dia mengetahuinya. Dia sudah menjadi ahli dalam hal ini.

Selama bertahun-tahun, The Coca Cola Company dan produk-produknya banyak mendapat kritikan darpada pelbagai sumber disebabkan oleh pelbagai alasan termasuk kesan negatif produk-produk tersebut terhadap kesihatan,alam sekitar , penggunaan pestiside dalam jumlah yang besar dalam produk-produknya, eksploitasi buruh dan pelbagai alasan yang lain lagi. Tidak sedikit dari alasan-alasan tersebut yang membawa syarikat tersebut menghadapi tindakan undang-undang dan menciptakan kontroversi yang terdapat pada logo produk Coca Cola.

Maulana Kalbe Jawwad, seorang pemimpin keagamaan Shias, mengatakan: “Perkara ini merupakan penghinaan terhadap Tuhan. Kami akan meminta Muslim di negara ini dan seluruh dunia untuk memboikot produk tersebut sehingga syarikat tersebut menarik balik kata-kata yang menyinggung tersebut.

Maulana mengatakan bahawad ia akan meminta semua kaum Muslim untuk menyebarkan mesej tentang logo “yang sangat menyinggung tersebut”

p/s : Agak susah nak boikot barang Israel sebab barang2 diorang bersepah.. tapi sebaik-baiknya, kita guna barang buatan Malaysia yer.. 

Sumber : Here

17 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

Luckily I dont drink Pepsi

ben xii said... Best Blogger Tips

nasik baik kurma yusuff taiyoob buatan malaysia

Anonymous said... Best Blogger Tips

minum air paip je la pas ni.

Anonymous said... Best Blogger Tips

rethink..

Anonymous said... Best Blogger Tips

itu bukan makna nya pepsi makna sbnr please enter penis slowy inside boomm

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku minum tongkat ali power root...

Anonymous said... Best Blogger Tips

ahh bodoh. tak habis2 dengan konspirasi yahudi israel illuminati. pepsi tu namanya asal dari bahan utama minuman tu. PEPSIN.

Anonymous said... Best Blogger Tips

hapa ke bangang si ben xii.... yusuff tayoob tu pengedar kurma yg diimport dri timur tengah n dbungkus semula utk pasaran m'sia. bila masa plak m'sia buat/tanam kurma... bodo la ben xii....

Anonymous said... Best Blogger Tips

nasib baik ak mkn capati jer...janji dicapati..

Anonymous said... Best Blogger Tips

bodo piang punya ben xii...

Anonymous said... Best Blogger Tips

gelak aku baca komen anon 1130

-billy fecren

yack said... Best Blogger Tips

Minum air paip besi jelah

yack said... Best Blogger Tips

Minum air paip besi jelah

Anonymous said... Best Blogger Tips

anonynous,2 august 2012,21:53
ko ag la bodo...bkn ko yg buat kajian,dorng yang buat kajian,ko tau ke ape tu pepsin..dtg dr mane pepsin tu?...sebelum ckp org bodo,selidik la dulu..jgn membodokn diri sendiri

Anonymous said... Best Blogger Tips

bagus x yah minum...bagi orang lain yg nak minum... nak selamat minum je air jenama air paip...

Ocean Fire said... Best Blogger Tips

Israel yang lahanat...

Anonymous said... Best Blogger Tips

haha..sempat aku ketawa.ape-2 pon aku ngn adik beradik aku x minum AIR PEPSI or AIR GAS yg lain sbb bapak aku x kasi minom.BAPAK AKU KATA,KALAU KITA MINOM AIR-2,NNTI KITA JD BANGANG AND BODOH MCM ISRAEL YG SLALU NAK BOM-2 NEGARA ISLAM 2.kebetulan time-2 aku tgh nak minom air pepsi yg aku baru beli tadi terus terbantut nak minom sbb aku dengar cita bapak aku. aku pon terus insaf lah.tapi aku masukkan dalam peti sejuk sbb rasa syg lak nak buang.tapi bila dah timbang semasak-2 nye aku pon nak buang lah air-2 tapi...bila aku bukak je peti ais tengok air-2 dah x de dah.aku jadi pelik lah.aku tanyalah kat bapak aku,bapak aku pon jwb"ayah dah buang dah..".aku pon"fuh..lega aku".pastu aku tanya lah kat bapak aku"ayah buang kat mane?".ayah aku jwb"kat dalam mulut.."pastu bapak aku pon senyum.rasa cam diri aku ni dah tertipu lak.haha..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...