Kongsikan Entri Kami

Friday 8 July 2011

Teman Sponsors yang MURAH Hati diperlukan untuk Kontest STRESS (UPDATED)

Pertama sekali, kami dari akustressgiler ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah melawat blog yang tidak seberapa ini. Blog ini akan berusia empat bulan tidak lama lagi. Setakat ini blog ini dapat maintain 10K pageviews setiap hari atas sokongan korang semua. Untuk menghargai semua yang sentiasa menyokong blog ini, kami bercadang untuk menganjurkan sebuah KONTEST Stress dalam blog ini. 

KONTEST Stress ini terbahagi kepada dua kategori iaitu ‘Siapa yang paling STRESS?’ Dan ‘Tips mengurangkan STRESS”. Dalam “Siapa yang paling STRESS”, blogger dikehendaki untuk sertakan satu gambar STRESS mereka dalam entri mereka dengan sikit caption. Senang?? Kategori seterusnya, Tips mengurangkan STRESS, blogger dikehendaki menyatakan sekurang-kurangnya 5 tips (no max) untuk mengurangkan stress mengikut kreativiti mereka. Tips ini adalah untuk membantu dan menjadi garis panduan mereka yang bakal menduduki PMR, SPM serta STPM dan juga kepada mereka yang bakal memasuki IPTA bulan 9 ini buat kali pertama. Tips ini diharap dapat membantu anda semua menjadi seorang insane yang boleh berfikir secara rasionalnya.

Pemenang untuk kedua-dua kategori ini akan ditentukan melalui bilangan komen pembaca pada entri tersebut dan juga penilaian oleh blogger-blogger yang terpilih (kami tengah usahakan) melalui entri anda.

Ini part yang semua paling syok..HADIAHnya...setakat ini
SPONSOR 
  • akustressgiler : RM 50 
  •  julmahalko : Prefume Davidoff Champion *Original x 1 (RM 230) 
  • rainforest : Voucher Sushi Sakae RM10 x 4 = RM 40 (Valid till 31 Oct 2011)
  • Bouquet Garni : Meal Vouchers 50 % Discount X 4 (Valid till 30 Sept 2011)
  • Terkini!! UPDATED : goblog : RM 50
  •  
Walaupun blog ini tidak begitu femes, tapi kami cuba mencari mana-mana rakan blogger/sponsor untuk menyumbang hadiah untuk menjayakan serta memeriahkan kontest ini. Kami dari akustressgiler akan memastikan nama setiap blogger yang sponsor dan sponsors tertera sepanjang kontest tak kira di blog ini atau di blog yang menyertainya. Untuk blogger/sponsor yang ingin menyumbang, kami terima setiap pemberian korang dengan hati terbuka dan ribuan terima kasih. tak kisahlah wang tunai ke, voucher ke,hosting ke ,baju ke ,tudung ke dan lain-lain. Bagi yang sangat murah hati, kami akan member ruang iklan secara percuma di sidebar 125 x 125 untuk sebulan.

Semua pertanyaan tentang contest ini akan dijawab dalam entri yang akan datang. Jadi stay tune ye..Kontest ini dijangka berlangsung dari 10 Julai 2011 sehingga 15 Ogos 2011. Jadi yang menang duit dan voucher tu boleh la guna waktu buka puasa nanti ye..

Kepada yang berminat untuk menyumbang boleh komen dalam comment box atau email kami di akustress3@gmail.com dengan tajuk 'Penajaan kontest'. Jasa baik korang semua akan kami hargai selalu ..Terima kasih daun keladi.


Anda mungkin juga minat ENTRI hot minggu ini :

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...