Kongsikan Entri Kami

Monday 15 July 2013

Info : Bandar Hantu Di Angola Yang Dibina Kerajaan China (10 Gambar)


Angola sekarang merupakan salah sebuah negara Afrika yang sedang pesat membangun. Dipacu oleh perolehan daripada sumber minyak sejak tahun 2002 dan berakhirnya perang saudara yang berlangsung selama tiga dekad telah menjana kepesatan ekonomi negara yang menggunakan bahasa Portugis sebagai bahasa rasmi ini.

Namun antara masalah bagi negara yang baru nak membangun ini ialah selain daripada korupsi (Angola, seperti negara-negara mambangun yang lain juga berhadapan dengan masalah korupsi ini) adalah masalah over-developed atau terlebih pembangunan.


Contoh yang berlaku di negara ini ialah di Nova Cidade de Kilamba atau lebih juga dikenali sebagai Kilamba. Ianya adalah projek perumahan mega yang terletak 30 kilometer dari Luanda, ibu negara Angola.

Projek ini dibangunkan oleh China International Trust and Investment Corporation dan sekarang ianya masih lagi kosong dan terbiar atau boleh juga digelar sebagai bandar hantu.


Kilamba direka untuk menempatkan seramai 500,000 penduduk, termasuk 750 buah apartment lapan tingkat, lebih 100 premis komersial dan 12 buah sekolah. Kos keseluruhan projek ini dianggarkan berjumlah 3.5 billion US Dollar dan dibiayai oleh kerajaan China dan dibayar semula oleh kerajaan Angola dengan minyak.

Kilamba ini merupakan projek pembangunan terbesar di Afrika. Setakat Julai 2012, bangunan-bangunan tersebut kebanyakannya sudah siap namun masih tidak berpenghuni. Hanya sebanyak 220 buah apartment yang sudah dijual daripada jumlah keseluruhan 2,800 buah.

Jualan tidak memberansangkan kerana kesukaran untuk mendapatkan pinjaman. Sebuah sekolah sudah beroperasi namun pelajar-pelajar dibawa dari kawasan lain kerana tiada penduduk yang tinggal berdekatan kawasan sekolah tersebut.


Pada tahun 2008, Presiden Angola, Jos Eduardo dos Santos telah berjanji dalam kempen pilihan raya untuk membina sebanyak sejuta buah rumah dalam masa empat tahun dan Kilamba merupakan salah satu projek untuk melaksanakan janji tersebut. Namun masalahnya Angola tidak mempunyai penduduk berpendapatan sederhana yang cukup untuk membeli rumah-rumah tersebut.

Penganalisis berpendapat tidak pasti apakah keuntungan yang diperolehi oleh Angola daripada projek bandar hantu ini namun bagi China pula mereka dibayar semula dengan minyak, selain pekerja-pekerja dan syarikat pembinaan dari China mendapat projek yang menguntungkan.


Sumber : Here

9 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

wow

Anonymous said... Best Blogger Tips

baik diorang buat rumah kt Kuantan ni..nk crik rumah sewa bukan men susah..

Anonymous said... Best Blogger Tips

macam flet hijau Putrajaya je bangunan dia

Unknown said... Best Blogger Tips

kt kuantan dekat ngn kilang LYNAS..boleh jd zombie...

Shue said... Best Blogger Tips

ctknye rumah tpi dibiar kosong... an bgs kalau at malaysia de umah nie.. snang amik sorang 1.. hehehe

Anonymous said... Best Blogger Tips

mana hantunya? kena tipu dengan admin ASG

Anonymous said... Best Blogger Tips

yang pergi buat rumah "burung merpati" sapa suruh, cuba buat rumah teres! gerenti sold out!

P.Preity Petry said... Best Blogger Tips

Oleh itu pembinaan rumah menggunakan konsep bina dan jual juga berisiko.

Anonymous said... Best Blogger Tips

mesti blajar dri KERAjaan M'sia nih.. pastu jual kt S'pore..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...