Kongsikan Entri Kami

Sunday 14 July 2013

Serius : Masyarakat Islam Di China Tidak Dibenarkan Berpuasa (2 Gambar)


Kumpulan hak asasi manusia menggesa China menarik balik sekatan terhadap penduduk Uighur di wilayah Xinjiang yang dianggap menghalang mereka menyempurnakan ibadat puasa di bulan Ramadan sejak Selasa lalu.

Beijing mengenakan sekatan tertentu selepas rusuhan meletus di wilayah terbabit dan ia menghalang umat Islam daripada menunaikan solat di masjid dan selain turut menjejaskan puasa mereka pada siang hari.

Pelajar sekolah rendah tidak digalakkan berpuasa atas alasan kesihatan” Luo Fuyong, Jurucakap Wilayah Xinjiang.

Jurucakap Kongres Uighur Sedunia, Dilxadi Rexiti mendedahkan pegawai kerajaan masuk ke rumah penduduk Uighur dan memberikan mereka buah-buahan dan minuman ketika siang hari sedangkan mereka sedang berpuasa.


Larangan berkumpul

Pihak berkuasa juga melarang sesi bacaan teks agama dan memantau tempat ibadat termasuk memerhati semua masjid selama 24 jam di Karamay, lapor Karamay Daily.

Pegawai Suruhanjaya Kebebasan Agama Antarabangsa Amerika Syarikat (USCIRF), Dr Katrina Lantos Swett, berkata langkah berkenaan tidak akan membantu menghalang pergolakan etnik. “Dilancarkan atas nama kestabilan dan keselamatan, kempen penindasan terhadap penduduk Islam Uighur oleh Beijing, termasuk menyasarkan perhimpunan aman persendirian bagi pengajian agama,” kata Lantos Swett.

“Tindakan itu tidak akan membawa kestabilan dan keselamatan sebaliknya lebih menyebabkan ketidakstabilan dan keadaan tidak selamat.”

Jurucakap Wilayah Xinjiang, Luo Fuyong menafikan bahawa kerajaan mengenakan sekatan kepada penduduk Islam wilayah itu melaksanakan ibadat Ramadan.

“Kami hormati kepercayaan agama dan budaya (Uighur), ini jelas,” kata Luo.

Bagaimanapun, beliau mengakui pelajar Uighur terutama di sekolah rendah tidak digalakkan berpuasa di bulan Ramadan atas alasan kesihatan.

Ramai kena penjara

Dalam laporan tahunan USCIRF, penduduk Islam Uighur terus dipenjara kerana melaksanakan aktiviti agama. Kakitangan kerajaan, profesor dan pelajar didenda kerana berpuasa.

Satu lagi laporan Persatuan Uighur Amerika di Washington pada April lalu menyebut, seorang pemilik restoran Uighur dari Hotan berkata, Ramadan disifatkan sebagai peluang untuk membaiki dan mengubahsuai perniagaan. Sebarang restoran ditutup untuk dibaiki pada bulan puasa akan didenda. - AGENSI

p/s : Kat sini pulak ramai yang tak pose.. 

Sumber : Here

8 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

Tooolonggg...aku lg 1st..

Anonymous said... Best Blogger Tips

Poyo

Anonymous said... Best Blogger Tips

Selama beribu tahun umat islam berpuasa takde yang nati sebab berouasa.. mati sebab babi ade.. bodoh.

Anonymous said... Best Blogger Tips

Ok ape diorang kasi mkanan, sdangkan kat malaysia 10% je yg puasa penuh

Anonymous said... Best Blogger Tips

1st abah kau!

Unknown said... Best Blogger Tips

anon 23:12..ko ke yg 10% tu??puihhh

Anonymous said... Best Blogger Tips

susahnya dapat pemerintah yg berbeza fahaman Agama...
-ninja3

Anonymous said... Best Blogger Tips

Alhamdulillah.. kat malaysia masih BN yang memerintah..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...