Kongsikan Entri Kami

Saturday 1 October 2011

Gosip : Nabil Raja Lawak dan Zira kini bergelar Suami Isteri (12 Photos)

Tahniah buat Nabil Raja Lawak dan Isterinya, Nazirah Binti Ayub yang telah sah bergelar suami isteri selepas selesai sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Majis Tuanku Zainal Abidin Putrajaya, tepat jam 5.16 petang semalam.
Menurut OHBULAN (media online rasmi acara ini) Nabil segak bergaya mengenakan persalinan Wazira Zainal telah dinikahkan oleh jurunikah merangkap pembantu imam Masjid Besar Putrajaya, Ustaz Muhd Redza Bin Ahmad dengan mas kahwin berjumlah RM300 dan wang hantaran berjumlah RM15000.

Nabil menerima 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan berkonsepkan Red Rhapsody 
1) sebentuk cincin, 
2) coklat Godiva, 
3) sepasang kasut Tods, 
4) sebuah PlayStation 3, 
5) sebuah iPad, 
6) senaskah Al-Quran, 
7) tepak sirih, 
8) buah-buahan & 
9) kek fonding. 

Manakala, Zira pula menerima sejumlah 7 dulang hantaran berkonsepkan White English Contemporary iaitu 
1) gabungan wang hantaran & sebentuk cincin, 
2) tepak sirih, 
3) sebuah Blackberry Playbook, 
4) kasut Stuart Weitzman, 
5) set wangian Laura Mercier, 
6) set alat solekan dan 
7) senaskah tafsir Al-Quran. 
Kesemua hantaran telah direka oleh Persada Embun.

Sebuah majlis resepsi bertemakan Wonderland pada 2 Oktober nanti di Digital Park i-City, Seksyen 7, Shah Alam untuk meraikan pasangan ini. 

Gambar sekitar Malam Berinai dan Akd Nikah Nabil dan Zira dari OHBULAN

3 comments:

Hakim Mahmud said... Best Blogger Tips

salam bro nice gambar hehe..
bro nak mintak tolong ni...boleh tak saya nak post entri blog saya kat fanpages bro?

andrei_arsyamim said... Best Blogger Tips

klau trus pkai tudung an elok..huhu
ni kt msjid je pkai..ape nk jd ngn umat kita sekarang...

minoari89 said... Best Blogger Tips

artis pun byk pakai tudung...seksi gak la klu mcm neh..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...