Pelakon jelita, Rozita Che Wan, 38, akui hanya akan mempertimbangkan lelaki bujang sahaja untuk menjadi bakal suaminya di masa akan datang.
Malah Rozita Che Wan yakin lelaki bujang adalah calon yang terbaik yang boleh menjaga dan menjamin masa depannya sebagai ibu tunggal kepada Ammar Effendy, 15, dan Aniq Ezzra, 12.
"Terus-terang saya katakan, saya lebih prefer lelaki bujang untuk menjadi suami saya nanti. Saya rasa lelaki bujang sahaja yang dapat menyakinkan saya untuk terima saya dan juga anak-anak saya.
"Yelah, bayangkan kalau saya kahwin dengan lelaki duda yang juga ada anak, silap-silap anak saya juga terabai daripada mendapat kasih sayang. Saya mahu lelaki yang boleh memberi sepenuh kasih sayang kepada anak-anak saya juga. Kalau tidak lebih baik saya tak payah kahwin.
"Lagi satu saya rasa akan bertambah masalahnya jika saya berkahwin dengan duda atau suami orang. Nak tak nak mesti mereka masih terlibat dengan bekas isteri dan isteri masing-masing. Jadi kalau saya nak kahwin biarlah elak daripada perkara semua itu.
"Apa yang penting, saya mahu suami yang saya kahwini nanti, saya akan sayangkanya dengan sepenuh hati supaya apa sahaja kemahuan dan kerenah dia saya boleh layan dengan ikhlas," jelasnya kepada murai.com.my
Apabila ditanya bilakah dia akan menamatkan status sebagai ibu tunggal yang dipegangnya selama 9 tahun itu, Rozita Che Wan memberitahu kalau boleh dia mahu menamatkannya dengan secepat yang mungkin.
"Saya pun dah lama hidup sendiri tanpa teman istimewa. Nak berumah tangga itu memang ada tetapi saya belum ada teman istimewa yang serius setakat ini.
"Kalau dah ada, kalau boleh tahun ini juga saya mahu berkahwin. Lagipun sayu jugak rasa hati saya bila lihat adik-beradik saya semua sudah berkahwin dan tingga saya seorang saja yang tanpa suami. Apa-apa pun saya hanya berserah kepada jodoh," luahnya lagi.
Baru sahaja pulang daripada menunaikan umrah buat kali yang kelima di Tanah Suci Mekah, Rozita memberitah, antara doanya di sana adalah supaya dipercepatkan jodohnya dengan lelaki yang baik dan boleh membimbingnya dunia dan akhirat.
"Alhamdulila, ini bukan kali pertaa saya menunaikan umrah ketika bulan Puasa. Nikmatnya ke umrah kali ini berbeza apabila saya ditemani dengan hampir semua adik beradik dan ibu bapa saya.
"Hati saya sangat gembira dan tenang selama mengerjakan ibadah di sana. Saya tak lupa untuk berdoa supaya dipercepatkan jodoh yang baik untuk saya," tambahnya yang cukup manis bertudung di majlis sidang media program raya Astro yang berlangsung di Saloma Bistro, malam semalam.
Rozita yang sedang menjalani pengambaran drama Biarlah Rahsia selepas ini hanya akan bercuti raya selama beberapa hari sebelum meneruskan penggambaran drama bersiri Kiah Perkasam Musim 2 pada raya ke-4.
p/s : Semoga dia dapat jumpa jejaka bujang itu tetapi Rozita kena ingat yang usia akan terus meninggalkan kita dan takkan kembali, Jadi cepat-cepat la cari jejaka yang sesuai,
5 comments:
huhu..sapa la bujang malang 2,.
cam dier baguuuuzzzz n perfect yg nak mmlh sgt...die bkn nye ank dare pon....=.=
kecewa semua duda dan suami orang, melepass!
sbb dia bkn ank dara la dia cr bujang..
Dasar MILF la die ni....
Post a Comment