Kongsikan Entri Kami

Thursday, 18 August 2011

Info : 10 sifat Calon Suami yang Baik dan Sesuai


Mempunyai jodoh dengan seorang lelaki yang baik adalah idaman setiap wanita.

Manakala menjadi lelaki yang mempunyai sifat-sifat yang didambakan oleh wanita adalah idaman setiap lelaki.

Jadi, apa yang aku tulis di bawah ini adalah sesuai untuk lelaki dan juga wanita.

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini. 

10 sifat calon suami yang baik:
  1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
  2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
  4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
  6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
  7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
  8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
  9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
  10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
soleh

5 comments:

:: cikNuurul :: said... Best Blogger Tips

mudah2an dpt jumpe lelaki yg cmni,.amin,.:)

hazirah kasimon said... Best Blogger Tips

yepp.sume d ats penting

Anonymous said... Best Blogger Tips

Tak susah sebenarnya nak cari pasangan idup ne..
Cari yang sentiasa menyeyangi dan saling percaya mempercayai...tu jer..

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku le lelaki idaman mu itu..bile kita bleh kahwin ni????

Anonymous said... Best Blogger Tips

kahwin= bersedia untuk memikul tggjwab,dosa,dan memberi nafkah..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...