Utama

Utama 2

Geng Stress

Kongsikan Entri Kami

Friday, 19 August 2011

Gosip : Maya Karin Sambut Aidilfitri Di Australia

GUA

Setelah tujuh tahun bekerja keras dalam industri seni, pelakon, penyanyi serta pengacara popular, Maya Karin akhirnya memilih untuk bercuti panjang buat sementara waktu. Baru saja pulang dari Amerika Selatan setelah bercuti selama dua bulan di sana, Maya kini menghabiskan waktu cutinya dengan berehat serta meluangkan masa bersama keluarganya.

“Saya agak penat kerana terlibat dengan banyak filem dan beberapa buah projek. Jadi, buat masa ini saya tak mahu terlibat dengan mana-mana penggambaran. Aktiviti bulan Ramadhan juga tak ada sangat. Jadi, kemungkinan saya akan bercuti sehingga selepas raya.

“Saya juga merancang untuk pergi ke Pulau Pinang selama seminggu untuk menyambut Ramadhan bersama keluarga saya,” ujar Maya ketika ditemui pada majlis pelancaran tilam jenama Vono, ‘Maya Karin Back Care’ di Courts Setapak, baru-baru ini.

Berbicara mengenai sambutan Syawal yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi, gadis kacukan Jerman ini memberitahu yang beliau akan menyambut Aidilfitri di negara kanggaru, Australia pada tahun ini.

“Saya akan menyambut Aidilfitri kali ini di Australia. Sudah 12 tahun berturut-turut saya beraya di Malaysia, jadi tahun ini saya nak cari kelainan. Saya ingin merasai bagaimana menyambut raya di tempat lain,” jelas pelakon Pontianak Harum Sundal Malam ini teruja.

“Saya sangat teruja untuk beraya di tempat yang saya tak pernah beraya lagi. Saya akan menyambut Syawal di sana dengan cara yang sangat sepi dan sunyi. Saya akan bertolak ke sana beberapa hari sebelum raya. Saya akan pergi seorang diri, namun saya mempunyai kenalan dan sepupu di sana.

“Saya mungkin akan berada di sana selama dua hingga tiga minggu, tak pasti lagi. Di Australia nanti, saya akan pergi ke Sydney dan Gold Coast. Saya juga akan pergi ke sebuah perkampungan kecil di tepi laut, Byron Bay di mana saya dapat melihat ikan lumba-lumba dan pemandangan menarik di sana.

“Sempena Aidilfitri yang bakal tiba nanti, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Semoga raya kali ini menjadi raya yang ceria kepada saya dan juga anda. Jika ada apa-apa kesalahan, harap dimaafkan.”

2 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

.....

Anonymous said... Best Blogger Tips

no way, that's too boringAnd when you solve problems, you not only gain experience in solving other problems as they occur, but you build respect for yourself All of it, every event that happens in your life, and in your body, is a product of thought
The more often you share what you've learned, the stronger that information will become in your memoryhtml When catch time is over, he loves to shred it up Does the vet offer a full surgery suite with on-site lab work? X-rays? Ultrasound? If the vet has to send all lab tests to an outside agency to be processed, you may be getting popped with additional charges because those tests aren't being performed or processed in-house

Falcons Tony Gonzalez Jersey
Peyton Manning Youth Jersey

Therefore, it would be inappropriate and unprofessional on the part of the institutions to approach unqualified lecturers No need to dress in orange robes Be Attentive Thanks to The World Cup 1994 soccer championship, the sale of soccer sports apparel has rose to an all time high

Nike Arian Foster Jersey

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...