Kongsikan Entri Kami

Friday 20 May 2011

Tapak Kaki Gergasi sebasar 3000 kaki persegi dijumpai di Sawah Padi


SLEMAN, Indonesia - Satu bentuk tapak kaki manusia gergasi ditemui di satu kawasan sawah padi di sini dengan ukuran seluas 3,000 meter persegi, lapor akhbar Tribunnews.com semalam.

Ia ditemui oleh pemilik sawah itu, Rebo Suwardi pada Ahad lalu pada pukul dua petang.

Menurutnya, bentuk itu disebabkan oleh angin dan sebahagian pokok padinya telah tumbang akibat ditiup angin kuat.

Dia berkata, selepas hujan turun dengan lebat, dia kembali melihat sawah tersebut dan mendapati terdapat bentuk seperti kaki manusia gergasi.

Bagaimanapun, polis di Sleman, Yogyakarta akan melakukan siasatan sama ada bentuk itu dibuat oleh manusia.

Seorang pegawai polis, Irwan Ramaini menyatakan pihaknya masih belum mengetahui siapa yang membuat bentuk tapak kaki manusia itu.

Sebelum ini, beberapa lingkaran misteri yang dikaitkan dengan objek terbang tidak dikenali (UFO) ditemui di kawasan sawah padi Pulau Jawa.

Bentuk lingkaran misteri yang dalam pelbagai bentuk itu pada kebiasaannya ditemui di kawasan tanaman gandum di negara-negara Barat. - Agensi

sumber : kosmo

3 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

ayu tok koh.. hahaha mentang2 xda owg komen, nyuroh ku ngomen.. haiiyaakk.. kawan punya pasal.. haa... nang besar la tapak kaki, mcm fake pun ada.. :P hahahahah

Anonymous said... Best Blogger Tips

mang fake ada...ketara alu da org g potong rumput ya plh paten dak kaki gergasi..bulak alu eyh.

Anonymous said... Best Blogger Tips

fake..karuk

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...