Kongsikan Entri Kami

Showing posts with label Stress Misteri. Show all posts
Showing posts with label Stress Misteri. Show all posts

Sunday, 6 October 2013

Misteri : Tasik Natron Di Tanzania Ubah Haiwan Menjadi Batu (5 Gambar)


Seorang jurugambar profesional ketika melawat sebuah tasik di Tanzania terkejut apabila menemui pelbagai jenis haiwan menjadi keras seperti baru disumpah menjadi batu.

Nick Brand ketika melawat Tasik Natron mendapat tahu haiwan itu berubah menjadi kaku seperti batu adalah kerana tubuh mereka menjadi terawet oleh alkali yang tinggi terkandung di dalam air tasik itu.

Air tasik itu sebenarnya mengandungi abu gunung berapi yang bernama Natron. Natron turut digunakan oleh orang Mesir untuk mengawet mayat para pemerintah ketika Mesir purba seperti mayat Firaun.


Tahap alkali di dalam tasik itu adalah dalam kadar pH antara 9 dan 10.5 serta suhunya adakalanya boleh mencecah 60 darjah celcius. Tidak ada haiwan akan terselamat apabila berada di tasik itu dan biasanya haiwan-haiwan itu akan mati.

Sebaik sahaja seekor burung atau binatang jenis kelawar terjatuh ke dalam air Tasik Natron, mineral yang terdapat di dalam air akan mula mengubah daging mereka menjadi batu. Tubuh mereka kemudian akan kaku betul-betul pada saat terakhir kematian mereka.

Jika dilihat daripada keadaan haiwan di dalam gambar itu, ia kelihatan seperti di sebuah tasik yang berhantu tetapi dipenuhi oleh hantu binatang akibat daripada kejadian itu.



Sumber : Here
Read More.. "Misteri : Tasik Natron Di Tanzania Ubah Haiwan Menjadi Batu (5 Gambar)"

Wednesday, 2 October 2013

Serius : Misteri Potret Yang Muncul Pada Lantai Dapur Di Belmez (3 Gambar)


Seperti biasa, pada suatu petang pada bulan Ogos 1971, Maria Gomez Camara ke dapur untuk menyiapkan hidangan makan malam keluarganya. Namun, Maria menjerit ketakutan apabila melihat keanehan di lantai dapurnya.

Terpampang wajah seorang lelaki yang tidak dikenali pada lantai rumahnya. Mata lelaki itu bagaikan sedang menatap dengan pandangan yg dingin. Paparan wajah itu tidak ubah seperti potret lukisan, bezanya ia dilakarkan di atas lantai. Maria terkejut dan kehairanan bagaimana potret lelaki berkenaan berada di lantai dapurnya. Setahu Maria, lantai dapurnya bersih sebelum itu. Mana mungkin ada orang yg datang melukis di situ.*

Kisah lukisan yg misteri yg timbul pada lantai rumah Maria dengan cepat menjadi popular. Berduyun-duyun penduduk desa Belmez, slah sebuah kawasan pedalaman Sepanyol datang ke rumah Maria untuk menyaksikan misteri tersebut. Mereka percaya, lukisan yg timbul secara misteri itu bagaikan sesuatu menifestasi dari dunia roh.*

Maria berasa terganggu dengan potret misteri tersebut dan dia tidak lagi berani menggunakan dapur berkenaan. Seminggu kemudian, dengan menggunakan sebilah kapak anak lelaki Maria memecahkan lantai dapur rumah mereka bersama-sama dengan lukisan berkenaan. Setelah wajah lelaki tersebut hilang, lantai dapur disemen sekali lagi.


Sangkaan Maria yang kehidupannya akan kembali tenang setelah menghapuskan gambar berkenaan ternyata meleset setelah seminggu selepas itu, muncul lagi gambar misteri yg baru, tepat di mana gambar misteri yg pertama muncul dahulu. Bezanya cuma wajah yg baru muncul itu tidak sama dengan wajah yg terdahulu. Sekali lagi rumah Maria dipenuhi oleh penduduk yg taasub dengan potret misteri berkenaan dan ketua desa mereka menyarankan potret misteri berkenaan diangkat dari lantai dapur Maria untuk dibingkaikan dan menjadi tatapan umum.*

Setelah potret misteri tersebut dipotong dari lantai dapur Maria, lantai rumah maria terus digali pada kedalaman hampir tiga meter dan mereka menemui pelbagai tulang belulang manusia. Penemuan tersebut membuatkan penduduk yakin bahawa kemunculan potret misteri berkenaan berkaitan dengan roh-roh yg tidak tenteram apatahlagi tapak rumah Maria dipercayai kawasan bekas tanah perkuburan.

Maria menyangka bahawa semuanya akan berakhir setelah penemuan tulang-tulang berkenaan, tetapi tidak kerana dua minggu selepas itu kehidupannya sekali lagi diganggu oleh potert misteri berkenaan. *Kali ini bukan hanya satu wajah misteri yang muncul, tetapi dua! Misteri tersebut tidak berhenti hanya di situ, kerana dari hari ke hari muncul garis-garis baru yg kemudiannya membentuk potret misteri yg keempat dan kelima, menjadikan lantai dapur Maria semakin dipenuhi oleh wajah misteri berkenaan.

Akhirnya Maria letih dan membiarkan sahaja wajah-wajah misteri berkenaan. Semakin lama, wajah misteri tersebut makin banyak dan bila dikira, ada 18 wajah misteri yg bertaburan di lantai dapurnya. Ada wajah perempuan dan juga lelaki, ada yg muda ada yg tua.Yang pastinya semua wajah berkenaan nampak sedih dengan pandangan mata yg sayu.

Ramai pengkaji yang datang membuat penyelidikan, dan banyak teori-teori serta andaian yang dibuat. Tidak kurang juga ada yang menuduh Maria yang melukis sendiri gambar berkenaan. Namun begitu, merka gagal membuktikan bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana Maria dapat melakukannya walaupun mengkaji di makmal dengan peralatan yang serba canggih. Persoalan tentang kewujudan wajah-wajah berkenaan masih misteri dan belum dapat dirungkaikan sehinggalah Maria meninggal pada Februari 2004.*

Semasa hayatnya, Maria telah hidup bersma-sama dengan wajah-wajah misteri berkenaan hampir 30 tahun. Namun apa yang lebih mengejutkan, setelah wanita tersebut meninggal dunia, wajah Maria turut muncul bergabung pada lantai rumahnya bersemadi bersama dengan wajah misteri lainnya nun di desa Belmez.


Sumber : Here
Read More.. "Serius : Misteri Potret Yang Muncul Pada Lantai Dapur Di Belmez (3 Gambar)"

Thursday, 19 September 2013

Misteri : Mayat Ditemui Berkubur Di Dalam Tasik Selepas 40 Tahun (6 Gambar)


Oklahoma: Enam mayat ditemui dalam dua kenderaan lama dari dasar sebuah tasik, semalam. Penemuan itu pula berlaku secara tidak sengaja apabila polis menguji peralatan sonar baru mereka.

Penemuan di Tasik Foss dekat Elk City itu dipercayai dapat menyelesaikan kes kehilangan beberapa individu yang berlaku lebih 40 tahun lalu. Dua kenderaan yang ditemui ialah kereta Chevrolet keluaran 1950-an dan Camaro keluaran 1969.

Di dalam Camaro itu polis menemui tiga set rangka dipercayai remaja tempatan yang hilang selepas keluar memandu pada 1970. Di dalam Chevrolet pula, terdapat tiga lagi mayat iaitu lelaki berusia 69 tahun dan dua rakannya yang hilang pada akhir 1950-an atau awal 1960-an.

Pihak berkuasa belum mengenal pasti mayat secara rasmi, tetapi akhbar tempatan sudah mendapat kaitan jelas antara Camaro dan remaja yang hilang berkenaan.

Mereka masih menunggu keluarga mangsa yang terbabit mendedahkan nama mereka. Jimmy Allen Williams 16, Thomas Michael Rios, 18, dan Leah Gail Johnson, 18, hilang pada 20 November 1970 selepas menaiki Camero milik Williams.

Walaubagaimanapun, selepas 40 tahun, mereka masih disenaraikan sebagai orang yang hilang selepas dipercayai lesap ketika menuju ke perlawanan bola sepak dekat Elk City. -



Sumber : Here
Read More.. "Misteri : Mayat Ditemui Berkubur Di Dalam Tasik Selepas 40 Tahun (6 Gambar)"

Tuesday, 23 July 2013

Misteri : Hantu Pesawat 401 Eastern Airlines, 29 Disember 1972 (4 Gambar)


Malam 29 Disember 1972, penerbangan pesawat 401 Eastern Airlines berlepas dari Lapangan Terbang New York menuju Miami, membawa 163 penumpang bersama 13 orang krew.

Pesawat jenis jet Tri-Star (Lockheed L-1011) itu baru empat bulan beroperasi. Dipandu oleh juruterbag berpengalaman, Kapten Robert Loft dibantu juruteranya, Donald Repo.

Tetapi, pesawat itu mengalami masalah apabila rodanya tidak berfungsi. Loft dan Repo bertungkus-lumus cuba membaiki kerosakan. Belum sempat diatasi, pesawat itu menjunam ke kawasan berpaya, tersasar lebih 30 kilometer dari landasan Miami.


Pada masa yang lain pula, sewaktu seorang jurutera sedang memeriksa pesawat sebelum berlepas, muncul kelibat Repo lantas berpesan: "Jangan risau. Aku sudah memeriksanya. Semuanya baik". Sejurus selepas itu, Repo hilang begitu saja.

Seorang krew juga pernah melihat kelibat Repo dengan seragam juruteranya sedang membetulkan peralatan ketuhar yang rosak dalam pesawat.

Di waktu lain, seorang jurutera yang turun ke bahagian bawah kokpit untuk memeriksa bunyi yang didengarinya tiba-tiba melihat Repo turut berada di situ.

Kisah lain, seorang krew melihat wajah Repo yang memandangnya pada kaca ketuhar di dapur pesawat. Lantas dia memanggil dua orang rakan. Salah seorang daripadanya adalah jurutera yang juga rakan kepada Repo untuk melihat sendiri bayangan pada ketuhar itu.

Jurutera itu mengakui, itu adalah wajah Repo. Malah, ketiga-tiga mereka sempat mendengar Repo menyuruh mereka meninggalkan kapal: "Hati-hati dengan api diatas pesawat ini".

Tidak lama kemudian, pesawat itu benar-benar menghadapi masalah enjin dan penerbangan terpaksa dibatalkan. Pesanan Repo telah menyelamatkan mereka.


Salah seorang lembaga pengarah syarikat penerbangan itu juga pernah melalui pengalaman sama. Di dalam pesawat bahagian kelas pertama, dia berbual dengan seorang lelaki berpakaian kapten. Namun, setelah dia menyedari itu adalah Kapten Loft, ia hilang begitu saja.

Dalam insiden lain pula, Repo muncul di depan kapten yang bertugas dan memberitahu: "Pesawat ini tidak akan terhempas. Kami tidak akan biarkan perkara itu berlaku!".

Satu demi satu peristiwa membabitkan kemunculan Kapten Loft dan Repo menyebabkan golongan paranormal dipanggil untuk membuat kajian namun tidak mendapat kebenaran daripada pihak syarikat penerbangan tersebut.

Beberapa buah buku dan filem pernah diterbitkan berjudul 'The Ghost of Flight 401' pada penghujung tahun 80an berkisar tentang tragedi penerbangan 401 dan misteri jelmaan kapten dan juruterbangnya yang telah terkorban.

Dikatakan, setelah pihak syarikat penerbangan mengarahkan komponen yang diambil daripada bangkai pesawat 401 dikeluarkan dari kapal terbang baru tersebut, sejak itu kelibat roh Loft dan Repo tidak pernah muncul lagi.

Sumber : Here
Read More.. "Misteri : Hantu Pesawat 401 Eastern Airlines, 29 Disember 1972 (4 Gambar)"

Monday, 8 October 2012

Misteri : Mohenjo-Daro, Bandar Kuno Yang Mengalami Perang Nuklear (5 Gambar)


Mohenjo-Daro atau bermaksud Mound of the Dead adalah sebuah tapak arkeologi di Sindh, Pakistan. Ia dibina sekitar 2600 BC dan dijumpai pada tahun 1922. Semasa mengkaji bandar ini, para arkeologi menjumpai 44 mayat dalam keadaan terlentang dan memegang tangan seperti ketakutan dan mengalami kematian yg cepat dan mengerikan. 

Di sesetengah bahagian pada tapak arkeologi pula, mereka mendapati tahap radiasi yg tinggi seperti berlakunya letupan nuklear. Adakah telah berlaku perang nuklear pada waktu itu? Ia masih satu misteri







p/s : Wallahualam.. 

Sumber : Faiz
Read More.. "Misteri : Mohenjo-Daro, Bandar Kuno Yang Mengalami Perang Nuklear (5 Gambar)"

Tuesday, 8 May 2012

OMG : Misteri Bitterroot Footage Tersebar Di Internet (7 Gambar)


Misteri Bitterroot Footage ni menjadi viral di internet sejak dua tiga hari lepas. Bagi yang belum pernah baca pasal ni, ni aku nak share gambar n info. 

Seorang budak University of New York telah membeli sebuah box kayu yang berkunci. Dia bawak balik dan buka secara manual guna screw driver. Apa yang dia jumpe dalam box tu amat mengejutkan. Terdapat gmbar yang agak disturbing dengan tertera perkataan "bitterroot" di belakangnya.



p/s : Mungkin ini hanya propaganda? Ada orang kata ni hanya promosi untuk upcoming filem.. Tapi entahla.. Layan je la gambar-gambar tu.. 

Sumber : Here 

 


Read More.. "OMG : Misteri Bitterroot Footage Tersebar Di Internet (7 Gambar)"

Tuesday, 17 January 2012

Misteri : Bunyi Pelik Di Langit Kota Samarahan, Sarawak


2 hari lepas, theborneopost ada keluarkan satu berita mengenai satu bunyi pelik dan ganjil dari langit? di Kota Samarahan , Sarawak, Mengikut laporan tu, seorang lelaki yang juga cikgu terdengar suara pelik pada 12 Januari 2012 yang berbunyi seperti orang berdengkur yang sangat kuat pada awal pagi. Kejadian ini adalah kali kedua selepas berlaku pada hari sebelumnya. Mereka berpendapat suara itu mungkin datang dari kilang berdekatan tetapi saksi yang lain berkata, ianya bukan dari kilang itu. 

Jom kita dengar.. Ntah betul ke tidak pun aku tak pasti. Tapi siap masuk berita The Borneo Post Sarawak kot..Apa pendapat korang?


Sumber : Here


Read More.. "Misteri : Bunyi Pelik Di Langit Kota Samarahan, Sarawak"

Saturday, 28 May 2011

Misteri! Hotel yang jatuh dari langit!!

Pernah tak korang tengok hotel yang jatuh dari langit? maksudnya hotel terbalik la...Kalo pernah tu bagitau la okay? tapi yang ni memang real la tapi details pasal hotel ni memang tak diketahui..sapa2 tau tolong update kami ye..:-))

sumber : argakencana.blogspot.com
Read More.. "Misteri! Hotel yang jatuh dari langit!!"

Friday, 20 May 2011

Tapak Kaki Gergasi sebasar 3000 kaki persegi dijumpai di Sawah Padi


SLEMAN, Indonesia - Satu bentuk tapak kaki manusia gergasi ditemui di satu kawasan sawah padi di sini dengan ukuran seluas 3,000 meter persegi, lapor akhbar Tribunnews.com semalam.

Ia ditemui oleh pemilik sawah itu, Rebo Suwardi pada Ahad lalu pada pukul dua petang.

Menurutnya, bentuk itu disebabkan oleh angin dan sebahagian pokok padinya telah tumbang akibat ditiup angin kuat.

Dia berkata, selepas hujan turun dengan lebat, dia kembali melihat sawah tersebut dan mendapati terdapat bentuk seperti kaki manusia gergasi.

Bagaimanapun, polis di Sleman, Yogyakarta akan melakukan siasatan sama ada bentuk itu dibuat oleh manusia.

Seorang pegawai polis, Irwan Ramaini menyatakan pihaknya masih belum mengetahui siapa yang membuat bentuk tapak kaki manusia itu.

Sebelum ini, beberapa lingkaran misteri yang dikaitkan dengan objek terbang tidak dikenali (UFO) ditemui di kawasan sawah padi Pulau Jawa.

Bentuk lingkaran misteri yang dalam pelbagai bentuk itu pada kebiasaannya ditemui di kawasan tanaman gandum di negara-negara Barat. - Agensi

sumber : kosmo
Read More.. "Tapak Kaki Gergasi sebasar 3000 kaki persegi dijumpai di Sawah Padi"

Thursday, 19 May 2011

[Video dan Foto] 100 UFO berlegar di langit


TOKYO - Sekumpulan cahaya misteri yang dipercayai objek terbang tidak dikenali (UFO) berlegar-legar dengan laju di ruang angkasa Shinjuku, Tokyo, lapor laman Rocketnews24 semalam.

UfO itu muncul pada 8 April lalu pada pukul 4 petang dan klip video tersebut disiarkan di laman YouTube.

Menurut individu yang merakamkan klip itu, sejumlah orang turut melihat UFO itu di luar rumahnya.

Dia berkata, terdapat 100 UFO yang bergerak sebelum ia berkurangan sehingga menjadi 20 buah sahaja.
Terdapat dua buah pesawat terbang berdekatan UFO itu tetapi objek tersebut mungkin berada pada altitud yang lebih tinggi, katanya. - Agensi


sumber : kosmo
Read More.. "[Video dan Foto] 100 UFO berlegar di langit"

Thursday, 7 April 2011

Monalisa - Misteri & Teori


Sapa tak kenal dgn potret / lukisan Monalisa, lukisan FFFFFFeeeeeMMMMMeeeeSSSSSS sgt..Nak dijadikan cerita, Potret Monalisa ni merupakan salah satu karya agung Leonardo Da Vinci. Apa yang membingungkan dan Men-stress-kan adalah , potret lama yang berusia lebih 500 tahun yang dipamerkan di Muzium Louvre di kota Paris, Perancis terus mencetuskan misteri sehingga kini.

Sudah tentu mengenai identiti seorang gadis jelita yang mempunyai senyuman yang menawan itu. Lukisan potret berasaskan cat minyak itu menggambarkan seorang gadis yang tidak dinafikan kecantikannya. Dia kelihatan menghadap ke arah pelukis dengan kedua-dua pergelangan tangannya dirapatkan antara satu sama lain.

Lalu dengan kedudukan begitu, Leonardo Da Vinci terus menggerakkan peralatan melukisnya dengan warna tertentu di atas kepingan papan mengikut corak dan pemandangan di hadapan matanya, sekitar 1503.

Pelukis itu mengambil masa lama untuk menyiapkan lukisan itu sebaliknya ketelitian dan pelbagai penekanan dalam proses menghasilkan kerja seni itu menyebabkan potret bergelar Mona Lisa itu siap empat tahun kemudian.

Kini, selepas lebih 500 tahun, potret agung bersaiz 53 sentimeter lebar dan 77 sentimeter panjang itu digantung di sebalik cermin yang dilengkapi pengawasan ketat di sebuah galeri khas muzium terbabit.

Sebelum dipindahkan ke galeri khas itu pada April 2005, jutaan peminat dari seluruh dunia mengunjungi Muzium Louvre semata-mata ingin melihat potret yang penuh dengan misteri dan enigma itu.


MISTERI POTRET MONALISA:
 

# Identiti Monalisa itu sendiri.
# Riak wajah Monalisa.
# Senyuman Monalisa yang nampak berbeza jika dilihat dari sudut berlainan. WATDE...
# Makna senyuman Monalisa sehinggakan ianya menjadi igaun penyelidik,ahli psikologi dan pengkaji seni dalam usaha untuk menafsirkan makna senyuman tersebut.
# Sekecil-kecil sudut di dalam potret tersebut dikaji dengan teliti untuk membongkar rahsia Monalisa.

TEORI MENGENAI MONALISA

* Monalisa yang sebenarnya adalah Lisa Ghererdini yang merupakan isteri kepada seorang pedagang bernama Francesco de Giocondo.Mona Lisa bermaksud Madam Lisa.

* Seorang penulis, Serge Bramly, pula mengemukakan teori bahawa model kepada lukisan Mona Lisa adalah ibu kepada Da Vinci dikenali sebagai Caterina.

* Terdapat juga pengkaji seni yang mengandaikan bahawa wajah Mona Lisa dilukis Leonardo tanpa merujuk kepada mana-mana model sebaliknya ia berdasarkan imaginasi pelukis itu yang banyak menghabiskan masa mengkaji teknik melukis wajah seseorang.

* Teori yang paling mengejutkan dikemukakan Dr Lillian Schwartz dari Bell Labs yang menyatakan bahawa Mona Lisa sebenarnya wajah Leonardo sendiri dalam versi kewanitaan.Teori itu diperoleh apabila Schwartz menggabungkan wajah Leonardo dan wajah Mona Lisa dan hasilnya, didapati bentuk kedua-dua wajah itu adalah selari!


Dr. Lillian Schwartz of Bell Labs suggests that Leonardo painted himself, and was able to support her theory by analyzing the facial features of Leonardo's face and that of the famous painting, She digitized both the self-portrait of the artist and the Mona Lisa. She flipped the self portrait and merged the two images together using a computer. She noticed the features of the face aligned perfectly! 

                                                 (http://library.thinkquest.org/13681/data/link2.htm)





FAKTA POTRET MONALISA

* Lukisan itu menjadi popular selepas dicuri dari Muzium Louvre pada 21 Ogos 1911. Selepas kecoh mengenai kehilangan itu, seorang pekerja muzium terbabit iaitu Vincenzo Peruggia akhirnya didapati bersalah.

* Lukisan itu dijumpai dan dikembalikan ke Muzium Louvre dua tahun kemudian.

* Populariti potret Mona Lisa menyebabkan ia dijadikan lagu berlainan lebih 10 kali, diinspirasi sebagai filem atau babak filem dan pelbagai sastera serta seni kreatif lain.

* Judul Mona Lisa diberikan kepada potret itu 31 TAHUN SELEPAS KEMATIAN LEONARDO (baru tau oooo !!) Selain Monalisa, potret ni dikenali sebagai La Gioconda.


* Keistimewaan Mona Lisa adalah matanya akan sentiasa memandang ke arah pemerhati tidak kira dari arah mana anda memerhatikannya. Senyumannya juga kelihatan berbeza dari setiap sudut pandangan berbeza.

* Terdapat pertikaian bahawa Mona Lisa membiarkan rambutnya terurai hingga ke bahu seperti terlihat dalam lukisan bagaimanapun ia disanggah dengan kenyataan corak seakan rambut itu sebenarnya kain pelindung kepala dan hanya beberapa helai rambut kelihatan. Ini disokong oleh nilai norma / etika masa tu, iaitu Perbuatan membiarkan rambut bebas terurai di zaman Renaissance adalah ciri wanita muda yang tidak memiliki sopan santun.

* Selepas 500 tahun, keadaan meterial lukisan Mona Lisa yang melewati masa lama semakin membimbangkan.


Sources:

http://www.sembangkosong.com/2011/04/misteri-dan-teori-monalisa.html
http://library.thinkquest.org/13681/data/link2.htm
Read More.. "Monalisa - Misteri & Teori"

Tuesday, 5 April 2011

Kisah benar!! Wanita tua melahirkan bayi BATU!!! STRESS

Zahra Aboutalib membawa kandungan selama hampir setengah abad. Dalam kisah menarik, doktor dan ahli bedah menjelaskan bagaimana bayinya meninggal, bagaimana bertahan di dalam dirinya begitu lama dan mengapa tidak pernah membunuhnya.

Zahra berusia 26 ketika dia hamil tapi dia tidak melahirkan bayinya hingga hampir setengah abad kemudian. kisah yang luar biasanya bermula pada tahun 1955, ketika itu water dia pecah la dan dia pergi ke rumah sakit untuk melahirkan. Tepat sebelum ia dijadualkan akan dilihat oleh doktor, dia melihat seorang wanita dan bayinya meninggal selama operasi caesar. Jadi Zahra melarikan diri dari rumah sakit sebab ketakutan.

Bayi itu berhenti menendang dan dia pulang ke rumah. Dia cuba untuk melupakan tentang bayi dalam rahimnya dan memutuskan untuk percaya pada mitos 'bayi tidur' tersebut. Dalam budaya Maghribi, adalah dipercayai bahawa bayi dapat hidup dalam rahim wanita untuk melindungi kehormatan dirinya.

Walaupun kehormatan Zahra tidak perlu perlindungan - dia sudah berkahwin - kepercayaan ini amat menghiburkan. Dan, ajaib, haid nya mulai lagi, tapi dia tidak pernah jatuh hamil lagi sekalipun. Jadi dua tahun kemudian Zahra dan suaminya mengambil tiga anak angkat dan lupa tentang 'bayi tidur' tersebut.

Selama lebih dari 40 tahun ia menjaga kesihatan yang baik hingga ke suatu hari dia menaung kesakitan yang teramat pada perutnya  Satu ujian suara-ultra mendedahkan 'bayi tidur' nya, pada kenyataannya, adalah kehamilan ektopik, di mana kandungan itu berkembang di tiub Fallopi. Kandungan itu telah menjadi sebahagian daripada organ baru pada perutnya. Sekarang, 47 tahun selepas tarikh jatuh tempo bayi telah dihapuskan melalui operasi caesar. Berat kandungan itu  lebih dari 17 inci panjang - saiz rata-rata dan berat bayi yang baru lahir.

 credit : klikunic
Read More.. "Kisah benar!! Wanita tua melahirkan bayi BATU!!! STRESS"

Monday, 28 March 2011

Top Ten Mysteries In The History Of The World!

1. Crystal Skulls - Southern Mexico and Central America


Search ancient Mayan ruins throughout the jungles of southern Mexico and Central America for magical skulls. The legend cakap ada  13 crystal skulls, dipercayai sebagai containers of great wisdom and mankind’s destiny, were left behind by Mayan elders to be discovered by future generations.5 skulls dah jumpa — 1 in Belize’s Lost City of Lubaantun.

2. Nazca Lines - Nazca, Peru

 
Fly over enormous land figures — ada anjing, monyet dan 900 kaki (foot) burung yo!— along the southern coast of Peru. Although the lines are believed to have been created by the Nazca Indians some 2,000 years ago, no one is certain why or how they managed to produce such massive, complex forms. Some believe aliens created them as landing strips for their spacecraft. * smartttt....

 

3. Bermuda Triangle - Atlantic Ocean

 
Visit the 3 apexes — Miami, San Juan and Bermuda — of the infamous Bermuda Triangle. The triangle earned its deadly reputation due to the unexplained kehilangan 80 aircraft and 60 boats sejak 1975. Intense electrical forces and a tunnel-like cloud have been reported, but other theories include rapidly changing weather patterns and alien abduction. * ada jugak yang cakap kat sini tempat al-Dajjal tinggal..wallahualam...

 

4. Ark of the Covenant - Ethiopia

Join the greatest religious quest of our time. The search for the Ark of the Covenant, the golden container thought to hold the Ten Commandments, dates back to 586 B.C., when it vanished from King Solomon’s temple. Some scholars have speculated that the ark was brought to Ethiopia, while others believe the ark could be located in the Judean desert. * wickedddd....

 

 5. Oregon Vortex - Gold Hill, Oregon (A Place Where Gravity Has a Mind of Its Own.)

 
Experience an unexplainable force field just off Interstate 5 in southern Oregon. Native Americans called it the The Forbidden Ground, and in the early 1900s, scientists speculated that the land contained crossed magnetic lines that produced a strange force field. It’s been reported that the vortex can make things spin, create the illusion of a dramatic change in height, and other optical illusions.

 

 

 6. The Boston Strangler - Boston, Massachusetts

 
Investigate and catch the real Boston Strangler. Between 1962 and 1964, 11 women were found strangled to death in their Boston homes. Albert DeSalvo confessed to the killings, but discrepancies in his story and advances in DNA testing led authorities to re-open the case in 2001. 

Ni senarai mangsa die...*kejam oooo...ada nenek tua pun die tibai..gilerrrr...

 

Victims

First Stage (1962)

  • Anna E. Slesers, 56, sexually molested with unknown object and strangled with the cord on her bathrobe; found on June 14, 1962
  • Mary Mullen, 85, died from a heart attack but in the confession was said to have collapsed as the strangler grabbed her; found on June 28, 1962
  • Nina Nichols, 68, sexually molested and strangled with her nylon stockings; found on June 30, 1962
  • Helen Blake, 65, sexually molested and strangled with her nylon stockings; found on June 30, 1962
  • Ida Irga, 75, sexually molested and strangled; found on August 21, 1962
  • Jane Sullivan, 67, sexually assaulted and strangled with her nylon stockings; found on August 30, 1962

Second Stage (1962-1964)

  • Sophie Clark, 19, sexually assaulted and strangled with her nylon stockings; found on December 5, 1962
  • Patricia Bissette, 23, sexually assaulted and strangled with her nylon stockings; found on December 31, 1962
  • Mary Brown, 69, stabbed, strangled and beaten, found on March 9, 1963
  • Beverly Samans, 23, stabbed to death on May 8, 1963
  • Evelyn Corbin, 58, sexually assaulted and strangled with her nylon stockings; found on September 6, 1963
  • Joann Graff, 23, sexually assaulted and strangled on November 23, 1963
  • Mary Sullivan, 19, sexually assaulted and strangled with dark stockings; found on January 4, 1964
DeSalvo was sentenced to life in prison in 1967. In February of that year, he escaped with two fellow inmates from Bridgewater State Hospital, triggering a full scale manhunt. A note was found on his bunk addressed to the superintendent. In it DeSalvo stated that he had escaped to focus attention on the conditions in the hospital and his own situation. The next day he gave himself up. Following the escape he was transferred to the maximum security Walpole State Prison where he was found six years later stabbed to death in the infirmary. The killer or killers were never identified.

 So, sampai sekarang masih xtau sapa yg bunuh mangsa tu semua..ni sama mcm kes no 10 nanti..jeng jeng ..... *Wicked!!!



7. The Loch Ness Monster - Inverness, Scotland
Spot Nessie in the Highlands of Scotland. After thousands of reported sightings and investigations, the Loch Ness Monster has been described as 15 – 40 feet long with 1 or several humps. Scientists speculate that it (if it truly exists) could be a prehistoric marine reptile with a long neck and flippers, while others believe it could be part of the eel family.


8. Crop Circles - Avebury, England




 Decipher gigantic, intricate patterns found in the wheat fields of a small farming community. Crop circles have appeared around the world, but over 100 have been reported in Avebury within the last 12 years. Explanations for these frequent formations include hoaxes, the wind, the military, lasers and the ever popular extraterrestrial messages.


9. Easter Island Statues - Easter Island

 Witness Polynesian giants 2,300 miles west of Chile and 2,500 miles southeast of Tahiti. When discovered in 1722, this 15-mile island was completely isolated and uninhabited except for 800 enormous statues. Their huge size and weight — some standing 30 feet tall and weighing over 75 tons — would have made them almost impossible to build and move. jadi??? siapa la yg rajin buat 800 patung batu yo??? ... amazing!!!

 

10. Jack the Ripper - London, England

Retrace the steps of the world’s most notorious serial killer. More than a century after the butchering of 5 prostitutes, the identity of Jack the Ripper remains a mystery. Visitors to London’s East End can still experience that autumn of terror on the original Jack the Ripper Walk. Smart lagi misteri!!! 

Tahniah kepada Encik Max Jinx kite, kerana die yg perkenalkan Orang Misteri ni dgn kiteorang masa study dulu..

Credits to:

http://www.toptenplanet.com/top-ten-mysteries-history-world

http://www.guidetobelize.info/en/maya/belize-mayan-crystal-skull-guide.shtml 

http://www.explorerdad.com/from-above-%E2%80%93-the-nazca-lines/

http://top10marvels.com/wp-content/uploads/2011/03/Ark-of-the-covenant.jpg 

http://www.listzblog.com/top_ten_shocking_places_events_theories_list.html

http://en.wikipedia.org/wiki/Boston_Strangler

Read More.. "Top Ten Mysteries In The History Of The World!"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...