Mereka hanya mengetahui tangki air itu mengandungi mayat wanita tersebut selepas membuat aduan kerana air paip kelihatan berwarna kekuningan dan agak berbuih.
Empat penduduk flat itu di Blok 686B, Woodlands Drive 73, menghubungi Majlis Perbandaran Sembawang untuk membuat aduan tersebut.
Seorang jurucakap polis memberitahu agensi berita Associated French Press, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 27 tahun telah ditangkap berhubung kematian pembantu rumah tersebut yang berusia 30 tahun.
Mayat wanita itu ditemui di dalam salah satu daripada lapan tangki air di atas bumbung flat setinggi 15 tingkat itu kelmarin selepas polis menerima panggilan daripada seorang pemberi maklumat dipercayai rakan lelaki Bangladesh tersebut.
Pihak Polis sedang melakukan siasatan |
"Kejadian ini amat menjijikkan. Semua keluarga saya memakan habis seperiuk sup kacang hijau yang dimasak pada pagi ini," kata seorang penduduk flat tersebut, Choi Ah Moi.
Seorang suri rumah berusia 33 tahun, Ally Lee pula berkata, pembantu rumahnya memasak mi sup untuk anak perempuannya dengan menggunakan air mayat tersebut. "Saya fikir saya mahu membawa anak perempuan saya berjumpa dengan doktor," katanya.
Pembantu rumah itu bekerja di sebuah flat di tingkat enam dan semasa ditemui mayatnya tersebut didapati mengalami luka di belakang badan selain memakai baju-T dan seluar bermuda.
Pengurus Besar Majlis Perbandaran Sembawang, Soon Min Sin berkata, semua air di lapan tangki itu dibuang dan dibasuh dengan menggunakan bahan pembersih kuman.- Agensi
sumber : kosmo
18 comments:
kalau jadi penghuni flat tu, naik loya tekak nak makan dah. sabor je lah.. air tu pun dah sempurna jadi lemak dalam badan. erkk!
mau tak stress diorang mikir air yang dah masuk dalam tekak.
eeeiiuuwwww..
;(
jom singgah n follow belog fyna.
http://inibelogfyna.blogspot.com
haha ., naseb bekk bukan tat rumah aku . selamatt !!
per raser lar air tu yer hmm ..
asada : memang stress dok situ.. dah la penghuni suma tak tau pa diaroang minum tu
fyna : jap gi follow k
crazy : haha cuba ko check kat tangki air ko hehe
Damon : ntah la damon, nak cuba? try cari di hospital hehe
Entah apa ler rasa air tuh ek..huhu
tak relaaa ! huhuhu !
kembang tekak..hehe
euwww..
nak muntah je rasa nye..
kalau saye yg terminum mmg muntah balik la..
aik..
Sedapnye.... hahahha
singapura ni pengotor , air recycle... dah la curi air , memang laknat negara ni
OMG! if nina duduk kat situ.. nak muntah sume yang da makan.. eww!
kembang tekak..bluueerrkkkk...
kesiannye...yg baca pon rse xlalu. mcm mana la yg terkena
nk muntah ase..yekkkk :p
mau aku koma terus!
haha, ni jadi macam cerita dark water tu..^^
mcm citer thailand death place .. last2 si mati tu jadik hantu.. hohoho.. ^_^
Post a Comment