Pittsburg: Sebagai pelanggan tetap PayPal, Chris Reynolds membelanjakan tidak lebih AS$100 (RM318) sebulan.
Jadi apabila lelaki berusia 56 tahun itu memeriksa baki dalam akaun syarikat pemindahan wang dalam talian itu baru-baru ini, ia cukup mengejutkan baginya apabila diberitahu dia adalah ‘quadrillionaire’, orang terkaya di dunia.
Reynolds dari daerah Delaware membuka kenyataan bulanannya melalui e-mel pada Jumaat sebelum mendapat tahu baki dalam akaunnya melonjak kepada AS$92,233,720,368,547,800.
Bercakap kepada New York Daily News, Reynolds berkata, dia terkejut dengan angka itu. “Saya rasa seperti bilionair segera kerana mulanya, saya sangka saya memiliki quadrillion,” katanya. Reynolds menggunakan PayPal selama 10 tahun untuk menjual dan membeli barangan di eBay termasuk alat ganti kereta vintaj. Selepas reda daripada kejutan, dia mendaftar masuk dalam laman web PayPal dan melihat bakinya kosong.
“Saya lelaki yang bertanggungjawab. Mula-mula saya akan membayar hutang negara.” Dia juga berangan membeli pasukan besbol Philadelphia Phillies.
Sumber : Here
4 comments:
salam jumaat
boleh beli 1 dunia
Entri Terbaru Di Update 3Saat Lalu : Mandi Sambil Menderma
dunia ni tuhan yg punya. bukan bapak kau yg punya nak beli2 bagai! abah kau tak ajar ugama ke masa kecik dulu? abah kau lah!
Cakap bahase yg elok2 pon org bole paam..
Post a Comment