Kongsikan Entri Kami

Wednesday, 21 August 2013

Amazing : Pokok Bonsai Yang Terselamat Dari Serangan Bom Atom Hiroshima (4 Gambar)


Dipamerkan di Muzium Nasional Bonsai dan Penjing yang terletak di Arboretum Nasional Amerika Syarikat merupakan pokok bonsai luar biasa Japanese White Pine (Pinus parviflora ‘Miyajima’) yang turut dikenali sebagai 'Hiroshima Survivor'. Menurut papan maklumat pada pokok tersebut, ia mula ditanam pada tahun 1625 dan itu menjadikan ia berusia 388 tahun. Di samping itu, ia pernah terselamat dari serangan bom atom Hiroshima pada 6 Ogos 1945.

Pada tahun 1976, sebagai sebahagian daripada hadiah Bicentennial Jepun kepada rakyat Amerika, penjaga bonsai iaitu Master Masaru Yamaki telah mendermakan salah satu bonsai dari koleksinya yang paling berharga. Keluarga Yamaki mengendalikan nurseri bonsai komersial di Hiroshima bagi beberapa generasi (kini nurseri berkenaan telah menjadi koleksi bonsai swasta).

Menurut pihak Yayasan Bonsai Negara, pada pagi 6 Ogos 1945, semua ahli keluarga Yamaki berada di rumah mereka. Bom atom itu meletup kira-kira 3 kilometer (kurang dari 2 batu) dari rumah mereka. Impak letupan telah memecahkan kesemua cermin tingkap dan mencederakan keluarga berkenaan apabila kaca-kaca tadi berterbangan. Ajaibnya, tiada seorang pun dari ahli keluarga itu mengalami sebarang kecederaan kekal.

Bonsai istimewa Japanese White Pine itu dan sejumlah besar bonsai lainnya telah berada di luar laman rumah ketika itu. Peliknya, tiada satu pun bonsai yang telah dirosakkan oleh letupan berkenaan, mungkin disebabkan oleh tembok pagar yang tinggi. Bonsai berkenaan telah dibawa dari tempat asalnya iaitu di Pulau Miyajima, yang terletak di selatan Hiroshima. Bonsai dari jenis Japanese White Pine ini dianggap sangat berharga kerana ia sangat sukar ditemui.

Muzium Nasional Bonsai dan Penjing mula ditubuhkan apabila Persatuan Bonsai Jepun menderma 53 pokok bonsai dan 6 batu tontonan kepada rakyat Amerika Syarikat untuk memperingati kejadian itu pada tahun 1976. Koleksi itu semakin meningkat dengan tambahan koleksi dari Amerika Syarikat sendiri dan koleksi dari China. Hari ini, muzium berkenaan mempunyai kira-kira 150 pokok bonsai.



p/s : Allah Maha Besar... 

Sumber : Here

12 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

Allah maha besar...
Segala puji hanya bg Allah...
Ucapkanlah Allahhuakhbar...

Anonymous said... Best Blogger Tips

allahhuakhbarrrrr...........

Anonymous said... Best Blogger Tips

allahhuakhbarrrrr...........

Anonymous said... Best Blogger Tips

Gergasi merahku hancurkan lawan mu..musuh mu kau palu bantai sampai mati

Anonymous said... Best Blogger Tips

Allahuakbar!!! Hidup Linkin Park!! Takbir!!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

Oii apa daa!
Linkin park pulak..
Tk baik buat main2 mcm tu...
Istighfar bnyk2..-

Anonymous said... Best Blogger Tips

bongok koran pecaya bonsai ni zaman perang? depa baru tanam tawun 1993 dulu la bangang! abah kau!

Anonymous said... Best Blogger Tips

Johor oh johor malang sungguh nasib mu muahahahaha


True red warrior pasir mas

Anonymous said... Best Blogger Tips

the boo red warrior! abah kau!

Anonymous said... Best Blogger Tips

PAS gagal batal konsert.. hahaha padan muko.. luaskan kebodohan mu wahai PAS

Anonymous said... Best Blogger Tips

klo takde BN mampos lama dah Melaysia kena serang dgn syiah! terima kasih BN!

budakbandunglaici said... Best Blogger Tips

pergh 300 tahun usia pokok tu


Entry Baru Update : Apabila Ulat Menjadi Super The Avengers

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...