Utama

Utama 2

Geng Stress

TAWARAN HANGAT!!

BANNER UTAMA (728X90) = RM200/ sebulan



BANNER+IKLAN TEKS +ENTRY- RM250/ SEBULAN


REVIEW / ADVERTORIAL - RM50


APA TUNGGU LAGI?? SILA EMAIL


akustress3@gmail.com


Kongsikan Entri Kami

Sunday, 16 December 2012

Seram : Misteri Bunian Di Reaktor Nuklear Tritiga Puspati (4 Gambar)


Jom kita baca kisah seorang mamat ni mengenai Bunian.... Layan~~

Sebenarnya aku pun ada cerita pasal Ustaz Haron Din, the “ghost buster” ni. Aku dulu kerja kat PUSPATI. Apa tu PUSPATI? Yang mana tak tahu aku ceritalah sikit, pusat penyelidikan atom kat Bangi. Tahun 1981, umor baru 26 tahun dan baru balik dari belajar di US dalam bidang kejuruteraan nuklear. Hebat beb, berapa orang yang ada degree ini pada masa tu. Projek pertama aku ialah untuk pemasangan sebuah reaktor nuklear penyelidikan berkuasa I.0 MW yang dikenali sebagai Reaktor TRIGA PUSPATI (RTP).

Masa itu teringat ahli kumpulan kami terdiri dari Ir. Dr. Puad Abu (jurutera nuklear – sekarang Pengarah, Bahagian Kuasa Nuklear), Amin Sharifuldin Salleh (fizik nuklear), Syed Azmi dan Syed Nahar (jurutera, sekarang kedua-duanya “Safeguard Inspector” di IAEA, Vienna, Austria), Dr. Ashhar (jurutera elektronik – sekarang TKP, Nuklear Malaysia), Dr. Nahrul Alang Rashid (sekarang pensyarah di UIA), Yusof Ali (sekarang dah pencen sebagai ahli Fizik Kesihatan – Health Physicist), Dr. Gui Ah Au (sekarang di IAEA, Vienna, Austria). Ketua kumpulan ini ialah Dr. Ahmad Tajuddin Ali (sekarang Tan Sri). Juruteknik pula Zul Cina, Zainal Yusof, Kamaruddin serta seorang dua lagi yang saya tak ingat nama mereka. Sorrylah ini cerita lama.

Setelah semua komponen reaktor siap di pasang maka tibalah masanya bahanapi nuklear di isi dalam teras reaktor (reactor core). Satu, satu batang bahanapi di ukur dengan tepat dan diisi dalam kedudukan yang telah ditentukan bagi setiap batang rod bahanapi. Sebelum bahanapi mula di isi, kami telah mendapati ada sesuatu yang tak kena dengan salah satu dari rod kawalan (control rod) yang kami panggil “transient rod”. Sebagai reaktor penyelidikan, RTP boleh membuat operasi “pulsing”. Jadi rod transient inilah yang akan dilonjak keatas menggunakan sistem pneumatik bagi mendapatkan kaedah “pulsing” ini.


Puas kami termasuk pakar pemasangan dari syarikat pembekal reaktor membuat pemeriksaan dan buat ujian, tak juga dapat dicari punca masalah. Tiba masanya apabila pengisian bahanapi telah hampir ke tahap “critical mass”, maka Pak Menteri Sains pun telah dijemput sama untuk menyaksikan satu detik bersejarah - the first nuclear reaction to achieve criticality on Malaysian soil. Dengan Dr. Ahmad Tajuddin Ali sebagai Ketua Kumpulan, bertugas sebagai pengendali di panel kawalan dalam control room, maka RTP telah berjaya mencapai tahap “super critical” dan di stabilkan di tahap kritikal sejurus selepasnya.

Malaysia pada saat itu telah masuk ke alam teknologi nuklear. Mungkin ramai yang tersenyum bangga tapi bagi kami jurutera pemasangan hanya mampu tersenyum kambing sebab untuk membolehkan sejarah tersebut tercipta kami telah bersetuju supaya rod transient (yang masih lagi rosak) ditarik keluar secara manual dan di gantung dengan tali. Kah, kah, kah…… ikat dengan tali? Tak hitech langsung!


Berbalik kita kepada cerita Ustaz Haron Din. Masa tu Ketua Pengarah PUSPATi adalah Dato Prof Ghazali (arwah) yang dipinjamkan dari UKM. Bila Dato Prof Ghazali mendengar tentang masalah rod transient yang tidak berfungsi walaupun telah diperiksa dan di buat ujian dengan teliti. Akhirnya tanpa pengetahuan kami, Dato Prof Ghazali telah memanggil Ustaz Haron Din, kawan baik Dato dari UKM. 

Semasa Ustaz Haron Din sampai, itulah pertama kali saya bertemu dengan beliau. Maklumlah saya baru balik dari US, manalah mengikuti sangat siaran agama di TV. Muka Ustaz nampak serius. Semasa menanggalkan kasut, kepala saya telah terantuk dengan kepala Ustaz Haron Din dengan tak sengaja. Saya minta maaf berkali-kali, tapi Ustaz Haron Din nampak masih serious dan tak mahu tersenyum


Setelah membawa beliau ke semua pelusuk bangunan reaktor, kami pun keluar. Diluar semasa berjumpa dengan Prof Ghazali, Ustaz Haron Din memaklumkan apa yang akan mengejutkan kami. Katanya bangunan reaktor tersebut telah dibina di atas kampong orang bunian. Jadi anak-anak nakal orang bunian inilah yang telah mengganggu tugas serta peralatan kami. Prof Ghazali telah bersetuju dengan cadangan Ustaz Haron Din supaya Penghulu masyarakat bunian ini di pujuk untuk berpindah kampung ke satu tempat baru. Tempat yang disyorkan untuk penempatan baru tersebut ialah di Janda Baik.

Untuk dipendekkan cerita, kambing pun di sembelih dan kenduri doa selamat pun di adakan. Saya sendiri tak mahu terlibat dengan langkah-langkah yang di ambil seterusnya. Kata orang yang tahu cerita, beberapa buah bas telah di gunakan untuk memindahkan orang-orang bunian ini. Yang hairannya, reaktor RTP tidak lagi mengalami sebarang masaalah teknikal selepas itu. Satu kebetulan atau ini kisah benar? Wallahualam.


p/s : Kesahihan cerita ini tak dapat dipastikan. so, jangan percaya bulat2.. 

Sumber : Here

24 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

Murum C3 1!!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

ak dlu kt U ade blaja sket2 psl nuklear ni..
sbenarnye mmg bagus pn Malaysia pkai nuklear..
tp tipikal rkyat Malaysia xmahu perubahan..
dlu ade org ckp KLCC, Sepang, Putrajaya membazir je..
skg tgok la mamfaatnye...
ak dh check sumber citer ni...
org yg tulis die ade kaitan dgn politik..
so susah sket nk pcaye...phuii..

Anonymous said... Best Blogger Tips

fake....dinafikan sendiri oleh ustaz haron din

dan said... Best Blogger Tips

maknanye bukan kat putrajaya tulah yea.

dan said... Best Blogger Tips

patotla byk hantu kat putrajaya tu..utz.haron owg pas xkn dia nk tolong kwsn owg bn..

Anonymous said... Best Blogger Tips

sembelih kmbing..musykil aku..len mcm je cte ni..

Anonymous said... Best Blogger Tips

Ustaz haron din sah menafikan tntg cerita dongeng ini, harap maklum

Anonymous said... Best Blogger Tips

Typo *dah

f i k r i f a d z i l said... Best Blogger Tips

Tak cayela... Tapi bagusla ada effort nak buat cerita canggih macam nih. Kahkah!

adam said... Best Blogger Tips

kite yg beriman kne prcaye alam ghaib itu ade,,, kt mne2 tmpat pon ade,,,jgn sangkut paut dgn politik,,,

Anonymous said... Best Blogger Tips

buat apa nak pindah pakai "bas", dia sendiri boleh bergerak laju. macam manusia pulak nak pindah pakai bas.

pabila jari menjoget said... Best Blogger Tips

sembelih kambing? haron din? are u sure? dis is a joke or what?

Prince of Noob said... Best Blogger Tips

asal nak buat cerita pelik guna nama haron din, haron din hantar jin naik bas la masa bina putrajaya apa la tapi tuan punya badan sendiri menafikan... sapa la pandai2 start reka cerita ni

Anonymous said... Best Blogger Tips

anak2 bunian nk jadi engineer nuklear la katakan

Anonymous said... Best Blogger Tips

Prince of noob babi pukimak ada buasir yg tak basuh bodo

Anonymous said... Best Blogger Tips

Berita Terkini: Dr Haron Din akan hantar berbas-bas djinn dan syaitonn menuju Putrajaya tahun depan.Ini Kerana golongan ini dri dulu dok impikan Putrajaya tak sampai-sampai. Kesian jugak :(

mazeer mohamad said... Best Blogger Tips

jangan stresskan minda anda.

jangan risau, Hanya Allah yang lebih tahu!

LAWAK:RITUAL MANDI BUNGA DI AFRIKA!
MUNTAH:GAMBAR PONDAN AFRIKA YANG PASTI MEMBUAT ANDA TERMUNTAH!
SERAM:PEMBEDAHAN TUKAR JANTINA DARI PEREMPUAN KEPADA LELAKI!

Anonymous said... Best Blogger Tips

Ntah.. Mengarut jer.. Tak mungkin..

Yusri said... Best Blogger Tips

@Anonymous

@Anon 16 Dec 2012

Tidak setuju. Memang guna nuklear banyak manfaat. Tapi kita ni negara kecil je, perlu ke loji nuklear ni? Hebat sangatkah Malaysia ni? Dah tu kita ni sistem pertahanan lemah; orang Sulu dah membuktikannya. Kita ni pula terdedah dengan pentas sunda, iaitu banyak berlaku tsunami/ribut. Cuaca tidak stabil.
Bila ko sembang fasal KLCC, Sepang dan Putrajaya, jelas ko tak tahu apa yg berlaku pada bangunan ciptaan BN skrg ni. Yg pasti, KLCC bukan lagi kebanggaan kita dah. Pihak KLCC pada awal bulan Ogos, arahkan peniaga Melayu kita tutup kedai tanpa sebab. Siap masuk surat khabar lagi. Sepang shj, kerajaan akui tidak mendatangkan untung; buktinya, dulu mereka merancang tiket tmpt duduk dalam RM 500 ke atas, spt standard F1 di negara lain. Skrg ni, semua mampu dah, kerana menarik org datang kalau tak turunkan harga, org tak datang! Putrajaya, tak habis2 bikin maintenance. Rosak sana, rosak sini. Tahun 2011 kot, masuk berita, bumbung Putrajaya bocor teruk. Ingat tak? 2012 sistem kabel masalah, toilet bocor dan maitanence shj mudah mencecah berjuta beb. Tak percaya ke? Ha, tanyalah member2 korang yg bekerja di PTD. Banyak masalah. Tgk shjlah masjid Putrajaya, tak habis repair! Sampai LEBOR aku tengok! Dari dulu sampai skrg, prop prap prop prap Bangla duk ketuk batu, repair. Apa kes ni? maintain masjid tu pun, ko ingat macam kos baiki peti ais?
Nak maintain loji nuklear lagi satu hal. Ko ingat murah ke nak maintain security dan safety? 88 biji kapal terbang yg kita beli dari Rusia tahun 90-an dulu tu, dah jadi besi buruk dah. Kapal selam scorpean yg langsung tak pernah diwartakan kpd rakyat, dah jadi muzeum kapal selam mendarat dah. Beli bilion, last jadi muzeum.
Kalau belum tahu semua fakta ni, takpe aku bagitahu. Negara kita kaya kalau tak mengabiskan benda2 nonsense tu. Negara2 eropah, mana ada bangunan moden yg hebat2 semata2 nak nampak "hebat" dimata dunya. Semuanya bangunan lama, tp maju. Mindset dia org juga maju. Rakyat sana tak mudah ditipu kerajaan, bukan mcm kita disini, mudah kena tipu. Harap ko pun jgnlah mudah kena tipu gak ya. Kalian pun sama. Banyak2lah membaca. Baca semua, carilah kebenaran, kalau surat khabar memberitahu, ketahuilah mereka beritahu kerana MEREKA DIBERITAHU. Bukan maksudnya mereka tahu semua! Pada hujung hari, korang nilai sendiri sahih atau tidak.
Quran sudah sempurna. Macam mana korang leh percaya? Nak tahu, BACALAH!

Anonymous said... Best Blogger Tips

wei manusia yg manulis 08:45@org bengap ats aku ni.. aku xtau mcm mane mak ayh ko didik ko dulu, mungkin jenis yg sentiasa tak puas ati keluarga ko ni, sedar la yg ko mengutuk skg ni negara ko sendiri.. wlaupun ko tak puas ati dgn org yg mentadbir negara bukan negara yg ko jatuh2kan.. sedar la manusia yg xpenah bersyukur oi, berdiri di bawah tapak kaki sendiri la..

Anonymous said... Best Blogger Tips

ini lah yang dikatakan sebagai transformasi... tak payah nak pening-pening. rakyat boleh guna ke tak ? itu je ... kalau rakyat dapat manfaat secara direct haaa itu aku setuju... tapi kalu nak bebankan rakyat dgn pelbagai charge... termasuk hidden charge aku tak setuju...

Anonymous said... Best Blogger Tips

boleh ke Para pegawai penyelidik di Agensi Nuklear Malaysia ke arah tenaga Nuklear. Dari tahun 1981 sehingga sekarang apa sumbangan ANM ni...

Anonymous said... Best Blogger Tips

tak sangka yekkk... kat malaysia pun ada reaktor nuklear... saintis Nuklear ni buat kerja apa... dgr cerita kat Nuklear cepat naik pangkat hehehe

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku dah sampai kat tempat ni masa hari Inovasi beberapa Tahun lepas... teruja jugak tgk bangunan reaktor ni.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...