NEW DELHI – Apabila seorang remaja
mengadu tidak boleh makan atau minum selama beberapa hari, sekumpulan
doktor memutuskan untuk mencari puncanya. Tidak seperti dijangka, apa yang mereka temui sangat luar biasa.
Di dalam perut remaja perempuan itu ialah gumpalan rambut seberat
hampir dua kilogram yang tersangkut di antara perut dan usus kecilnya. Pakar perubatan India mendapati, remaja berusia 19 tahun itu
mempunyai tabiat suka memakan rambut sendiri, selain kapur tulis jika
dia berada di sekolah.
Gabungan ‘makanan’ aneh itu kemudian berkumpul dalam tubuh remaja terbabit sebelum lama-kelamaan menjadi besar.Sepasukan pakar bedah dimaklumkan mengenai penemuan itu selepas
remaja terbabit – dari Rajgarh dan Madhya Pradesh – berkunjung ke
Hospital the Maharaja Yeshwantrao di Indore bulan lalu.
Diketuai Dr Parvinder Singh Lubana, mereka akhirnya berjaya mengeluarkan gumpalan rambut yang ‘membungkus’ kapur berkenaan.Seorang daripada pakar bedah itu, Dr Amit Agarwal, berkata saluran
usus remaja terbabit tersumbat menyebabkan dia tidak boleh mengambil
makanan atau minuman selama beberapa hari.
Bagaimanapun, gumpalan rambut itu bukanlah yang terbesar pernah
dikeluarkan dari tubuh seseorang dalam tempoh beberapa tahun lalu.Pada November 2007, doktor di Amerika Syarikat (AS) menemui gumpalan
rambut seberat hampir lima kilogram dalam perut seorang remaja
perempuan.
Berusia 18 tahun ketika itu, remaja terbabit mendapatkan bantuan
doktor selepas mengalami kesakitan dan bengkak perut selama lima bulan.Imbasan menunjukkan ada gumpalan besar di bahagian perut remaja terbabit.
Lima hari selepas dikeluarkan, pesakit kembali makan secara normal dan dibenarkan pulang.
Sumber : Here
7 comments:
yuck..gila...
makan rambut sndiri...? gilo ke apo
emma maembong bersama teman lelaki?
admin x leh nk remove ke alexander jr kt atas ni? haishh..
penah masuk dlm Ripley's dlu
biar betul cam pelik je... ade ke awek comel tu makan rambut dan kapur?
Rase nk muntak plak lepas tngk gambar ni...
Post a Comment