Kongsikan Entri Kami

Friday, 2 December 2011

Berita : Proton Saga Terbaru - Proton Saga FLX SE (5 Gambar)


KUALA LUMPUR: Dalam usaha mengembangkan rangkaian model Saga, PROTON Holdings Bhd hari ini memperkenalkan kemasukan baru variasi Saga, Saga FLX SE, yang telah bersedia untuk menarik generasi muda di kalangan pembeli kereta. Berharga RM49,449 dan digerakkan oleh enjin 1.6 liter Campro Intake Air-Fuel Module (IAFM), Saga FLX SE bertujuan memberikan pemilik kereta dengan prestasi yang lebih dan penjimatan dari segi pengunaan bahan bakar.


"Ia mengesahkan lagi Saga sebagai kereta pilihan ramai kerana kemampuan yang luar biasa dan nilai wang yang termasuklah penjimatan bahan bakar yang lebih baik, prestasi yang hebat dan pemanduan dan pengemudian yang cemerlang," kata pengarah urusan kumpulan itu, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dalam satu kenyataan hari ini.



PROTON berkata, kombinasi enjin 1.6-liter Campro IAFM dengan transmisi automatik transmisi boleh laras berterusan (CVT) memberikan antaranya pengurangan penggunaan bahan bakar dengan tambahan empat peratus berbanding dengan Saga 1.6 liter pada masa ini.

Berharga RM2,900 lebih tinggi daripada Saga FL automatik 1.6 liter pada masa ini, Saga FLX SE mengetengahkan perubahan lapan hiasan luaran dan tiga hiasan dalaman.
Syarikat itu berkata, sejak Saga dilancarkan pada Januari 2008, kini terdapat 274,469 unit Saga di jalan raya dengan PROTON menerima kira-kira 331,768 tempahan. 


Saga terus kekal sebagai model jualan terbaik Proton setakat ini dengan purata 6,500 unit dijual setiap bulan. 







PROTON mensasarkan menjual kira-kira 78,752 unit Saga dalam tahun kewangan semasanya yang berakhir 31 Mac 2012, di mana ia menjangkakan Saga FLX SE yang baru ini dijual di rantau ini sebanyak 500 unit sebulan.

Boleh diperolehi dalam dua warna pilihan; Putih dan Merah. Bagi Saga FLX SE didatangkan dengan jaminan tiga tahun atau 100,000km, yang mana terdahulu.


PROTON juga berkata, pengguna yang menempah Saga dan masih menantikan penghantaran boleh memilih untuk menukar tempahan mereka untuk mendapatkan Saga FLX SE di bilik pameran yang mereka buat tempahan.

Pembeli boleh melihat model baru ini di semua bilik pameran PROTON mulai esok.

Prices for Proton Saga FLX SE


Peninsular Malaysia

Solid – RM 49,449

Metallic – RM 49,899


East Malaysia

Solid – RM 52,049

Metallic – RM 52,499


Labuan

Solid – RM 47,449

Metallic – RM 47,899


Langkawi

Solid – RM 47,349

Metallic – RM 47,799

Sumber : Here


2 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...