Pada 19 November yang lepas, seorang suami dari Shaanxi, Cao Xiaoming ditangkap kerana menuang minyak tanah ke atas anak perempuannya, Niu Niu dan membakarnya. Insiden ini berlaku selepas Cao bertengkar dengan isterinya. Isteri Cao memberitahu yang dia memutuskan untuk berpisah dengan Cao pada hari tersebut kerana Cao seringkali memukul dia serta anaknya. Cao juga sering berjudi dan panas baran. Cao yang tidak dapat menerima keputusan isterinya itu telah meninggal satu mesej kepada isterinya berbunyi “I want to die, and I’m going to take the baby with me". Sejurus selepas itu, isterinya terkejut dengan berita yang anaknya telah dibakar oleh Cao di rumah ayahnya. Kini Niu Niu telah dimasukkan ke ICU dan disahkan cacat pada muka. Niu Niu mempunyai kesan bakar pada mukanya dan kedua tangannya kurang berfungsi lagi. Sehingga kini, Niu Niu tidak mampu makan makanan lain kecuali roti dan pisang. Lebih menyedihkan lagi, Niu Niu terpaksa menyambut hari jadinya di atas katil hospital dalam keadaan begini. Menurut datuk Niu Niu, Cao telah menarik anaknya itu ke rumahnya dan menuang dua botol minyak tanah ke atasnya. Orang ramai yang mengetahui perkara ini cuba menghalangnya tetapi Cao mengugut untuk membakar anaknya. Pada masa itu, Niu Niu cuba larikan diri dan menangis teresak-esak tetapi berjaya ditangkap oleh Cao. Cao menyuruhnya untuk melutut dihadapannya di mana beberapa saat kemudian Niu Niu telah dibakar. Cao cuba larikan diri berjaya ditangkap oleh orang ramai yang berada situ. Kini Cao berada di dalam tahanan polis. Semoga hukuman yang setimpal dijatuhkan ke atas Cao. Niu Niu semoga anda cepat sembuh dan sentiasa tabah mengharungi segalanya.
source
6 comments:
sial punya org
bapak dia gila..
Cina bdh gla!!!!!!!
bini punya pasal anak jd mangsa...
punah masa depan anak dia...siannye...
Poor baby...May god bless u..AMEN
Post a Comment