Kongsikan Entri Kami

Wednesday 30 November 2011

Cool : Gambar Sedutan Filem 'Ombak Rindu' Lakonan Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani (10 Photos)


Ombak Rindu adalah Novel karya FAUZIAH ASHARI terbitan Alaf 21. Difilemkan oleh Tarantella Pictures Sdn Bhd dan Astro Shaw Production. Diarahkan oleh Osman Ali. Tayangan filem ini akan bermula pada hari esok, 1 Disember 2011 di pawagan-pawagan sekitar kawasan anda. Apa yang menarik adalah filem ini dibintangi oleh Aaron Aziz, Lisa Surihani dan Maya Karin yang seringkali menjadi pujaan orang ramai. 

Sinopsis Ombak Rindu
Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Sedutan dari filem 'Ombak Rindu' 

 Trailer 'Ombak Rindu'






OST 'Ombak Rindu'. Nyanyian Hafiz AF dan Adira AF



8 comments:

mia amira said... Best Blogger Tips

xsbarnye nak g tgok.. :)

eqinjasmin said... Best Blogger Tips

xcited killerzzzz... yayyyy ! <3<3<3

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku lagi suka kalau fazura yang bawak watak izzah ni..memang kena la karekter fazura dgn watak izzah dlm novel tu. lagipun fazura penghayatan dia lagi dalam n natural bila berlakon berbanding maya karin.. tp maya karin pun ok jgk la..muka redup mcm izzah dlm novel..aku dari dulu2 time skolah lagi dah harap novel ni diorang buat film..ohhh btw,watak harris mmg layak di bawak oleh aaron aziz! mmg sesuaiii. just my opinion

CikPuanMudaIrma said... Best Blogger Tips

lagi sesuai kalo izzah tu lisa yg bwk n mila tu maya yg bawak..cite asal mention yg mila ni tggi n agresif orgnya..seswai la ngan mila

CikPuanMudaIrma said... Best Blogger Tips

*seswai la ng maya

Honey Bhulat said... Best Blogger Tips

cantik jugak maya karin berhijab

Anonymous said... Best Blogger Tips

seksinya....bukan haris,ezzah or mila....tp mak limah...SEKSINYA MAK LIMAH!!!!!!!hahahhahaa

Anonymous said... Best Blogger Tips

Tapi sy rs lg sesuai kalo cerita ni dibuat mcm cerita kartun ipin & upin. Baru gempak! 3D lagi layan...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...