Kongsikan Entri Kami

Monday, 8 August 2011

WTF : Kerajaan China Larang Masyarakat Islam Uighur untuk Berpuasa

p/s : pilihan untuk tidak boleh berpuasa itu bukan di tangan sesiapa pun. Mana boleh kerajaan China menghalang orang untuk mengamalkan agama masing-masing. ini bukan menjaga kebajikan rakyat tetapi menghancurkan rakyat. Ini adalah hak manusia itu sendiri dan inilah berlaku sekiranya agama dipolitikkan. Ini akan membawa banyak masalah kepada ramai orang. Semoga perkara sebegini tidak berlaku di Malaysia dan semoga Agama negara itu dijadikan ISU dan diPolitikkan.


URUMQI 7 Ogos - Bulan Ramadan kali ini tidak bermakna bagi masyarakat Islam Uighur di Urumqi, Xinjiang, barat laut China selepas kerajaan mengharamkan mereka menunaikan ibadah puasa, bersolat tarawih atau menjalankan sebarang aktiviti keagamaan.

Penganut Islam di Xinjiang dilarang daripada menunaikan ibadah tersebut selepas kerajaan memaksa mereka menandatangani satu 'dokumen' yang melarang mereka daripada berbuat demikian.

Larangan terbaru itu menekankan lagi layanan buruk kerajaan China terhadap penduduk minoriti Uighur yang sering berdepan tindakan keras pihak berkuasa sebelum ini dan dinafikan hak mereka.

Jurucakap Kongres Sedunia Uighur yang beribu pejabat di Munich, Dilxat Raxit berkata, syarikat-syarikat swasta di sini turut menyediakan makanan tengah hari buat pekerja beragama Islam dan mereka boleh kehilangan kerja atau bonus tahunan sekiranya enggan makan.

"Tokoh agama juga boleh kehilangan lesen menyampaikan ceramah sekiranya mereka mengadakan aktiviti keagamaan atau menyeru penganut Islam berhimpun bagi menjalankan kegiatan agama," katanya kepada agensi penerbitan dalam talian, Eurasia Review.

Jelasnya, pegawai turut menyasarkan golongan pelajar beragama Islam dengan menyediakan bekalan makanan semasa waktu rehat sepanjang bulan Ramadan.

Seorang penduduk Uighur yang enggan dikenali berkata, restoran-restoran di kawasan yang mempunyai ramai penduduk Islam juga diarah menjalankan perniagaan walaupun ketika hari siang.

"Orang ramai juga sukar memasuki masjid untuk bersembahyang. Mereka perlu menunjukkan kad pengenalan diri dan mendaftar jika ingin masuk ke masjid," katanya.

Sehari sebelum Ramadan, seramai 18 maut dan 31 yang lain cedera dalam dua pertempuran etnik terbaru di Xinjiang, dua tahun selepas insiden berdarah di wilayah ini mengakibatkan 200 maut sementara 1,700 yang lain cedera.

Xinjiang dicemari pergolakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, melibatkan pertempuran antara etnik Uighur dengan kumpulan majoriti China Han di ibu negara, Urumqi pada Julai 2009. - Agensi

utusan

5 comments:

Goblogz said... Best Blogger Tips

ini sudah lebih!

Unknown said... Best Blogger Tips

kalau Malaysia dibiarkan... memang la golongan DAP nak jd mcm ni.. sama mcm singapore

Unknown said... Best Blogger Tips

situasi yg sgt menyedihkan..
Ya Allah, selamatkan lah saudara kami di sana

Pojiepooh Abdullah said... Best Blogger Tips

Takutnya membaca kisah saudara2 kita di sana..
Janganlah sampai menular di malaysia T___T

Anonymous said... Best Blogger Tips

malaysia xkan nyee.. agama minoriti la yg ditindas.. bknnye xde.. xde masuk news je..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...