Kongsikan Entri Kami

Friday, 12 August 2011

Gosip : Mamat (Sepah) Serius dengan Fida (Syurga Cinta)


GUA 
Bagaikan sudah mengantuk disorongkan bantal, GUA terlihat kehadiran Mamat di majlis yang sama lalu bertanya mengenai kebenaran isu ini. Ternyata jawapan yang lebih bersifat positif telah diberikan oleh pelawak berusia 26 tahun ini walaupun pada awalnya Mamat cuba menyembunyikan keintiman perhubungannya dengan pelakon yang pernah digosipkan dengan Zuan Melodi sebelum ini.

“Dengan kawan-pun kita kena serius kalau tak kawan makan kawan. Saya dengan Fida memang kawan, memang rapatla. Setakat ni dialah kawan wanita yang paling rapat dengan saya. Ibu adalah orang yang paling penting. Ibu saya jauh, jadi saya perlukan seorang teman yang boleh menjadi tempat luahan saya.

Buat masa sekarang kami sibuk. Fida sibuk dengan kerja dia dan saya sibuk dengan kerja saya. Ada beberapa show yang kami digandingkan bersama. Untuk meluangkan masa bersama, dalam masa terdekat ni mungkin belum lagi.

Pelan untuk bawa Fida ke Johor Bharu itu ada. Tapi tiada masa, kami sibuk. Hal itu masih dalam perancangan. Yang bagusnya, sejak berkawan dengan Fida sedikit sebanyak merubah saya. Fida banyak mengajar saya untuk lebih bersabar dan perhubungan kami berlandaskan landasan agama. Kami meletakkan had untuk tidak terlampau rapat kerana saya tidak mahu seperti hubungan yang sebelum ini,”ujarnya yang pernah bercinta dengan vokalis kumpulan Butterfly, Ada.

Ketika ditanya tentang perasaan Mamat ketika mengetahui gosip tentang Fida dan wartawan melodi, Azuan, Mamat memberitahu hatinya sedikit tercuit dek kerana desas desus tersebut.

“Saya bertaruh dengan nyawa saya ketika diberitahu tentang berita tentang hubungan Zuan dan Fida. Ketika itu, saya sedang shooting mengkhendaki saya untuk menyelam di air. Ketika rakan wartawan memberitahu tentang hal ini, saya kata, kalau saya selam saya tak naik ni, maknanya selama ini Fida bohong dekat saya bahawa dia sudah ada teman istimewa.

Ini betul ini, saya tak tipu, sampai saya cakap begitu. Yela, saya jujur jadi saya harap dia jujur juga. Pada saya biar lah Allah yang balas. Tapi saya beristighfar dan berfikir saya akan tanya balik dekat Fida. Bila saya naik ke permukaan, saya berasa lega, kerana pada saya, benar Fida tidak menipu saya.

Memang benar saya dan Fida ada hubungan sebab saya tidak mahu nanti bila orang nampak saya keluar dengan Fida di luar, orang kata saya propa. Saya dan Fida memang baik. Tapi kita tak tunang kan Fida,”ujarnya sambil mengusik Fida yang berada tidak jauh dari Mamat.

Nampaknya keduanya memberi respon yang positif tentang desas desus tersebut. GUA doakan hubungan mereka akan berakhir ke jinjang pelamin.

p/s : kalau betul dia serius pasal hubungan mereka, memang bagus sekali kerana tidak ingin perkara berlaku dengan artis lain berulang lagi. 

1 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku no 1

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...