Kongsikan Entri Kami

Sunday 7 August 2011

Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab.


Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B: “Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C: “Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...


Sumber: Ridhuan As-Siddiq

20 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

saya nak share..~

HaFizaH aYu said... Best Blogger Tips

suke entri nih!!

mazda said... Best Blogger Tips

izinkan share..tersentap hati..byk yg x tahu n pernah persoalkan,baru taw jawapan dia..masyaAllah..

Pena Crystal said... Best Blogger Tips

Alhamdulillah..syukur dilahirkan sebagai wanita.=)

Anonymous said... Best Blogger Tips

Mohon Copy

Qastalani® said... Best Blogger Tips

Agama sememangnya da cantik gariskannya kan? Tp apb dtgnya lelaki mencabuli hak wanita, mereka dh start rs tertindas. Sbb tu ada organisasi pembelaan wanita. Cth; yg ppuan(isteri misalannya) kna tutup aurat tp si suami seronok berhibur suka ria dgn ppuan seksi baju terdedah. Di mana adilnya? Lelaki bole kawen 4 tp proses utk kawen lagi tu ✗ dijalankan dgn betol. Skandal dulu berzina dulu tipu2 bini dulu. Apb ada beberapa perkara picisan dicabuli, ppuan ni jd dikawal amarah start mtk itu ini kononnya spy hak nya terpelihara. Mula la jd query itu ini. Sekadar pandangan lah. Mmg Islam dh cantik. Pelaksanaan drp lelaki turut perlu cantik. Islam memartabatkan wanita ke tahap tertinggi tp ada lelaki yg suka sgt memandang rendah terhdp wanita.

Anonymous said... Best Blogger Tips

mohon share d facebook saya :)
-zuraini-

Anonymous said... Best Blogger Tips

mohon share d fb sye..=)tq..-am-

adam kasani said... Best Blogger Tips

@karipapsayur
salam saudari karipap sayur..saya setuju dgn blogger ini n jugak ape yg saudari kate kan. tp pandangan saya ialah, ketaatan seseorg kpd kewajipan nye terhadap 4jjl(ALLAH) adalah soal lain. di sini, blogger mengesahkan bgaimana soklan2 yg dulu sering bermain d fikiran akhirnya terjawab dengan terang n nyata. Islam memang amatlah indah. tetapi penganut nya yg mencemarkan keindahan tu. jika tiada wanita yg melanggar perintah 4jjl dgn bpakaian seksi, xkan ada lelaki yg akan mengejar2nya. jika tiada permintaan dr lelaki2 kufur yg mencari2 pelacur, maka pelacur2 ini akn kehilangan punca pencarian dan akan mlakukan kerja2 yg selain dr melacur.maka soklan nya bukan lah perempuan merasa tertindas oleh golongan lelaki atau tidak, tetapi berbalik kpd org islam yg tidak mengamalkan ajaran islam yg hakiki.jika kesemua pihak bersama2 mengamalkan ajaran islam sebenar, maka tidak perlu lg persatuan2 yang berbagai2 utk berbalah2 sesama sendiri dan memecahkan umat islam. just my 2 cents opinion

adam kasani said... Best Blogger Tips

mudah sekali jika saya boleh share kan d fb, tetapi entri2 d blog ini bercampur2 dgn gmbr2 wanita seksi dan menggegarkan iman,dan pd saya ia x sesuai. jd saya mohon izin utk saya copy n paste kan info berharga ini d blog saya.

shafiqabdshukor said... Best Blogger Tips

insya ALLAH..

misZ iLmi raHEem's said... Best Blogger Tips

mohon share d fb..=)

Raden said... Best Blogger Tips

sy bersyukur jadi perempuan..kaum hawa

miss d said... Best Blogger Tips

very well written,mintak izin share : ) jzkk

Asfan Ash said... Best Blogger Tips

xpayah mohon2 sangatlah....
xpayah nak setuju ke x setuju ke. benda ni copypastaaa

tgk entry lain dan judge

AdminStressGiler said... Best Blogger Tips
This comment has been removed by the author.
musliza said... Best Blogger Tips

mohon share

Qa Thyqa said... Best Blogger Tips

mohon izin share

helmi said... Best Blogger Tips

salam,saya setuju dengan kata2 adam kasani,seseorang wanita atau isteri yang beriman dan mengikut perintah Allah tidak boleh mengeluh atas kesalahan atau perbuatan suaminye, tetapi seseorang wanita yang beriman itu haruslah berdoa memohon kepada Allah untuk mengelakan segala benda yang tidak baik terjadi dalam keluarganya,kerana kemungkinan benda yang berlaku ini adalah ujian daripada Allah swt kepada kita dan tidak seharusnya benda2 yang berlaku di dunia ini kite mengeluh atau tidak berpuas hati, kerana Allah maha adil bijaksana yang menentukan segala2nya.akan tetapi manusia haruslah berfikir yang mane baik dan buruk kerana Allah swt telah mengurniakan akal kepada manusia untuk berfikir.
seperti kata Syeikh Abdul Kadir Jailani - DUNIA ADALAH NERAKA BAGI UMAT ISLAM AKAN TETAPI AKHIRAT ADALAH SYURGA BG UMAT ISLAM YANG BERIMAN
renungkanlah....

arepeace_akatsuki91 said... Best Blogger Tips

like! nk share.... huhu..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...