Kongsikan Entri Kami

Monday, 8 August 2011

Gosip : Aishah Nikah di Thailand, cerai melalui SMS


p/s : Semakin hari semakin ramai artis atau selebriti yang putus tunang atau cerai talak tiga. Apa dah jadi dengan dunia ini? Ingat semua ini hanya sekadar mainan?
DULU masa bernikah memang tak bagi tahu orang langsung, tak mengapa, Joyah tak kisah. Ingatkan rumah tangga yang dibina di Selatan Thailand itu akan berkekalan sampai akhir hayat, rupa-rupanya terhenti di tengah jalan juga.

Itulah nasib yang menimpa penyanyi Janji Manismu ini. Kalau ada yang masih ingat Aishah pernah menggegarkan peminatnya dengan isu perkahwinan di Siam tu. Dan dalam kenyataannya, Aishah sangat bahagia kerana bernikah dengan suami barunya yang banyak memberi bimbingan ke arah keagamaan.

Tup-tup, dua tiga hari lepas timbul cerita Aishah telahpun berpisah dengan Faizal Sazali Zulkifli, pada 19 Mei lalu. Apa yang membuatkan Joyah terkejut bila Aishah dilepaskan hanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS ). Kenapa masa nak berpisah pakai SMS saja? Hmm, macam-macam.

Joyah tak pasti apa kemelut yang melanda mereka tetapi apa yang Joyah faham pasangan ini sudah tidak tinggal sebumbung sejak tiga bulan yang lalu.

utusan

1 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

abe no satu...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...