Kongsikan Entri Kami

Wednesday 10 August 2011

Gosip : Noraniza Idris Kahwin 29 Sept dengan Ustaz Jeffri


Penyanyi etnik kreatif Noraniza Idris sebentar tadi telah membuat pengumuman akan menamatkan zaman jandanya dengan duda anak empat, Haji Jeffri bin Haji Hudi.

Pasangan yang mula berkenalan pada Ramadhan lepas memilih tarikh 29 September ini sebagai hari bahagia mereka. Pasangan ini akan dinikahkan pada jam 12 tengah hari di Sanggar Utama, Padang A, Plaza Angsana Johor, Johor Bahru bersempena dengan Festival Kahwin-Kahwin Masyhur 1Malaysia Negeri Johor 2011.

Menurut Kak Ani, 43, beliau tertarik dengan bilal masjid yang berasal dari Singapura itu kerana sikapnya yang lemah-lembut. Manakala Ustaz Jeffri, 52, berkongsi mereka mula jatuh cinta gara-gara kuih tat yang dijual Kak Ani.

Ini merupakan perkahwinan ketiga Kak Ani dan yang kedua buat Ustaz Jeffri.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...