Kongsikan Entri Kami

Tuesday, 9 August 2011

Gosip : Siapa Kata Justin Bieber dan Selena Gomez dah Berpisah?


Sebelum ini, timbul khabar berita yang mengatakan bahawa hubungan cinta di antara pasangan selebriti muda, Justin Bieber dengan Selena Gomez sudah pun berakhir.

Ternyata khabar berita tersebut sama sekali tidak benar. Sebabnya, Justin Bieber dan Selena Gomez baru saja menghadiri Teen Choice Awards bersama-sama sambil berpegang tangan.

Bukan hanya setakat itu, pasangan ini juga dilihat duduk bersama sewaktu acara tersebut berlangsung.

"Dia adalah seorang gadis yang baik, cool dan menarik," kata Justin Bieber apabila ditanyakan tentang hubungannya dengan Selena Gomez.

Sebelum ini, pasangan ini dilaporkan telah bertengkar hebat gara-gara Selena tidak gemar melihat Justin berkawan atau bergaul dengan orang-orang yang mempunyai sejarah silam yang teruk. Pertengkaran itu dikatakan penyebab hubungan cinta mereka putus di tengah jalan.

Namun, kehadiran mereka di dalam Teen Choice Awards sudah cukup membuktikan bahawa khabar berita tersebut bukan saja tidak benar, malah tidak berasas sama sekali. Apapun dalam Teen Choice Awards itu, Justin telah membawa pulang 4 anugerah, sementara Selena pula dengan 5 anugerah kesemuanya.

1 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

one.......

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...