Kongsikan Entri Kami

Sunday 15 May 2011

[Video] Berita terkini : Suspek Penyimbah Asid menyerah diri??

....Suspek Peyimbah Asid menyerah diri?? Betul ke? Baca la sendiri .. hehe kami sendiri pun terkejut dengan berita ni :-))


Seorang lelaki yang wajahnya menyerupai imej lelaki buruan polis kerana disyaki terbabit dengan kes simbah cecair asid, tampil sukarela di Balai Polis Petaling Jaya.

Dia bagaimanapun menafikan dirinya pelaku.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Ku Chin Wah berkata, lelaki berkenaan tidak ditahan selepas keterangannya diambil.

Kata Datuk Ku, lelaki berusia 25 tahun itu tampil di balai polis malam semalam selepas dinasihatkan abangnya.

Ini kerana wajahnya menyerupai foto fit suspek yang diedarkan polis.

Selepas meneliti keterangannya serta membuat semakan, polis mengesahkan dia tiada kaitan kerana mempunyai alibi.

Setakat ini jumlah kes dilapor kekal 23.

Dan sejak jumaat lalu, tiada kes baru .

Polis memperhebat gerakan memburu suspek menyimbah asid yang menjadikan wanita di sekitar Lembah Klang sebagai sasarannya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta hubungi rakan cop .

video :

Klik untuk menderma Rm 0.20 untuk blog ini :-)) thanks

sumber dari www.tv3.com.my

3 comments:

Cik Rimau said... Best Blogger Tips

adeh.. bile nak tangkapnye.. cik rimau takut lak nak g kerja.. huhu

nurshaf said... Best Blogger Tips

pulak,,,
(dah klik...hehe)

AdminStressGiler said... Best Blogger Tips

cik riau : ya la tu mmg tak sabar nak kena tangkap suspek tu..

fiq : thanks :-))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...