Kongsikan Entri Kami

Tuesday, 29 November 2011

Info : Sinetron Indonesia Yang Tipikal (4 Gambar)


Pasti ramai di luar sana para rakyat Malaysia yang gemar menonton sinetron-sinetron khas dari Indonesia. Tidak terkecuali saya, bila ada kelapangan saya akan menonton sinetron tersebut yang sedang melambak di kaca telivisyen negara kita.

Antara judul yang menjadi kegemaran saya ialah Tasbih Cinta, Cinta dan Anugerah, Alisa, Bawang Putih Bawang Merah, dan beberapa judul lagi yang saya sudah tidak ingat tajuknya.


Namun percaya atau tidak, kesemua cerita yang saya bariskan di atas sebenarnya sama sahaja jalan ceritanya? Maksud saya, pusing sana, pusing sini, jalan ceritanya sama sahaja temanya. Antara yang boleh saya simpulkan adalah seperti di bawah:
  • Biasanya bercerita tentang cinta yang tidak direstui orang tua kerana perbezaan status sosial
  • Watak utama perempuan biasanya digambarkan sebagai miskin, baik tetapi sering teraniaya.
  • Watak antagonis perempuan biasanya lebih cantik daripada watak utama perempuan, dan tersangatlah jahat.

  • Watak lelaki biasanya kaya raya dan hensem
  • Alur cerita terlalu berlebih lebihan, dendam yang tiada berkesudahan
  • Berlegar pada kisah perebutan warisan dan tertukar anak
  • Banyak scene yang tidak logik. Kadang-kadang terfikir juga, adakah orang yang terlalu bodoh dalam dunia ini sehingga merelakan dirinya dianiaya oleh orang lain

  • Make-up berlebihan. Bayangkan scene di mana seorang perempuan sedang sembahyang pun memakai lipstik merah, pipi merah dan eyeshadow tebal
  • Interframe yg terlalu lama. Cuba bayangkan ya, scene di mana satu berita yg mengejutkan disampaikan dan pd secene itu ada 10 orang watak. Kamera akan memfokus pada mimik muka kesemua watak seorang demi seorang untuk memaparkan mimik terkejut. Bayangkan interframe yg terlalu lama itu!
  • Selalu saja ada cerita yang anti-klimaks. Maksudnya, ketika cerita itu sudah seperti hampir tamat, tiba-tiba shj muncul masalah baru yg lebih rumit

p/s : Amacam? Betol tak? Tapi ada jugak la cerita Indonesia yang best.. Bukan semua sama.. hehe


Sumber : Here


    25 comments:

    Anonymous said... Best Blogger Tips

    Setuju...sebab tak berapa minat dengan sinetron sebab terlalu panjang sangat eposod dia sampai 200-300 eposod..

    Anonymous said... Best Blogger Tips

    aku langsung tak minat cerita indon...

    Anonymous said... Best Blogger Tips

    xsuka layan indon....tp cewek2nya seksi banget....

    Anonymous said... Best Blogger Tips

    asal eja televisyen camtuh?hik3

    Anonymous said... Best Blogger Tips

    omjayy, totally agree :)
    The plotlines are effing crap

    ben xii said... Best Blogger Tips

    aku suka satu je . video ariel dan luna . keren banget dong

    Cr4ZyNooB said... Best Blogger Tips

    hahah interframe yg terlalu lama tu x blh blah! smua crita indon WAJIB memfokus pada mimik muka pas 2 slow motion plak perggh x blh blah

    razzwey razz said... Best Blogger Tips

    @Cr4ZyNooB
    tak ketinggalan jugak monolog dalaman sementara kamera tgh zoom kat muka masing2 "AH! INI TIDAK MUNGKIN TERJADI! AKU HARUS MEMBUNUHNYA!!!" hohoho...

    Shanburn said... Best Blogger Tips

    tak kisah pasal aku tak minat tgk citer indon huhuhu

    Anonymous said... Best Blogger Tips

    vavik mengarut citer indon...plot yang panjang berjela..

    Anonymous said... Best Blogger Tips

    akupun langsung x minat citer indon ni..jalan citer bodoh giler

    Anne said... Best Blogger Tips

    Agree!!!kekadang sampai penat nk tunggu abis~~

    Anonymous said... Best Blogger Tips

    ada lagi ..kalau kene langgar je mesti lupa ingatan/hilang/buta

    syuk said... Best Blogger Tips

    hahahaha! serius der, aku selalu merungut kat adik badik aq sal citer ne. asek bnde same. dalam satu citer banyak gile kisah dendam. macam takkan abis . selesai satu muncul satu! tpi aku still nengok. hahaah! kekadang berdekah tengok citer sinetron neh!

    Anonymous said... Best Blogger Tips

    nk tgk sinetron yg best, tgk KAHWIN MASAL.. stail cita tu..

    Anonymous said... Best Blogger Tips

    yea..betul2...!!! sgt2 setuju....

    Anonymous said... Best Blogger Tips

    tp sumer yg dlm list tu jgk yg mempopularkan citer indonesia ni..huhuu

    official_ruhaiza said... Best Blogger Tips

    taw xpe.. saya ingat saya sorg jer yg taw..heheheehhe..
    citer dy mengarut kekadang..
    kwn indo saya pon xlayan cter indo.
    kebanyakan cter dorg sumenyer tiru korea taw.. xcye tgk blog saya..
    http://duniaruhaiza.blogspot.com/2011/11/kita-kembali-ke-topik-artikel-menarik.html

    Anonymous said... Best Blogger Tips

    tambah satu lagi, setiap cerita indon ni mesti ada scene masuk hospital. wajib ada.

    Anonymous said... Best Blogger Tips

    mesti ada orang yg hilang ingatan, tak pun orang yg disangkan sudah mati tapi hidup balik... bongok la diorang buat citer... tak de idea!

    Anonymous said... Best Blogger Tips

    Pas tu mak tiri and adik beradik tiri punyala jahat kan kan kan...pastu yang kena buli tu nangis je ...pastu kakak @ adik tiri mesti nak rampas kekasih@suami kan kan kan...

    Unknown said... Best Blogger Tips

    saya sokong! :D

    Anonymous said... Best Blogger Tips

    citer indon, org baik sgtla bodoh. yg jahat sgt pndai & ad mcm2 idea jahat..hahaha

    Anonymous said... Best Blogger Tips

    cerita indon sikit2 zoom.
    lps 2 jln cerita paling mengarut.
    tak masuk akal.
    tak bg otak berkembang lgsg cte indon
    aku bukn anti indon, juz pndapat aku psl cte indon.
    spe suka tgok, 2X5 la korang.
    cerita paling bodoh

    Unknown said... Best Blogger Tips

    Betul sangat2..

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...