Kongsikan Entri Kami

Friday 11 November 2011

Berita : Piramid Giza Ditutup Untuk Elak Pemujaan 11.11.11


Kaherah – Pihak berkuasa Mesir menutup Piramid Giza hari ini bagi mengelakkan sebarang aktiviti pemujaan oleh kumpulan yang mahu meraikan tarikh 11/11/11.

Keputusan itu diambil selepas mendapat tekanan daripada pengguna internet negara berkenaan yang mendakwa aktiviti penyembahan akan diadakan di sekitar dinding piramid itu.

Majlis Tertinggi Antik mengesahkan penutupan Piramid Gaza kepada pelancong.
Namun dalam kenyataan yang dikeluarkan majlis tersebut hanya menyebut, penutupan dilakukan bagi membolehkan kerja-kerja teknikal dilakukan selepas cuti panjang Aidil Adha lalu.

Piramid Giza disenaraikan dalam tujuh keajaiban dunia berikutan status pembinaannya yang paling unik.

Malah salah satu daripada tiga piramid itu, Piramid Cheop merupakan yang terbesar dan paling terkenal.

Ia menempatkan tombak firaun Pharaoh Khufu, iaitu salah satu barangan purba paling terkenal di dunia.

Tarikh 11.11.11 dianggap sebagai keramat malah banyak kumpulan merancang mengadakan upacara pemujaan pada pukul 11.11 pagi.

Sumber : MNH


2 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

ramai nya yg kejar tarikh cantik2....

Anonymous said... Best Blogger Tips

ei....macam2..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...