Kongsikan Entri Kami

Friday 11 November 2011

WTF : 35% Lelaki Pendalaman Brazil Pernah Melakukan Seks Dengan Haiwan


KAJIAN terbaru menunjukkan bahawa 35 peratus lelaki dari kawasan pedalaman Brazil pernah melakukan seks dengan haiwan.

Dilaporkan sejumlah 429 lelaki telah mengambil bahagian di dalam kajian tersebut dengan lingkungan umur sekitar 18 hingga 80 tahun.

Sepasukan urologist dari pelbagai pusat urologi serata Brazil telah terlibat di dalam menjalankan projek kajian itu yang dilihat boleh membawa kepada risiko kanser kemaluan di kalangan lelaki.

Kajian itu juga mendapati bahawa lelaki yang pernah melakukan hubungan seks dengan haiwan sepanjang hayat mereka memiliki dua kali ganda lebih risiko untuk menghidap barah zakar.

Malah lebih tinggi bilangan mereka yang dilaporkan menghidap penyakit berjangkit yang boleh merebak melalui hubungan seks.

Daripada sejumlah 492 lelaki yang mengambil bahagian dalam kajian itu, 118 adalah penghidap kanser kemaluan. Manakala 45 peratus dari jumlah itu yang mengakui menghidap kanser, memberitahu bagaimana cara mereka melakukan seks dengan haiwan.

Secara nisbah hanya 32 peratus lelaki yang benar-benar sihat.

Sejumlah 59 peratus daripada lelaki yang pernah lakukan hubungan seks dengan haiwan mengakui kali terakhir melakukannya sekitar 1 hingga 5 tahun lalu.Sementara 21 peratus daripadanya masih meneruskan aktiviti menjijikkan itu sehingga kini.

Kadar kekerapan melakukan hubungan seks pula berubah-ubah daripada setiap bulan sehingga ke setiap hari. Penyelidik bagaimanapun tidak melihat sebarang kaitan antara penghidap kanser dengan jumlah haiwan yang digunakan terhadap masa.

Antara species haiwan yang terlibat pula adalah kuda, lembu, babi dan ayam serta lain-lain haiwan yang tidak dinyatakan. Penyelidik yang mengetuai kajian itu Stjnio de Cassio Zequi mendakwa kajiannya itu merupakan kali pertama diadakan untuk mengaitkan amalan menjijikkan itu dengan kanser kemaluan lelaki.

Beliau memberitahu LiveScience bahawa sekiranya lelaki melakukan hubungan seks dengan haiwan, ia akan menghasilkan "micro-traumas" di dalam tisu zakar manusia.

"Bendalir membran kemaluan haiwan mempunyai sifat yang berbeza dengan kemaluan manusia, begitu juga dengan rembesan dari haiwan yang berbeza dengan manusia".

"Barangkali tisu haiwan tidak lembut seperti kita, dan rembesan haiwan mungkin bersifat toksik kepada kita" tambahnya lagi.
P/s : Giler ah.. tak dapat aku imagine.. Yucks!! 

Sumber: Daily Mail

7 comments:

BaByFaCeYmOrGaNoUs said... Best Blogger Tips

Eeeuwww..

Anonymous said... Best Blogger Tips

ayam?!! yarabih..X BLEH BLAH LANGSUNG.~~PE NAK JADI???

Anonymous said... Best Blogger Tips

hahahaha....sangup dgn binatang......ni mesti da tlalu gersang...

Anonymous said... Best Blogger Tips

yucks!!!!!! Moral of the story beware ngan ayam kg ...

Anonymous said... Best Blogger Tips

ayam pun die tibai....ganas....x leh nak imaging la...

Anonymous said... Best Blogger Tips

mmg perangai cam bintang gak!!! bodoh

spoiled said... Best Blogger Tips

ayam???? apa yg dia stim kat ayam??? mak aihhhh

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...