Kongsikan Entri Kami

Friday 19 July 2013

Cool : Sut Renang Yang Dapat Menghalang Serangan Ikan Jerung (7 Gambar)


Para penyelidik dari Australia Barat telah berjaya mencipta sejenis pakaian renang yang dikatakan mampu menghalang serangan ikan jerung. Pakaian tersebut merupakan sebuah projek yang dibiayai oleh pihak kerajaan.

Pada tahun lepas, kerajaan Australia Barat telah mengumumkan sokongan untuk membiayai beberapa program penyelidikan sebagai reaksi kepada lima serangan maut yang membabitkan ikan jerung di perairan negara berkenaan dalam tempoh setahun.

Syarikat tempatan iaitu Shark Mitigation System (SAMS) telah melancarkan beberapa reka bentuk pakaian renang dengan menggunakan teknologi berpaten yang direka dengan kerjasama University of Western Australia's Oceans Institute dan sekolah biologi haiwan marin berdekatan.

Faktor yang menjadi halangan kepada serangan jerung adalah disebabkan oleh aspek visual pakaian renang tersebut. Terdapat dua reka bentuk berbeza yang menggabungkan dua strategi berasingan untuk memberi perlindungan yang diperlukan.

Menurut mereka yang terlibat dalam penciptaan baju renang tersebut, satu reka bentuk pakaian itu membolehkan pemakainya "bergaul" dengan warna persekitaran di dalam air yang membuatkan jerung sukar untuk mengesan dan memfokuskan mangsanya.

Manakala, reka bentuk yang kedua menjadikan si pemakai kelihatan amat ketara dan menyangka si pemakai tadi adalah mangsa yang beracun dan berbahaya untuk di makan.

Pengarah SAMS, Hamish Jolly berkata beliau tidak boleh mengatakan bahawa "pakaian tersebut merupakan pakaian renang selamat yang gagal" dari serangan jerung.

"Tetapi kami percaya ia pasti boleh membantu tanpa memerlukan apa-apa kelengkapan tambahan atau kos yang lain daripada apa yang telah digunaka," katanya.

Pakaian ini turut mendapat reaksi positif oleh syarikat Radiator, iaitu sebuah syarikat yang telah diberi lesen untuk untuk menjual pakaian yang telah diberi teknologi SAMS ini.

Bob Lushley dari pihak Radiator berkata dalam tempoh 20 tahun dalam industri perniagaan ini,  dia sering tertanya-tanya apakah warna dan reka bentuk pakaian renang yang tidak disukai oleh jerung.

"Namun sekarang kita telah tahu jawapan kepada soalan itu dan ia sangat menarik," katanya.

Encik Lushley berkata walaupun risiko untuk diserang oleh ikan jerung adalah minimum, namun penciptaan pakaian renang itu sangan memberi manfaat kepada orang ramai.

"Jika kita boleh berbuat sesuatu untuk mengurangkan kebimbangan mereka, khususnya orang awam dengan meyediakan penghalang yang sebenar, kita akan berasa sangat berpuas hati dengan usaha yang telah dijalankan selama ini."


Sumber : Here

9 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

tgk tutup jgak aurat akhirnya..btw first maybe

Ajiphuda said... Best Blogger Tips

rarenya...

jack ham said... Best Blogger Tips

Cute konek dia fap fap fap fap fap fap fap konek xnaik.

Anonymous said... Best Blogger Tips

fap abah kau

Anonymous said... Best Blogger Tips

bodoh fap fap..potong konek kau baru tahu..

Anonymous said... Best Blogger Tips

tulis komen2 bahasa melayu macam orang muslim..
tapi...

Unknown said... Best Blogger Tips

atok ko fap anon 16:39...puihhh hakktuihh

Anonymous said... Best Blogger Tips

walaupun dgn sut tu aku tak confident... sekali jerung tu ngap ko tinggal ngep... kalau dalam sangkar besi ok gak...
-Ninja3

Anonymous said... Best Blogger Tips

biasanya jerung akn menyerang peluncur sbb dri pandangan jerung peluncur nmpk mcm anjing laut, kajian ini betol tp masih kurang tepat sbb ada org yg berenang tanpa papan luncur jgk diserang, jerung biasanya akn test dulu dengan menggigit geli2 bakal mangsa dia sebelum serang utk makanan, gigi beliau sensitif, langkah buat suit ni aku fikir boleh mengurangkan risiko, tp masih x dpt halang serangan....1 yg aku suka psl artikel ni, kos di biayai oleh kerajaan dan bagi lesen penjualan...hemmmmm mgkn jgk kerajaan malaysia boleh tanggung kos kaji dan cipta sistem kejuruteraan jln raya yg boleh mengurangkan kematian akibat kemalangan jln raya....bkn hya tanggung kos mahal dan guna polis tentera utk pengukuhan takhta politik.....hihi sori la, kita xleh lari dr realiti politik.....malaysia lebih kaya dr australia cuma miskin kesedaran dan ketandusan pemimpin cerdik

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...