Akhirnya, cerita sebenar telah terbongkar. Baca berita ini..
KUALA LUMPUR: “Saya tahu dia tak berniat nak tinggalkan saya. Selepas
ini, saya nak tinggal dengan dia kerana hanya dia yang saya ada di
dunia ini. Terima kasih kepada semua, dapat jumpa dia (anak),” kata
Faridah Maulud ketika dipertemukan dengan anaknya buat pertama kali
semalam sejak ditinggalkan 10 hari lalu.
Dalam pertemuan penuh sayu itu, kedua-dua mereka dilihat tidak
berenggang dengan sesekali anaknya, Amir Mohd Omar, 27, menyeka air mata
di pipi ibu berusia 66 tahun itu sambil menerangkan dia tidak
meninggalkan ibunya sendirian, tetapi terpaksa berbuat demikian atas
faktor kesihatan.
Menafikan anaknya sengaja berbuat demikian, Faridah berkali-kali menyatakan yang dia tahu anaknya mengalami masalah kesihatan dan dia sendiri bersetuju untuk dibawa ke sebuah hotel berhampiran Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi memudahkan mereka berdua menerima rawatan.
“Dia ada beritahu saya yang dia nak ke hospital, jadi lebih elok
saya ikut dia ke sana kerana takut tinggal berseorangan di rumah di
Wangsa Maju kerana baru-baru ini ada kes pergaduhan di situ.
“Cumanya, saya tidak tahu ke mana dia pergi selepas tiga hari tak muncul, tapi dia ada tinggalkan sedikit wang untuk membeli makanan. Hari ini baru dapat jumpa,” katanya ketika ditemui semalam.
Pertemuan itu diadakan hasil inisiatif Harian Metro dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) diketuai pengarahnya, Noormah Abd Rauf.
Sebelum itu, Amir hadir ke pejabat JKM WPKL di sini untuk memberi
penjelasan kepada Noormah berhubung tindakannya meninggalkan ibu itu
bersendirian sehingga membawa kepada laporan polis yang dibuat penyelia
hotel itu pada 8 Februari lalu. Selepas itu, dia di bawa ke Pusat
Sehenti Bina Diri di Sungai Buloh untuk bertemu ibunya dan berbincang
mengenai kewajaran untuk mengambil semula wanita berkenaan tinggal
bersamanya dalam waktu terdekat.
Sebaik melihat kelibat anak tunggalnya itu, Faridah tidak henti-henti menangis dan terpaksa ditenangkan Noormah seketika sebelum perbincangan lanjut mengenai status terkini dirinya.
“Saya hendak tinggal dengan dia kerana dia anak saya. Kalau dapat
nanti, saya ingin mengajar al-Quran seperti di kampung sebelum ini.
“Saya baca artikel mengenai diri saya, tapi saya tahu anak saya buat
yang terbaik untuk saya. Mungkin lebih baik di hotel berbanding di rumah
kerana saya tinggal seorang, di hotel orang ramai,” katanya.
Sementara itu, Amir berkata, dia bersyukur kerana akhirnya dapat bertemu ibunya dan berterima kasih kepada semua pihak termasuk JKM yang membantu menjaganya sepanjang tempoh itu.
Katanya, ketika ini, fokusnya hanyalah untuk mencari pekerjaan baru selepas berhenti sebagai pegawai pemasaran di sebuah syarikat swasta di ibu negara petang kelmarin.
p/s : Mungkin sebelum ini kita melenting mendengar berita ini kan? Kita menghukum anaknya tanpa usul periksa. Tapi sebagai manusia yang mempunyai hati, itu ialah normal apabila melihat seorang ibu tua menangis teresak2 di dalam sebuah hotel murah. Itu tandanya kita masih mempunyai hati budi yang mulia. Maaf kepada anak beliau..
Sumber : Here
6 comments:
Ksian
Aku firstttttttt! the hellll, mane ko??? mcm siput, lambat...
bai d wey, hrap2 nenek nie djaga dgn baik la..kesian die..
sedihnya. hopefully anak dia dapat kerja and dapat jaga mak dia sampai akhir hayat. amin
Ampunkan dosaku kerana'terhukum' tentang anaknya itu
setuju ngn azu. doakan rezki dan rahmat Tuhan buat mereka
padan la muka sesiapa yg buat fitnah kt lelaki tuh~ menuduh tanpa usul periksa.
Post a Comment