Kongsikan Entri Kami

Friday 16 March 2012

Berita : Lelaki Mati Dihimpit Lori Sawit (3 Gambar)


KUALA LIPIS – Seorang lelaki menemui ajal dalam keadaan tidak disangka-sangka apabila dia mati selepas tersepit di antara sebuah lori dan sebatang pokok kelapa sawit dalam kejadian di sebuah bengkel dekat Ladang Sungai Kelembung, Jalan Felda Telang Satu di sini kelmarin.

Kejadian pukul 2.20 petang itu mengakibatkan Lau Hon Yong, 53, mati di tempat kejadian.Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa telah meletakkan lorinya di situ untuk membaiki pintu kenderaan sebelum ia bergerak sendiri dan melanggar Hon Yong.



Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, jarak di antara lori dan pokok kelapa sawit itu kira-kira 1.5 meter.

“Tanpa diduga, lori berkenaan bergerak sebelum merempuh mangsa hingga menyebabkan dia gagal mengelak lalu tersepit.

“Kita masih menyiasat punca kejadian dan tidak menolak kemungkinan brek tangan lori itu tidak ditarik dengan kemas,” katanya yang memberitahu mangsa mati akibat kecederaan parah di beberapa organ dalaman.

p/s : Kesiannya.. Kalau dah ajal..

Sumber : Here




10 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

ngeri

Anonymous said... Best Blogger Tips

second...bodo pe yg atas aku ni

Anonymous said... Best Blogger Tips

syok an ko kata org bodo.'
maklum ko paling PANDAI KAT SINI...
ANAK sial

Anonymous said... Best Blogger Tips

dah ajal... kematian hnya Allah yg thu... kte sume dh ditetapkn mati waktu ble...cume manusia kne bsedia dgn bekalan utk akhirat...

Anonymous said... Best Blogger Tips

kowg carut2 r kt cni , tbe2 Tuhan trik nywa kowg mse tu gk .. bru kowg thu lgit tu tggi kew rendh ...

Anonymous said... Best Blogger Tips

ko 2 ckap pndai..
blah la luuu

ben xii said... Best Blogger Tips

demmit

Anonymous said... Best Blogger Tips

final destination 6..

Anonymous said... Best Blogger Tips

final destination,weu anok atas ,sebok la !

jennahashim said... Best Blogger Tips

OMG!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...